Jan 2, 2021

Asal usul Santa Clause?

Ada banyak versi tapi saya paling suka versi terbaru yang terbit pada tahun 2019.

Alkisahnya.. menurut versi 2019 itu.. Pada zaman dahulu tahun 1800.. ada ketua posmen yang kaya. Tapi anaknya sangat pemalas dan si ayah telah hantar anaknya ke hujung dunia. Satu daerah terpinggir yang penuh salji didiami oleh dua puak saling berperang sejak zaman berzaman.

Kata si ayah, kamu kena uruskan penghantaran surat sebanyak 6000 pucuk di daerah itu baru boleh balik dan nikmati kekayaan si ayah.

Maka posmen itu cuba dapatkan surat dari penduduk kampung tapi mereka semua sibuk bergaduh. Posmen cuba dekati kanak kanak namun semua kanak kanak adalah nakal. Dan punca kenakalan kanak kanak juga buatkan ibu bapa mereka bergaduh dengan jiran tetangga.

Satu hari posmen berjalan jauh ke hujung kampung dan terjumpa sebuah rumah yang dipenuhi oleh mainan buatan tangan milik seorang pakcik tua berjambang putih.

Posmen itu dapat tahu pakcik tu buatkan mainan untuk anaknya tapi bila anak dan isteri tiba tiba mati terus pakcik tu buatkan beribu ribu mainan tanpa henti.

Posmen itu pujuk pakcik tu untuk diagihkan secara percuma semua mainan kepada kanak kakak. Bila Pakcik tu setuju terus posmen tu dapat idea dan sebarkan berita palsu kepada kanak kanak di seluruh kampung bahawa siapa nak hadiah permainan percuma perlu tulis surat kepada dewa Santa Klause.

Maka kanak kanak pun mulai menulis dan posmen sendiri akan hantar mainan, tapi kerana orang kampung tak suka diganggu maka posmen telah masuk melalui cerobong asap dan senyap senyap letakkan hadiah dalam stokin.

Satu lagi, Oleh sebab posmen dah kenal semua kanak kanak maka dia tahu siapa yang nakal dan siapa yang baik. Kanak kanak nakal akan dapat batu sahaja. Kanak kanak baik akan mendapat mainan.

Insaf sebab dapat batu. Maka kanak kanak nakal sanggup berubah menjadi baik. Maka mereka buang tabiat jahat mereka yang suka mencuri dan sebagainya dan telah pulangkan balik hasil curian hingga punca perang selama ini akhirnya terhenti.

Akhirnya semua Penduduk kampung dah jadi baik dan merasa bahagia bila kanak kanak semuanya baik baik. Begitulah asal usul kampung itu jadi baik dan berdamai.

Hujung cerita, Pakcik tua si pembuat mainan itu mati namun semangat bagi hadiah kepada kanak kanak yang baik masih diteruskan oleh ibu bapa dikampung itu yang akan berikan hadiah pada anak mereka pada setiap kali tiba hari raya.

Demikianlah asal usul Santa Klause yang sangat menarik tentang usaha tidak putus asa seorang posmen dan pakcik Santa dalam menyelamatkan masa depan kanak kanak zaman itu dan seterusnya mengehentikan pergaduhan disebuah kampung.. semua ini boleh ditonton dari filem animasi terbaik berjudul.Klause. 2019. Filem lukisan 2D tapi diwarna nampak macam 3D.

Babak akhir waktu posmen rindu pada Santa Klause itu buat saya rasa sebak jugak..

Sebuah tontonan yang bagus untuk anak anak jika bertanya 'asal usul' Santa Clause.

Woha!

(Masa untuk tazkirah)

Cerita pasal hadiah atau hibah, jom rujuk Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Berhadiah-hadiahlah antara

kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu." (Riwayat Tabrani)

Pesan Nabi lagi:

"Bersalam-salamlah kamu nescaya ia akan menghilangkan perasaan dengki (iri hati), dan beri-memberilah antara kamu, nescaya kamu akan saling cinta mencintai antara sesama kamu dan ia akan menghilangkan permusuhan." (Hadis riwayat Malik)

Tempat lain Nabi bersabda: "Janganlah engkau menghina seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing." (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Nabi lagi bab hadiah,

"Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat menwariskan rasa cinta dan membersihkan berbagai kekotoran hati"

Imam Tabrani meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling mencintai."

Bercerita tentang cinta dah tentu tak lupa cinta kepada isteri..

Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Orang yang baik di antara kamu ialah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri daripada kamu." (Hadis Riwayat at-Tarmizi).

Hadis lain Riwayat at-Tarmizi bermaksud: "Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap isterinya."

Alkisahnya diriwayatkan daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, beliau berkata: "Ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah

itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.

Beliau (Ummu Kultsum) berkata: Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah juga suka memberi hadiah kepada isteri-isteri baginda. Apabila pulang dari mana-mana perjalanan, baginda sering membawa pulang hadiah untuk isteri-isteri baginda. Pernah suatu ketika, baginda terlupa membawa pulang hadiah, baginda berpatah semula ke pekan lalu membelikan hadiah untuk isteri

baginda.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., "Pada suatu ketika Rasulullah menghadiahkan aku sebuah gelang yang amat cantik buatannya. Kemudiah aku bertanya kepada baginda, "Ya Rasulullah, siapakah di antara kami (isteri) yang paling kamu sayang?" Jawab Rasulullah, "Siapa yang ada gelang di lengannya." Keesokkan

harinya aku dapati kesemua isteri baginda memiliki gelang yang sama."

Jadi kepada semua suami. Jangan lupa bagi hadiah kepada isteri kerana itu adalah sunnah dan kepada isteri jangan cemburu kepada isteri isteri dapat hadiah kerana mereka bukannya orang lain. Madu kau jugak!

Woha!

Ho..ho..ho..

 

No comments:

Post a Comment