Apr 15, 2021

Lima Nikmat tersembunyi di meja makan?

Jika kita lihat satu keluarga, sedang makan di restoran, semua tutup aurat elok elok, dan mendapati di meja itu ada suasana kasih sayang, yang mana tiada kelihatan anak anak main telefon sewatu bersama, dan si ayah kelihatan menguasai meja, dibantu isteri tercinta, maka yakinlah kita bahawa keluarga itu sedang mendapat lima nikmat hidup yang besar.

Fahami lima nikmat hidup maka mudah kita utamakan ikut keutamaan, dan boleh kita lihat nikmat ini pada sebuah keluarga di meja makan restoran

Kelima, nikmat hidup terbesar adalah masa lapang, mereka ada masa lapang, kerana itu lah mereka boleh makan Bersama di restoran.

Keempat, nikmat hidup terbesar adalah pendapatan, mereka ada duit, kerana itu lah mereka boleh makan Bersama di restoran.

Ketiga, nikmat hidup terbesar adalah kesihatan, mereka semua nampak berselera, sebab tu tengok air semua manis manis, makanan semua lazat lazat, alhamdulillah nikmat dapat makan sedap.

Kedua, nikmat hidup terbesar adalah cinta, mereka semua tak bertengkar atau bergaduh, sebab jika ada masalah tentang cinta, mereka tak akan dapat makan Bersama.

Pertama, nikmat hidup terbesar adalah agama, ayah kelihatan menguasai meja, isteri bantu suami, dan anak anak respek pada ibu bapa, bila ayah berkata kata, semua anak mendengar, dan jika dipasang telinga, ayah rupanya sedang bagi tazkirah santai di meja makan.

Tahniah kepada keluarga itu, anda semua sedang mendapat lima nikmat hidup terbesar iaitu, MASA LAPANG, SUMBER PENDAPATAN, KESIHATAN, KEKELUARGAAN, DAN KEAGAMAAN.

Bab masa lapang, Bayangkan jika kita hidup tanpa masa lapang, maka takdelah ruang untuk bekarya, untuk hoby yang manfaat, untuk tambah pendapatan, untuk tambah nilai cinta, untuk tambah keluasan syurga, hargailah masa lapang kerana masa itu akan berlalu dan tidak akan kembali lagi.

Bab sumber pendapatan, Bayangkan jika kita hidup miskin, susah, hutang keliling pinggan, aduh… menjadi miskin tidak haram tapi menyusahkan orang itu haram, berhutang tidak haram, tapi jika tak bayar mati syahid pun tak dapat selamatkan diri dari dosa hutang, dan menjadi kaya juga tidak haram maka usahakanlah jadi kaya dan bantu orang susah. Rukun Islam ada dua tempat perlu oada harta iaitu zakat dan haji, maka jangan takut menjadi kaya, sebab takut Dengan wang kita mungkin tak boleh beli kebahagiaan, tapi ingatlah dengan miskin kita boleh memdapat penderitaan secara percuma. Take noted.

Bab Kesihatan pula, Bayangkan jika kita hidup tanpa kesihatan? Terlantar sakit lumpuh, tak boleh makan macam biasa kena makan bubur, atau bayangkan setiap hari kena ke hospital tukar darah, atau apa apa sahaja penyakit, jika boleh di elak, elakkanlah, jika dah takdir kita kena penyakit, cinta dan agama akan bantu kurangkan beban penderitaan. Insya-Allah

Jadi mari usahakan Cinta dalam keluarga, bayangkan jika kita hidup tanpa Cinta? Tak ada orang sayang kita sebab kita pilih untuk bergaduh dengan ibu bapa, bergaduh dengan pasangan, bergaduh dengan anak anak, bergaduh dengan kawan dan jiran, lepas tu kita sangka kita akan bahagia? Nabi Adam dalam syurga pun merasai sepi tanpa cinta lalu minta Allah teman hidup, maka apatah lagi kita yang hidup dalam penjara dunia, amat sangat memerlukan cinta. Terima kasih kepada semua yang sudi mencintai diri ini, sungguh cinta sesama manusia akan menutup aib kita selepas mati.

Lats paling penting, bab agama, bayangkan jika kita hidup tanpa Agama? Maka kita tak dapat jawab soalan dari mana kita datang dan kemana kita pergi? Dan apa tujuan hidup kita? Sebab alam ini terlalu besar untuk kita mencari jawapan dengan kaki sendiri, Lalu kita isi jawapan tu dengan falsafah hambar dan sampai satu masa, bila berdepan dengan maut, falsafah kita takde jawapan langsung nak menghadapinya, aduhhh.

Sungguh agama itu adalah nikmat hidup diwaktu senang, di waktu susah, di waktu sakit, di waktu mati dan di waktu hidup selepas mati, terima kasih Allah sebab pilih saya jadi orang Islam, pilih saya solat, puasa, bayar zakat dan pergi haji, terima kasih, hidup ini sungguh indah bila dapat MenyembahMU dengan cara yang paling layak Engkau di Sembah. Alhamdulillah!

Eh? Tadi waktu nak bayar, dah ada orang bayarkan, Ohh.. Ok, anak anak, makan cepat cepat, jap lagi nak azan, kita solat berjemaah, awal waktu tempat azan di azankan.

Ps: Semoga saya sendiri dapat amal apa yang saya tulis, korang dapat amal apa yang di baca, dan kita semua woha sampai syurga! Woha!

 

No comments:

Post a Comment