(di tulis ketika deman piala dunia sedang berlansung)
Korang bolehlah bayangkan rupa aku sebagai seorang lelaki gemok separuh umur dengan rambut botak depan dan hidung kemik serta mempunya sejemput janggut. Bini aku jatuh cinta pd aku bukan kerana rupa aku.. (semua dari Allah)
Aku bukan datang dari keluarga berbulu, seperti tadi, janggut aku seciput aje...adik aku lagi kelakar, bulu ketiak pun takde, tapi dalam keluarga aku, akulah paling banyak bulu kaki..tapi kalau lelaki normal, akulah paling kurang bulu kaki kot ..oh..
JO!
Walau macamanapun aku ada sepasang mata yg cantik dan AKU
(musuh akupun cakap macam tuh..)
hins..
hins...
“Eh, tadi aku jumpa org rupa dia sebijik macam engkau..”
“Suami saya dulu, sama rupa macam awak..”
“Awak ada iras2, rupa nenek saya ler..”
“Rupa awak macam pelakon terkenal ‘yassin senario’ ler..”
“Betul ni hamka, rupa jiran aku sama 'sejibik' (sebijik) macam engkou..”
he he he..
Aku kata: kalau macam tu, bertuahlah mamat tu, sebab hensem macam aku! ha ha!
Ada org kata: Wah..wah..comelnya Haikal(anak sulung aku) ada iras 2 bapak dia..
aku kata: hihihih..patutlah haikal comel..he he he..
Bebaru ni kakak aku ada lahirkan sorang anak laki2..di tanyanya aku bahagian manakah yg sama atau menghampiri macam ibu bapa dia..
Aku kata: emmmmm, mata ada iras2 macam mak dia, hidung ada iras2 ikut ayah dia, mulut hampir sama macam nenek dia… tapi yg satu ni sama sejibik macam bapak dia punya!!!
Kakak aku tanya: bahagaian mana yg sama sebijik macam bapak dia.?
aku kata: ni.. ha ha ha.!.
sambil tangan aku menunjuk arah kemaluan baby tu.
Oleh kerana kakak aku memahami aku, maka tak kedengaranlah timbul rungutan seperti:
“ehs..apa ni? teruknya..”
“awak ni tak senonoh lah!!!”
“Kotorlah awak nie..”
“jijiknya pemikiran engkau, lucah betul”
he he he…lantak korang ler..oh..aku melalut lagi!!!
Hari ni aku nak cerita pasal RUPA ugama…korang dah lama memeluk ugama islam, tapi tahukah korang akan bagaimanakah bentuk rupa ugama islam itu?
Adapun rupa ugama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan..
Rupa ugama penting kerana bisa menarik perhatian bukan islam ke arah islam secara Jujur dan harmoni kerana begitu indahnya islam itu apabila ternampak akan rupa sebenar ugama islam.
Sebelum ini dalam kotak komen pernah ada orang tanya aku, adakah Malaysia ini negara islam?
aku kata:
Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak2pun tahu itu pasal malam.
kenapa?
kerana kat situ ada amalan pasar malam;
Apa amalan pasal malam?
Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib… tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yg sama..sebab dah tak ada amalan pasar malam..!!!
Jadi... kat Malaysia tempah tumpah darah aku dan mak aku ni,
Oleh yg demikan adalah penting kita org2 islam mewujudkan amalan islam yg boleh di katakan sebagai rupa islam!!!
Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yg pertama…
Pertama
La ni, apa jadi? Malaysia Negara islam kah jika baaanyaaak masjid kosong tidak berpenghuni…oh..
RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG…”
(Lagu :peristiwa akhir zaman)
Hati bagi kampung/bandar/negara adalah masjid, kalau org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,
“Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya hamba Allah ni (lebih-kurang)
“terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?”
Dah tentu aku jawab :
“aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu”
Oh…
Aku pernah dengar satu ceramah, ustaz tu bagitahu, LEBIH KURANG:
-Apabila 25% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka ahli2 maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi2..
(oh..patutlah sekarang ni maksiat org berani buat terang-terangan)
-Apabila 50% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka wanita akan tutup aurat automatik.
(
-Apabila 75% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka Allah akan campakkan kegerunan org kapir kepada islam.
(patutlah bush dan sekutunya yang lain tak takut langsung kat umat islam, apa nak heran dengan nuclear? bom takde kuasa, yg berkuasa hanya Allah!!)
-Apabila 100% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka orang islam akan memerintah dunia.
(Rujuk Nabi dan sahabat Ra, bila mereka memerintah dunia?..rujuk masjid mereka bagaimana?)
huh..sekarang umat islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tak sedar masjid kosong!!! yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yg kerajaan tak larang (solat berjemaah), takde pulak usaha di buat!!
Saidina Umar Ra bagitahu, hati bagi kampong adalah masjid…jika nak tahu adakah penduduk kampong itu bershukur atau tidak, lihat masjid mereka, penuh atau tidak…isk..isk…
Maafkan aku kerna membebel macam mak nenek…oh..
