Pagi ni lepas solat ada nampak orang kampung berkumpul, rupanya ada kematian, bila tegur sapa, kematian berlaku semalam, arwah kena serangan jantung.
Tuan rumah Tanya macam mana nak pilih tanah perkuburan?,
sebab urusan mandi dah ada, Cuma nak pilih lokasi perkuburan, maka ada ahli
surau bantu tunjuk cara, sekian sekian cara. Bagus kita kenal dengan ahli
surau, InsyaAllah bab kematian mereka dah ada SOP.
Saya kemudianya masuk rumah, ada jasad arwah terbujur, lalu
saya duduk dan baca beberapa suarah serta berdoa.
Jiran ni tak jauh, selang dua tiga buah rumah, tapi itulah
zaman sekarang, saya pun jarang dapat jumpa, masing masing sibuk urusan
sendiri, jika tak ke surau pagi ni, takde peluanglah saya nak ziarah keluarga
arwah sewaktu jasad masih ada, sebab kita semua ni sibuk atau perasan sibuk..
aduh..
Maka sini saya nak pesan pada diri sendiri, hidup berjiran,
ada tujuh hak orang islam yang wajib atas kita.
Pertama, Bila bagi salam, wajib jawab, lebih sunah beserta
senyuman. Sebelum PKP hari tu geng tabligh selalu datang bagi salam, sekarang
ada juga, Cuma datang dari kawan tabligh yang kenal sahaja.
Kedua, Bila dengar orang islam bersin, doakan kesihatan,
sama jugak, jika ada yang batuk atau apa apa tanda tak sihat, kita doakan dari
jauh. Saya pernah bersih dalam surau, terus doctor bagi ubat, rupanya ada
doctor yang solat berjemaah sama sama, dia dah dengar saya ada bersin semalam,
jadi hari ni terus bawa ubat nak bantu, Alhamdulillah.
Ketiga, Bila ada yang sakit, ziarah dan bantu apa yang
mampu. Kebetulan semalam kawan surau ajak jejak ahli surau yang tak datang
sejak PKP, kami pergi dua tiga rumah, dan rumah tak jauh pun dari rumah saya,
dalam sepuluh rumah, Pakcik Zam namnya, rupanya kena serangan strok, seronok
dia tengok kami datang. Dia azam bila sihat nak datang semula ke surau. Amin.
Korang yang belum kena strok tapi tak pernah ke surau boleh
renung renungkan baki nikmat yang ada untuk apa hala tujunya sedangkan kematian
itu adalah tiba tiba. Tak payahlah nak perasan sibuk sangat uruskan dunia sebab
tanpa kita ada, dunia ini akan masih berjalan seperti biasa.
Ke empat, Bila ada kematian, bantu apa yang mampu. Saya dah
cerita atas tadi.
Ke lima, Bila ada jemputan, wajib pergi jika tiada urusan
lain yang menghalang. Ini memang sukar sebab hujung minggu bertembung dengan
pelbagai jemputan, maka waktu itu perlukan ilmu yang mana bila dua tiga
perintah Allah datang serentak, maka pilihlah ikut keutamaan.
Ke enam, Bila ada yang susah atau dizalimi, wajib kita bantu
apa yang mampu. Tengok ada pencuri masuk rumah jiran, kita call polis, saya sendiri
pernah waktu ada urusan di luar, isteri call ada ular tedung masuk rumah, saya
call jiran, dan mereka tolong halaukan. Alhamdulillah.
Ke tujuh, Jika ada aib, tutuplah aibnya, layan orang islam
macam kita nak orang layan kita. Jika ada jiran bela ayam masuk berak rumah
kita, basuhlah dengan tersenyum, ada jugak pahala terpijak secara tunai. Lepas
tu cakap elok elok, jika jiran tak nak berubah, ingatlah, kematian akan merubah
kita, tak jiran kita mati dulu, kita yang mati dulu, waktu tu baru tahu pahala sabar
ni besar ganjarannya yang mampu merubah perhiasan Syurga. Amin…
Semoga jiran abang mayat dapat tutup aib abang, manalah tahu
kot kot kucing abang pulak pergi berak depan rumah dia, jika ada bagitahu yer?,
abang akan tambah pasir garam depan rumah nanti, terima kasih sudi bertegur
sapa dan senyum mesra, sampai sini dulu celoteh abang sebab nak pergi basuh
berak ayam sesat depan rumah kejap.
Woha!
Numpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
- Telkomsel
- GOPAY
- Link AJA
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
add Whatshapp : +85515373217 x-)