Jul 30, 2021

Wali dan Lipat Bumi?

Bila cerita tentang wali, ada yang cerita tentang Ilmu lipat Bumi, kisah ulamak arab nak makan durian, lalu ustaz melayu lipat bumi ambik durian bagi Ulamak arab tu makan..

Cerita tu terkenal di kepulauan melayu, lalu muncul dua tiga orang tanya saya tentang ilmu lipat bumi? Ada dalam Al quran dan hadis tak?

Ada, Mukjizat bagi Nabi, Nusrah keramat bagi Sahabat, dan insan terpilih..

Sila rujuk kisah Menteri Nabi Sulaiman pindahkan Istana Balqis sekelip mata, sedangkan jaraknya jauh, tapi selamba Menteri tu pindahkan dan ubahsuai lantai dengan mozek jernih macam air, hingga ratu Balqis angkat kain takut basah.

Juga kisah Nabi Khidir boleh tengok masa depan, ops, itu lipat masa, err, Ok, rujuk Kisah Nabi Muhammad SAW pergi Palestin dari Madinah hanya dalam satu malam, kisah terkenal Israk Mikraj. Lepas tu naik ke langit ke tujuh naik Buraq. Kira buraq ni boleh lipat bumi dengan izin Allah.

Ada juga kisah Sahabat Nabi dapat masuk kota musuh sekelip mata, musuh terkejut tengok tiba tiba orang islam telah masuk sedangkan jambatan telah roboh, dan pintu telah tutup. Sahabat yang masuk itu katanya tidur dan mimpi ada cahaya, bila ikut cahaya itu, tiba tiba terjaga dalam pagar istana musuh lalu membuka dari dalam, saya lupa nama sahabat itu.

Ada jugak kisah Sahabat berjalan atas air bersama kuda, ini dah lipat laut!

Ada juga kisah Sahabat bercakap jarak jauh dengan tentera Islam, tak silap waktu itu hari Jumaat, semua itu ilmu lipat Bumilah..

Walau bagaimanapun Ilmu itu bukan boleh belajar, Allah bagi kepada Hamba yang terpilih, kita nak ke mana mana mesti follow the rule, gunakan asbab, masuk negara orang kena ada Visa, Keizinan, dan lain lain.

Dunia ni darul Asbab, sebab itu ada kisah Nabi dibunuh, sahabat mati diseksa, sebab semua itu adalah darul Asbab.

Namun ada waktu dah hikmah, Allah bagi bantuan yang berlawanan dengan asbab.

Dan Bantuan Allah tak datang serta merta, rujuk perang Badar, Perang Ahzab, yang mana bantuan Allah datang hujung hujung bila umat islam dalam hati umat islam dah mampu bersabar dan layak terima Nusrah Allah!

Kisah sahabat jalan atas air tu sebab tiada asbab nak seberang, perahu dikaramkan, jambatan takde, jika perahu masih ada, Sahabat akan guna asbab. Akan naik perahu kejar musuh!

Ada kisha sahabat perang takde senjata, dan guna pelepah Tamar, Bila libas kelapa musuh terbelah, terus sahabat buang pelapah tamar tu dan gunakan pedang musuh, sahabat faham Nusrah dan Asbab.

Ada juga kisah pelepah tamar tu jadi pedang, sahabat guna lawna musuh, dan balik kampung sahabat jual pedang tu untuk kelangsungan hidup,

Sama jugak kisah Siti Hajar dan Ismail, bukan terus dapat air zam zam, kena kerja 8 jam dulu berlari dari Safar ke Marwah Bersama anak kecil Nabi ismail, Bersama perut lapar, Bersama sisa tenaga usaha cari bantuan, tapi hati terpaut pada Allah, hujung hujung bila dah habis kudrat, Allah bagi air zam zam.

Jadi zaman sekarang, ada Kapal terbang, ada bas, ada kereta, tak bolehlah nak lipat bumi mudah mudah begitu, guna asbab adalah perintah Allah, yakin dengan asbab adalah larangan Allah, jadi guna asbab Bersama hati yang harap hanya pada Allah, Itulah sunnah, Nabi pakai baju besi waktu perang, tapi yakin yang bagi selamat bukan baju besi tapi Allah, begitulah cerita bab Yakin dan asbab.

Sama jugak vaksin, ikhtiar perintah Allah, cucuk vaksin asbab sahaja, dalam hati tetap mahu Yakin bahawa Allah segala kudrat, baru betul.

Orang yang Yakin dengan Asbab adalah syirik.

Orang yang Tolak asbab adalah jahil.

Sunnah, adalah guna asbab tapi hati Yakin hanya pada Allah!

Jadi nak masuk Palestin kenalah guna Asbab, sambil Yakin hanya pada Allah!

Nak menyibuk sikit, Saya macam pernah masuk Palestin. (makan modal betul video ini)

Tapi tak pakai syarikat Hala, atau Miles of Smilees, juga Lucky Tour

Saya masuk guna ilmu seakan akan “lipat Bumi”

Korang akan dapat ke Palestin, Mekah, Madinah, balik hari! Macam ilmu lipat bumi! Sebab walau duduk Palestin, masih boleh makan keropok lekor!

Link video: https://youtu.be/eUUYeHgBHDs

Habis PKP nanti nak repeat “lipat bumi”lagi sekali sebab video ini  dah lama, dah 12 tahun lepas. Doakan saya dapat makan keropok lekor depan Masjid Al Aqsa!

Woha!

No comments:

Post a Comment