Jun 27, 2006

Rukun Kahwin ada berapa?

(di antara aku dan dia, ada mamat)

Satu hari di pejabat aku…
Di ruang merokok, seorang lelaki sedang membaca buku hal ehwal perkahwinan … sesekali meletakkan putung rukok di bibirnya sambil menyedut asap ke dalam paru-parunya..selepas diameter dadanya bertambah…dia pun menghembus asap dari mulutnya dengan memuncungkan mulutnya, asap berkejolah keluar bebas ke ruang angkasa..kemudian matanya di tuju kepada papan tanda,:

“TERIMA KASIH KERANA TIDAK MEBUANG PUTING ROKOK MERATA-RATA..”

dia pun berkata.. “sama-sama” dengan perlahan lalu membuang puting rokok di tempat yg telah disediakan…

Kemudian mamat masuk ke dalam bilik itu untuk sama-sama melepak..Di sebelah pintu pula terdapat poster “TAK NAK” dengan gambar rokok yg telah di penyekkan atau telah di tekan hingga menjadi seakan akan huruf “Z”..kemudian hamba Allah(dia) ni berkata sedang matanya memandang poster itu :

“Rokok yg di penyek macam tu, memang aku TAK NAK!!!”

Dia kemudian membaca kembali buku hal ehwal perkahwinan..

Aku kemudian menegurnya: bakpe mung ning?(Kau ni kenapa?)

nota: rangkap seterusnya telah di tukar subtitle kepada bahasa malaysia

Dia: Aku nak kahwin nie..tapi banyak sangat nak kena hafal..

Aku: Kau sedang hafal apa tu?

Dia: Oh, susahnya nak hafal Rukun kahwin..pertama kena ada suami, kedua kena ada isteri, ketiga kena ada …apa ntah!!

Tiba2 Mamat menyampuk..

“alahai..senang je nak hafal rukun kahwin..ada 5, Suami, isteri, saksi, wali dan Akad..”

Dia: wah-wah..pandainya kau mamat, macamana kau hafal?

Mamat: aku guna formula SISWA..iaitu..

S-Suami

I-Isteri

S-Saksi

W-Wali

A-Akad

Jadi senang! ingat SISWA ingat rukun Nikah!!
Kalau Tok Kadi tanya kelak, tak susah sedikitpun!!!

Nota untuk Mua’alaf:
Kebiasan perkahwinan di Malaysia, sebelum Akad Nikah di jalankan, biasanya Tok Kadi(jurunikah) akn bertanya beberapa soalan untuk menguji tahap persedian bakal suami-harap maklum.

Aku pun menyampuk: "aku rasalah mamat kat Malaysia ni rukun kahwin macam ada 6…"

Mamat: enam?

Dia: Enam?

Aku: "ya! SISWAS!!!, ingat SISWAS ingat rukun Nikah!!

iaitu:

S-Suami

I-Isteri

S-Saksi

W-Wali

A-Akad

S-Sijil..!!!

Sebab kat Malaysia kalau kau kahwin tapi takde sijil kahwin, perkahwinan kau di kira tak sah!! kau nak kahwin kat Siam ke, Golok ke, Pnom Pheh ke, nak kahwin 4 ke, nak kahwin misyar ke..kena ada sijil.!!! ni undang-undang Negara…kalu tak kena saman kat makhkamah syariah!!!jadi ingat SISWAS ingat rukun Nikah!!ha ha ha!

Mamat dan dia: cis!!!!

Moral: Amaran oleh kerajaan Malaysia, merokok membahayakan kesihatan dan selamat menghafal rukun Negara…!!!

ps: Pastikan perkahwinan korang ada sijil seperti mana mayat yg mempunya sijil kematian-harap maklum

(Sedang belajar rukun-rukun menguruskan mayat)


17 comments:

  1. ada 10 sebenarnya

    s suami
    i isteri
    s saksi
    w wali
    a akad
    s sijil
    w wang
    h hantaran
    p pening kepala

    ---
    hafizbar

    ReplyDelete
  2. ha ha ha!
    itu belum lagi joget lambak, bunga telur, silat pengantin, renjin merenjis...

    aku dah lepas...kau punya turn pulak hafiz..he he he

    ReplyDelete
  3. ada sorang mak budak ni offer kat aku anak dia. aku cakap, hantaran yg aku sanggup ialah RM5000. lebih2 tarak, bye bye.

    lepas2 tu terus off. takde cerita dah.

    pastu, ada sorang bapak budak offer kat aku anak dia. aku cakap jangan ada sebarang paksaan walau `paksa rela.' tapi aku dah selidik2, rupa2 nya anak dia mmg tak sedia. tapi bapak budak tu nak gak kat aku. lepas tu aku `bagi' sikit nasihat, terus off.

    2 cukup kot, ada lagi 3 cerita tapi malas nak cerita.

    ---
    hafizbar

    ReplyDelete
  4. Ontahsapo

    betul jugak..tu, ada cadangan buat ujian air kencing, pasal kes bunuh oleh penagih dadag bebaru ni.
    silap2 makan ubat kuat(pengantin lelakilah ni) positif air kencing tuh!!! haru biru..

    aku? cukuplah sekadar senaman harimau..aum!!!

