May 3, 2021

Menjadi Halimunan di Lebuh Raya?

Bila KP Johor cerita tentang ayat 9 surah yasin teringat kisah dulu dulu, yang mana di malam yang gelap gelita, kelihatan sebuah kereta memecut agak laju dalam perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur,

Tiba tiba ada sebuah kereta potong saya dengan sangat laju dan merbahaya.. kemudian ada satu lagi kereta follow rapat belakang kereta saya dengan cubaan nak potong juga tapi keadaan jalan tak izinkan.

Tiba tiba kereta depan brek, sebab di jalan raya yang gelap gelita, boleh pula ada Road Block, kami semua di tahan polis yang bagi isyarat minta ketepikan kereta. Mungkin pihak polis sangka saya terlibat dengan lumba haram, padahal saya tak kenalpun kereta lain.

Waktu di tahan polis, kereta saya ini berada dalam posisi tengah. Kereta Proton Satria kuning di depan, manakala di belakang, kereta sport berjenama luar Negara warna gelap.

Kebetulan sebelum tu ada dengar ceramah dari radio cerita kisah Nabi di kepung oleh musuh lalu Nabi baca beberapa potong ayat dari Surah Yassin, yang menyebabkan Nabi menjadi 'halimunan' di mata orang kapir yang nak bunuh baginda SAW,

Dalam ceramah itu ada cerita pelbagai riwayat akan kisah Nabi menjadi halimunan bila baca yasin ayat Sembilan, ada kata waktu di kepung musuh, ada waktu Abu Jahal nak ganggu Nabi solat, dan ada waktu Nabi baling pasir pada musuh tapi musuh tak nampak Nabi, semua yang berlaku pada Nabi adalah Mukjizat,

Bagi yang tak tahu, makna ayat itu adalah:

“Dan Kami jadikan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka juga dinding, dan Kami tutup ( pandangan) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat"

Maka ambik berkat ayat Yasin, sewaktu di tahan polis, saya suruh anak bini dalam kereta membaca ayat 9  itu dan bertawakkal kepada Allah..

Sambil tu dalam hati berbisik:

"Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah, kena saman dengan izin Allah, dapat duit bayar saman dengan izin Allah, semuanya dari Allah!, kami bertawakkal kepada Allah"

Maka misteri nusantarapun berlaku, polis itu langsung tak nampak (pedulikan) kami!, mereka hanya saman kereta kat depan dan kat belakang, kami yang sedang baca ayat 9 surah yasin rasa iman naik mendadak, semuanya dari Allah.

Kata bini saya:

"InsyAllah, kita dah tak de apa-ape bang, polis tu buat bodoh jer kat kita., rasanya kita dah boleh beredar”

Saya setuju, lalu lampu signal di beri dan kami pun beredar perlahan lahan dan satu orang polis pun tak nampak (peduli) kami, kami pun blah! zoom! Chow!

Dalam kereta saya tanya anak anak, apa pandangan kamu tentang peristiwa tadi?

Anak anak cakap, dari segi undang undang, ayah tak salah sebab dah beri kerjasama tapi polis tak layan mungkin sebab kita dah jadi halimunan.

Anak sorang lagi bagitahu bila polis tak nampak kita, jadi Polis sangka kereta kita Transfomer Jahat, itu yang Polis lepaskan.

Woha!

Aduh macam macam teori korang ni..

Tapi bila drive perlahan sebab dan insaf bawa laju tadi, rasa pelik kereta yang kena saman tak datang pun lintas kami, toleh belakang tengok gelap tiada apa apa?

Eh? Bukan tadi ada road block ke?

Maka isteri saya buat teori, bukan polis yang tahan kami tadi tapi adalah Hantu Polis, jelmaan Jin, sebab tak logic Polis buat Road block selepas selekoh dan di jalan yang sunyi, fikir balik rupa paras Polis tadi pun nampak agak seram.

Okey kita layan teori Puan Bini.ha ha.

Lalu Teori Puan Bini berkembang lagi oleh anak sulung yang Hafal seluruh Yasin, katanya, Jin tu nak kacau kita, Jin menjelma jadi Polis tapi kita baca ayat yasin ke Sembilan buatkan Jin tu tak nampak kita. Bermakna kita dah jadi hantu kepada Jin jahat, lalu Jin Jahat seram tengok kereta bergerak sendiri, lalu biarkan kita pergi.

Woha!

Okey, begitulah kami bergurau anak beranak, namun tak salah dalam situasi cemas, minta tolong pada Allah sambil baca Yasin ayat Sembilan, atau lagi bagus baca seluruh Yasin.

Jom Belajar Mudahnya Hafal Yasin, Semoga Ramadan yang dah nak pergi, tinggalkan yasin di dada kita, atau paling kurang, ayat Sembilan! Klik sini:

http://bit.ly/HafalYasin

Ps: Klik dan nanti jemput masuk group FB mudahnya hafaz Yasin yang mana InsyaAllah penulis ebook itu akan bantu menjawab semua permasalahan anda dalam menghafaz surah yasin. InsyaAllah

http://bit.ly/HafalYasin

No comments:

Post a Comment