Dulu 2 pada zaman sahabat Nabi SAW menurut riwayat..jika melewati rumah2 mereka di akhir malam..maka akan kedengaranlah bunyi org menangis seperti sekumpulan lebah bersahut-sahutan..malam ini, jika korang pergi jalan kat kawasan perumahan org org islam, apa yg korang dengar? senyap ajer…tiba tiba:
GOAL!!!!!!!
Terkejut berok eden di buatnyer!!! cis!!!, Nasib baik tak jadi mayat...
ingat pesan Kak Pah:
“carilah ketenangan dalam diri sendiri..
isk..isk..
ADA SUASANA UGAMA IAITU:
-LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.
-KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.
-Huh, hari ni cuba korang pergi kat budak2 dan tanya mereka siapa yg paling kuat? ada mereka cakap Allah yg kuat atau apa?
budak2 cakap: Naroto dari kampung Kanoha lah..
aku kata: apa pulak, Hokage ke 5 lah yg paling kuat, tsunade!!!
(oh..ummat sedang menderita…)
-Cis, lepas tu pulak
wanita hari ini cakap: Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!!
aku kata: cis, apa pulak, Tongkat ali dan kacip fatimah ler…
-Kemudian,
lelaki2 cakap: Brazill..pasukan samba, paling kuat!!!
aku kata: cis, apa pulak, tahun ni jerman piala dunia sebab main kat jerman!!!
Hindun yg pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk islam, tapi akhirnya masuk islam jugak, tanya suaminya kenapa?
beliau berkata: pada malam pembukaan
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA…!!
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA…!!!
mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.
AMIN..YA ROBBULALAMIN…
assalamu'alaikum
ReplyDeletecakap pasal masjid nih... nak crite skit.. bile datang ke Australia nih sedih tgk masjid-masjid yang ade... pon begitu semangat nak beribadah kat masjid makin membuak-buak. nak bandingkan masjid kat sini dengan kat Malaysia tuh, Maasha Allah... berbeza skali..masjid kat sini amatlah 'zuhud' keadaannya... tak se'mewah' masjid kat malaysia tuh... muslims sisters and brothers kat sini memuji-muji keagungan islam kat Malaysia dan diorang nak duduk kat Malaysia sebab katanya senang nak practice islam... tp kalaulah mereka lihat masjid indah di Malaysia yang tersergam indah tu kosong... sedih...walaupon masjid kat sini kecil dan serba kekurangan, tp muslims kat sini berusaha nak solat jemaah kat masjid.. sebab kat sini jer la dapat jumpa muslim... kat tempat lain mat salleh merata...
kalaulah manusia berfikir.....
:)
ReplyDeletealhamdulillah.. syukur setinggi-tingginya pada Allah kerana mempertemukan hamba pada insan yang berfikiran kreatif dalam mengembangkan cahaya Islam di maya ini..
Satu santapan rohani yang menjana keupayaan insan untuk BERFIKIR dan BERTINDAK mengikut rahsia kejayaan Nabi Muhammad s.a.w beserta sahabat2nya.. sesuatu yang sukar dicari dan akhirnya bertemu disini..
Alangkah indahnya hidup ini kalau setiap insan memahami dan mentaati Allah yang Esa seiring dengan sirah RasulNya, namun Allah berfirman:"...dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya." [Al-Maidah 5:48]
Moga kita tabah menghadapi ujian ini..
terima kasih hamka.. moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik pembalasan di dunia dan akhirat.
+ akhie +
Waalaikumusallam
ReplyDeletecerita engkau di australia bolehlah di ibaratkan sebuah kedai runcit yg kecil tapi ada menjual gula, manakala di malaysia ada kedai supermarket yg besar, ada air cond bla bla bla, tapi takde gula!! cis!!
kalaulah manusia berfikir..
ps: siapa engkau?
oh..lupa pulak pada en. akhie..terima kasih atas keshukuran anda, semoga aib ku bila jadi mayat tertutup dengan kewujudan org2 seperti anda!!!
ReplyDeleteerrr, ada gula lebih tak?
Maaf kerna tak memperkenalkan diri. kerna Takde akaun terpakse la bagi komen as anonymous. saye ukht yg sedang belajar di Australia. disinilah bertambahnya ilmu mengenai agama Allah ini dan sebagai hamba yang sedang berusaha untuk mendekatkan diri dengannya masih banyak yang perlu dipelajari.Maaf jika ada komen saye sebelum ini terkasar atau tersalah bahasa.