    --------
    Hafiz...

    cerita jangan tak cerita...
    masa aku pinang bini aku dulu, mak bapak dia nak tunggu setahun baru boleh kahwin,
    aku cakap mana boleh!!!
    (sebenarnya mana tahan..oh..)
    akhirnya diorang bersetuju..

    kami bertunang dalam masa beberapa bulan sahaja..

    ps: aku memang sengaja kahwin awal2 kerana aku dah tak tahan menahan nafsu seks ku...dan takut kejadian tak di ingini berlaku...oh..
    anda bagaimana?

    ReplyDelete
  5. bukan setakat kahwin je ade sijil
    mayat pun ade sijil

    ReplyDelete
  6. aku blum kawen dan pening skit, kenapa kat rukun yg ko tulis tu suami, isteri bukan lelaki dan perempuan yg nak kawen

    ReplyDelete
  7. ermm..
    yg sebetulnya,

    bakal suami,
    bakal isteri...

    ReplyDelete
  8. Nak lagi BEST!!

    Rukun-rukun nikah
    1. Bakal suami
    2. Bakal isteri
    3. Wali;

    Syarat wali;
    i. Islam
    ii. Berakal
    iii. Adil
    iv. Bukan dalam ihram
    v. Baligh
    vi. Lelaki
    vii. Dengan rela sendiri

    Jenis-jenis wali ;
    i. Wali nasab ( keturunan )
    a. Wali mujbir
    b. Wali bukan mujbir
    ii. Wali hakim
    - Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab untuk mengahwinkannya

    Susunan wali ;
    È Bapa (wali mujbir)
    È Datuk sebelah bapa (wali mujbir)
    È Adik beradik lelaki seibu sebapa
    È Adik beradik lelaki sebapa
    È Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki seibu sebapa dan ke bawah
    È Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki sebapa dan ke bawah
    È Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas
    È Bapa saudara dari sebelah bapa
    È Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu)
    È Anak lelaki dari bapa saudara pihak bapa (sepupu)
    È Raja (wali hakim)

    Syarat perkahwinan dari wali mujbir;
    i. anak dan bapa tidak bermusuhan
    ii. bakal suami sekufu dengan anaknya
    iii. mas kahwinnya tidak kurang dari mas kahwin adik-beradik perempuannya
    iv. bakal suami anaknya mampu membayar mas kahwin
    v. bakal suami anaknya mampu menanggung keperluan hidup / tidak mendatangkan mudarat

    Sebab yang mengharuskan perpindahan wali nasab kepada wali hakim
    i. Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan
    ii. Wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati
    iii. Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah
    iv. Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi
    v. Wali sedang dalam ihram haji atau umrah
    vi. Wali mnyembunyikan diri
    vii. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan
    viii. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang setaraf dengannya
    ix. Wali enggan mewalikan perempuan itu

    4. 2 orang saksi;
    Syarat saksi;
    i. Baligh
    ii. Adil
    iii. Berakal
    iv. Merdeka
    v. Sempurna penglihatan & pendengaran

    5. Lafaz ijab dan kabul;
    • Syarat lafaz ijab;
    • Dilafazkan oleh wali atau wakilnya
    • Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis
    • Tidak melafazkan dengan bahasa sindiran
    • Lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi
    • Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul
    • Ditentukan / disebutkan nama pengantin perempuan
    • Syarat lafaz kabul;
    • Tidak menyalahi ijab
    • Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya
    • Menyebut nama bakal isteri atau banti namanya
    • Dalam satu majlis
    • Ucapan kabul selepas ijab
    • Tidak diselangi dengan apa-apa ucapan atau diam yang lama
    • Bahasa yang jelas dan mudah difahami
    • Tidak dengan lafaz taklik

    ReplyDelete
  9. mayat:
    macam rukun haji jugak. kau kena tambah satu lagi. +dengan tabung haji!

    ReplyDelete
  10. penuh informasi entry kawen nih...lelaki kalau tak de duit skrang jgn harap nak kawin..
    mak babak skrang, anak pompuannya keje kilang pun hantaran 6-7 ribu..

    ReplyDelete
  11. amanitium

    hah, aku tersilap, sebenarnya kat board tu bahsa inglish, aku yg tak pandai subtitle kan nyer..oh..

    terima kasih..

    -----------
    BooK
    he he he

    aku rasa akan datang, nak uruskan mayat pun ada badan/lembaga yg bertanggungjawab..oh..

    ---------
    zwitterion

    wanita yg mulia adalah:
    murah mas kahwin.
    rujuk post january: di mana mulianya wanita?(he he he)
    yg telah mengundang kemarahan ramai wanita..he he he..

    ReplyDelete
  12. Kalau dapat gadis Johor, jangan lupa sediakan duit tol...!

    Belajar2 juga belek 'Permata Yang Hilang...'

    ReplyDelete
  13. Selamat berkahwin kepada “DIA” dan kau black…

    ReplyDelete