Apr 14, 2021

Jodoh itu takdir Allah?

Pepatah melayu, Jika dah jodoh, memang tak lari gunung di kejar, tapi gunung tetap kena di daki. Jika sampai puncak, ada jodohlah, jika tak sampai, mungkin penat, pancit, sesat, bosan, cedera, atau apa sahaja alasan, maka waktu itulah jodoh tak sampai.

Jadi jangan tengok sahaja gunung jodoh, cubalah mencari ilmu untuk mendaki….

Cerita tentang jodoh teringat satu kisah, mungkin kisah israeliyyat (boleh digunakan untuk tujuan pengajaran) yang di campur aduk dengan dongeng melayu, (dongeng juga boleh digunakan untuk pengajaran) iaitu kisah burung Garuda nak pisahkan takdir berkenaan jodoh.

Alkisahnya, Pada satu hari burung garuda telah mengetahui seorang anak raja dari barat akan berkahwin dengan puteri raja dari timur, lalu burung garuda ini pergi menghadap Raja Sulaiman untuk sahkan adakah mereka ditakdirkan bertemu jodoh?

Bila Raja Sulaiman sahkan memang ada jodoh antara putera barat dari ROM dan puteri timur CHINA, maka burung garuda dengan angkuh nak ubah takdir berkenaan jodoh, dan bersumpah jika dia gagal dia akan hilangkan diri dari dunia ini.

Lalu burung Garuda pergi serang kapal Putera barat dan karam semua, hinggalah putera Barat terpaksa minta tolong pendekar melayu Merong Mahawangsa yang pandai manipulasi tenaga Jentayu Suria macam Meriam leser.

Tak mampu culik Putera ROM, Garuda serang China dan culik puteri timur yang akan di jodohkan dengan Putera Barat.

Puteri itu disembunyikan di sebuah mahligai berdiri atas Pulau terpencil.

Tapi dah kuasa takdir, anak raja itu mendapat nasihat dari Merong untuk belayar dengan perahu kecil berbentuk pisang. Kerana garuda tidak suka makan pisang maka kapal itu akan selamat.

Pendekkan cerita, Puteri timur di dalam mahligai pulau kapas bagitahu teringin nak makan pisang, maka burung garuda menyambar ‘pisang’ hanyut dan sembahkan pada puteri timur tanpa mengetahui bahawa anak raja barat ada dalam tu.

Kerana yakin bahawa anak Raja Barat itu telah terpisah, burung garuda pun terbang pergi menghadap Nabi Sulaiman sembah maklum dengan takburnya mengatakan ia telah menangkap Puteri Raja Timur dan memisakah Takdir.

Apabila Raja Sulaiman mendengar percakapan takbur burung garuda itu, ia pun menitahkan Raja Jin yang bernama Harman Shah, menghantarkan wazirnya dengan seratus orang jin membawa mahligai di pulau yang garuda sembunyikan puteri tadi.

Bila mahligai dibawa, lalu keluarlah dari pintu mahligai puteri timur dan putera barat elok jer duduk bersama, maka malulah garuda sebab telah gagal pisahkan takdir Allah bab jodoh., dan terus menghilangkan diri. Mungkin pergi bunuh diri? Sebab dah tak jumpa sampai sekarang.

Jadi moral cerita ini, JODOH AKAN DATANG PADA KITA SEPERTI MANA MAUT AKAN DATANG PADA KITA! Yakinlah! Tapi jika usaha dah di buat, jodoh tak sampai sampai, maka ajal akan sampai dahulu, tapi jangan bimbang, jika beriman, akan tetap ada jodoh di syurga selamanya, tapi jika mati tidak beriman, akan terseksalah di neraka dalam keadaan bujang selamanya walau di dunia banyak kekasih.

Woha!

Ps: Saya pernah daki bukit mencari jodoh dan jumpa lokasi persembunyian Puteri Timur itu di Terengganu, di situ rupanya Garuda pernah melanda, tak percaya? Rujuk video ini

https://youtu.be/ANLxs3zXmjM

No comments:

Post a Comment