May 3, 2021

Abang Zack RXZ okey ke tu?

Dulu masa bujang, saya ada kawan yang mana lepas kena denda RM300 sebab langgar lampu merah, kawan saya si abang zack seorang Mat Rempit yang ada motor RXZ telah berkata..

“Kerajaan BN tak adil (masa tu zaman BN) gila ke apa gaji aku kerja RM900, tapi satu per tiga kena bayar denda?, adohai, mujur aku ada Iman senipis kulit bawang, jika tak sekarang juga aku pergi meragut sebab takde duit nak bayar denda, tapi tak jadi buat jenayah sebab masih ada baki gaji RM600”

Betul jugak kata abang Zack, denda melampau ni akan buat orang pendek akal lakukan jenayah, mujur abang Zack tak pendek akal.

“Habis kau nak buat apa sekarang abang Zack?”

 “Kita ubah kerajaan lah Hamka, PRU nanti kita tukar kerajaan, kita pilih kerajaan yang adil, kerajaan yang akan ubah system saman Negara, jika sebelum ini orang miskin buat salah jalan raya kena saman RM300, dan orang kaya buat salahpun kena saman RM300, maka ini tidak adil!, macam mana jika orang miskin tu berpendapatan hanya 600, tak ke naya? Tak ke jadi Peragut Mamat tu kelak? Dan orang kaya pulak, RM 300 macam celah gigi jer bayar.., orang miskin tak puasa kena denda RM1000, orang kayapun sama.., mana adil?”

“Okey, adil yang macam mana tu abang Zack?”

“Kau dengar sini, kerajaan yang adil akan ubah system ini, aku harap kerajaan baru akan denda kesalahan Rakyat Malaysia mengikut potongan LHDN misalnya, sebagai contoh jika korang langgar lampu merah kerajaan akan denda 20% dari pendapatan bulanan korang, iaitu jika korang gaji RM1000, kerajaan baru denda RM200, jika korang gaji RM 5 ribu, kerajaan baru akan denda RM1000, jika korang gaji 10 ribu? 15 ribu? Tak bertambah pendapatan Negara? Lagi besar pangkat orang tu, lagi tinggi denda, baru hutang negara dapat diturunkan, Ha ha ha! Begitu jugak jenayah denda lain, kerajaan yang adil akan denda ikut gaji korang, nak tegas sikit, denda separuh gaji, mesti insaf punya!.. ha ha ha!”

Gelak besar abang zack bila Berjaya luahkan idea kerajaan adil harapanya, Bernas sungguh cadangan abang Zack, denda ni ikut kemampuan, separuh gaji pun orang dah perit, dan insaf.

Abang zack masih tersenyum dengan idea kerjaan adil, dan masih gelak abang zack atas motor RXZ tu yang berdiri dekat dengan sebuat traffic Light yang berdekatan , tiba tiba traffic light itu bertukar lampu dengan cepat, awan juga bergerak cepat, langit pun berkelip kelip cerah dan gelap silih berganti, eh? Kenapa ni? Abang Zack ada kuasa ilmu hitam ke?

Rupanya itu adalah emej nak gambarkan masa pantas berlalu. Macam dalam drama TV.

20 tahun kemudian, kerajaan dah bertukar, abang Zack tu dah lama menghilang entah ke mana membawa haluan bersama motor RXZ.

Tapi jika abang Zack masih hidup, baca berita hari ni, denda zaman sekarang bukan separuh pendapatan macam abang Zack cadangkan, dan denda pulak semua sama, kaya miskin sama jer nilainya, Bayangkan abang Zack, gaji minima RM1200, buat salah tak pakai topeng, boleh ganda berkali kali gaji minimum dendanya, aduhhhh..

Silap langgar SOP, boleh kena RM50 ribu dendanya abang zack.

Sedih nak cerita abang Zack..

Maka saya panjangkan cadangan abang Zack  Kepada pemimpin yang baru pilihan Abang Zack, mungkin?, cadangan saya, tolong bezakan harga kompaun bagi setiap kesalahan-kesalahan pelanggaran SOP. Orang sangkut mask kat dagu, tak kan nak kena kompaun sama dengan orang yang sengaja langgar tempoh kuarantin? Rakyat yang berduit pun terkesan denda RM10 ribu, apatah lagi rakyat yang kais pagi makan pagi, tapi jumlah kompaun yang dikenakan, jika tak kuat iman, boleh bunuh diri.

