Nov 29, 2021

Siakap seribu?

Ikan Siakap harga RM satu ribu di Langkawi? perghhhh

Abang keretamayat pernahlah pergi jalan jalan Langkawi, siap buat video lagi..

https://youtu.be/9b2K6YSBwc8

Tengok balik video abang mayat ke Langkawi ni, tak jumpa pulak babak makan ikan Siakap.. mungkin sedap sedut coklat daim melupakan kenangan makan makan di Langkawi?

Woha!

Tapi bila baca kes viral ni, maka penting sangat ikut cara islam.. iaitu nak meniaga jual beli ni kena ada akad. Sebelum nak beli, yang nak menjual kena bagitau harga, dan yang nak membeli kena tau harga nak dibayar,

Ni kau main makan dulu dengan assume harga sendiri-sendiri. semua akan jadi fitnah. Maka dua dua ada salah, pembeli memang kena check harga, dan kepada peniaga janganlah anggap pembeli ni semua mampu bayar dan celik harga, bagitahu harga siap siap, jika pembeli setuju, alhamdulilah, itu cara islam.

Dalam viral tu isu 5% ada cerita bab kad kredit, dan ramai nitezen kecam suruh LHDN semak keuntungan semua, ada jugak nitezen up balik isu GST 6% yang peniaga tak boleh nak lari dari cukai...

Panjang cerita, abang mayat pendekkan, nak jual beli dalam islam, kena ada akad, tahu harga, dan setuju, baru ON.

Bab cukai serah pada Menteri yang bijak sana, sebab pepatah melayu ada berkata..

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi.....?

Sambung sendiri!

Woha!

ps: Belanja sikit Link abang mayat melawat Langkawi: https://youtu.be/9b2K6YSBwc8

No comments:

Post a Comment