Jul 30, 2021

Athest bertanya?

Ada Atheist datang komen bagitahu Allah kejam sebab bakar orang kafir dalam neraka selamanya..

*****

Oh, adohai, korang bercakap macam dah duduk dalam nereka sedangkan kiamat belum berlaku, neraka belum didekatkan, nikmat hidup masih banyak, dan pintu Taubat masih terbuka luas.

Malahan, Allah masih bagi rezeki udara, bernafas, makan, tidur kepada semua pendosa, kepada atheis, padahal Allah Maka berkuasa menghukum manusia yang bersalah pada bila bila masa, namun Allah Maha Penyayang, masih bagi rezeki bertahun tahun lamanya pada pendosa.

Kemudian, Allah memberitahu secara berulang ulang dalam Al Quran bahawa Dia Maha pengampun, Malahan Rahmat Allah lebih besar dari semua dosa manusia, pintu taubat senitiasa terbuka, andai kita mahu bersujud dan merayu dalam taubat sebelum menjadi mayat.

Firman Allah:

“Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

(QS. Az-Zumar: 53)

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah,...

(QS. Ali 'Imran: 135)

“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

(QS. An-Nisa': 110)

“Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”

(QS. An-Nisa': 64)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan mengharapkan- Ku maka Aku akan mengampunimu atas semua dosa yang kamu lakukan. Wahai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit kemudian kamu meminta ampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepada-Ku dengan dosa yang besarnya seisi bumi seluruhnya, kemudian datang menemui-Ku dan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan yang lebih besar dari seisi bumi seluruhnya."

Hadis lain Rasulullah bersabda,

"Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar orang-orang yang melakukan dosa pada siang hari bertaubat dan Dia membentangkan tangan-Nya di siang hari agar orang yang melakukan kesalahan di malam hari bertaubat, hingga nanti ketika matahari terbit dari arah barat."

Maka renung renungkah wahai sahabat, Jangan bercakap macam hukuman dah dijatuhkan, jangan bercakap macam pintu Taubat dah tutup, padahal sungguh Tiada orang boleh tutup pintu taubat kita melainkan kita sendiri yang menutupnya.

Gunakanlah pintu taubat yang masih terbuka hari ini sebelum naik keretamayat, masa tu, memang saya boleh buka tutup pintu keretamayat kuat kuat!

Woha!

1 comment:

  1. Ada seorang wali Allah dizaman khalifah harun alrasyid bernama Bahlul..

    Suatu hari..
    (lebih kurang gini ceritanya..)

    Khalifah Harun al rasyid- "bahlul kamu dari mana ni?"

    Wali Bahlul- "aku baru balik dari neraka"

    Khalifah Harun al rasyid- "buat apa kamu pergi ke neraka?"

    Wali Bahlu! - "aku perlukan api, lalu kupikir di neraka banyak api, boleh la kudapatkan sedikit disana..

    Lalu kuminta pada penjaga neraka mau sedikit api, penjaga neraka menjawab didalam neraka tiada api..

    Lalu kutanya balik bukankah disini tempat pembakaran?
    Penjaga neraka jawab..Betul..Tp dineraka xda api,manusia2 yg masuk neraka itu bawa api mereka masing2

    ReplyDelete