Situasi kini, Wang bantuan Rakyat, dapat nak bayar denda pun tak cukup, apatah lagi yang tak dapat?

Sepatutnya Kompaun yang dikenakan, perlulah mengikut tahap kebolehjangkitan, barulah adil. Sebab adil ni bukan bermaksud sama-rata. Adil ini bila sesuatu yang diletakkan pada tempatnya.

Kalau penjual burger yang terlewat tutup kedai kena kompaun sampai RM50k, atau penjual colek, peniaga kedia runcit pun kena 50k, dan jika abang Zack masih hidup, dengar berita ni, tentulah abang Zack sedar, berdiri bawah Trafic light, kena denda rm300 dulu tu, adalah kenangan terindah! Woha!

Sabar yer abang Zack, semoga ada sinar untuk kita semua, doakan pemimpin di beri Hidayah dan Taufik untuk berlaku adil sebab Lawan adil adalah zalim. Dan penguasa yang zalim, menjawab lah dia di sana nanti.

Harap abang Zack okey, bersama RXZ yang makin tinggi harganya sekarang, tapi tak setinggi harga Kompaun langgar SOP.

Tahukah anda?

Di Findland, Reima Kuisla seorang ahli perniagaan telah memandu pada kelajuan 103km/j pada zon di 80km/j, dan dikenakan saman sebanyak RM256,000, jauh lebih banyak dari RM50 ribu.

Tapi Saman itu dikenakan dengan merujuk cukai pendapatan RM30 juta setahun. Selepas di saman, buat pertama kali, jutawan mengeluh di Facebook kata undang undang kejam sebab saman dia ratus ribu. Baru tahu deritanya saman, walaupun dia mampu bayar tapi tetap rasa menderita.

Juga di Finland, Jussi Salonoja, kena saman bawa kereta selaju 80km/j pada kawasan 40km/j. saman berjumlah RM808,000 antara saman termahal di dunia, namun sebab pendapatannya RM33 juta setahun, maka mampulah dia bayar walau sedih juga denda dekat satu juta bawak laju 80km sejam jer, huhuhu

Sementara itu, Anssi Vanjoki, salah seorang pengarah syarikat telekomunikasi penting dunia (ketika itu) iaitu Nokia, bawa motor 75km/j pada kawasan had laju 50km/j dikenakan saman RM550,000 kerana pendapatannya pada itu mampu mencecah Rm66 juta setahun. Saman di kira dengan gaji dua minggu, bermakna jika abang jual colek tu untung RM100 tiap hari, maka saman di Helsinki adalah RM1400 sahaja, bukan RM50 ribu.

Di Switzerland, Seorang diplomat dari republik Guinea-Bissau didapati bersalah memandu kereta Ferrari Testarossa milik beliau di sebuah perkampungan melebihi had laju, dia dikenakan saman sebanyak RM986,000, jangan panic, sebab pendapatan diplomat itu sekitar RM97 juta setahun.

Paling mahal saman adalah di Sweden, sebanyak 3.1 juta sebab seorang jutawan hartanah bawa laju, tapi pendapatannya mampu bayar saman sebanyak itu tanpa perlu ansuran pun.

Balik ke Malaysia, rujuk peniaga colek, katakan mereka untung RM2000 sebulan, katakanlah, jadi setahun pendapatannya RM24000. Tapi denda RM50 ribu, macam mana nak bayar?

Kena bayar ansur ansur..?

Katakan Buat pinjaman tanpa riba jika ada, katakan pinjam macam beli kereta, Rm500 sebulan bayar selama Sembilan tahun baru habis bayar denda RM50 ribu itu,

Sembilan tahun Abang Zack, huhuhu, mungkin kerana itulah mereka kata rela masuk penjara.

Kasihan dari jauh,

Balik kepada Abang Zack RXZ yang selalu cakap "Ini kalilah", Harap abang Zack okey, bersama RXZ yang makin tinggi harganya sekarang, tapi tak setinggi harga Kompaun langgar SOP.

Atau Abang Zack dah jual motor RXZ tapi masih belum mampu bayar kompaun?

Innalillah!

No comments:

Post a Comment