ReplyDeleteDan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah 9:71)
Jazakallahu khayr
maaf kerna tak memperkenalkan diri. kerna takde akaun blogger, terpakse lah bagi komen as anonymous. Saye ukht sedang menuntut di Australia. Saya juga dalam usaha mendekatkan diri dengan Allah. masih banyak yang perlu dilakukan. disinilah ilmu tentang agama Allah ini bertambah. walaupon tak ramai muslim kat sini, tapi seronok sangat dapat knal dengan muslim yang ada walaupon yang dr malaysia skit. Alhamdulillah
ReplyDeleteTerima kasih atas info yang ditulis. Jazakallahu khayr (semoga Allah membalas dengan kebaikan. inshaAllah.
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah 9:71)
salam
ukth..
ReplyDeleteterima kasih...di atas perkongsian anda mengisi ruang2 komen di sini
(cantiknya bahasa aku)
sama sama terima kasih..
As usual, ko memang best..aku kagum dengan bakat menulis yg ko ade..cool je..hehe..alhamdulillah, nikmat ALLAH TAALA bg..
ReplyDeleteKan best kalu ko dpt dtg U aku, dan bg tazkirah camtu..how I wish...
Keep up the good work, man!!
p/s: bestnya dpt anak sedara..aku pon dok menghitung hari nak dpt anak sedara :)
``Rupa awak macam pelakon terkenal ‘yassin senario’ ler.."
ReplyDeletekekekeke... aku makan cili siut.
sekarang ni saya nak bagi makan cili pada sapa2 yg baca blog dan komen kat blog ni dgn copy paste komen yg telah saya bagi dlm entry yg bertajuk
Apa kerja sebenar anda?
kerja saya ialah mencari jalan singkat ke sorga.
hehehe ade ke? tentu ada kan...
sorga senang masuk, tapi neraka payah pasal kene bunuh orang, kene rogol orang, kene minum arak, kene berjudi, kene menipu, kene mengumpat, kene perasan bagus drp orang lain, kene suka quote dan terang quran hadith ikut pala otak sendiri, etc etc. kan payah tu...
lupa pula taruk nama kat atas. orang panggil saya hafizbar. tapi saya panggil diri saya hafiz
ReplyDelete---
hafizbar
Aku masih lagi cuba membayang2kan wajah kau itu, tapi gagal? he he he
ReplyDeleteMungkinkah satu masa nanti masjid dan surau menjadi sekadar hiasan..? ataupun muzium kesenian Islam....?
Bila kita menjadikan juara rancangan realiti sebagai idola, kita sepatutnya tahu ada sesuatu yang dah tak kena......
KASTURI
ReplyDeleteAku pun dok menghintung hari nak dapat anak pertama perempuan..oh..bestnya!!
doakanlah aku..
Allah yg bagi Nikmat jangan di sombong, nanti di tariknya nikmat..oh..(pesan kat anak aku sendiri)
err..kau U mana?
----------
hafiz
he he he
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA PEMBACA BLOG INI, MUKA HAFIZBAR ADA IRAS-IRAS YASSIN SENARIO- SELAMAT BERKHAYAL.
ps: org yg makan lada akan mendapat daya ingatan yg kuat iaitu:
PEDAS!
PEDAS!!
PEDAS!!!
---------
Black
Mungkinkah terjadi? oh..
aku pun tak tahu rupa engkau macamana?
ada iras2 black wings ke?
Ha ha ha.
ReplyDeleteNama jer black, warnanya tidak....... Black wings? Kalau yang Joe tu mungkin ada sikit2 la... ha ha ha... (apa yg aku merepek ni...)
black, ok apa!!
ReplyDeleteada iras - iras
RONALDINHO...
KEH!!!
rupa rupanya kau belum mengemail alamat rumah atau mana2 alamat utk aku poskan sticker....
ReplyDeletenanti terengganu nk buat masjid kristal..
ReplyDeleteades..
untuk perlancongan ke untuk ibadat???
Cik khazri...(ontahsapo)
ReplyDeleteAku sebenarnya baru pindah rumah...alamat belum pasti..
apa2pun, aku balik kampung sebulan sekali...
ni alamat rumah aku kat kampung.
(rujuk email, he he he)
--------
Budak shams
aku belajar berbaik sangka!!!
Salam,
ReplyDeletePenulisan dakwah yang unik.Teruskan usaha murni saudara.
akhukum fil Islam,
- yg dapat alamat blog ni dr blog mikon( semusim di neraka ), yg gelap dalam falsafah ekstentialismenya-
lepas dibaca .. cuba nak bayangkan muka ko .. alih2 gambaran tu cam rupa husein lak .. heheh ..
ReplyDeleteTul cam kasturi type tu .. cool jer cara ko nie .. suka gaks ..
Anonymous
ReplyDeleteSalam,
terima kasih atas galakkan anda...
o..kau datang dari semusim di neraka dan sekarang berpeluang naik keretamayat..selamat naik..nak kemana pulak lepas ni?
------------
Husein
he he he, macam muka engkau?
nenek aku cakap dalam dunia ni, ada 7 org yg muka dia sama ha ha!
ha ha ha...
ReplyDeleteEngland, brazil, argentina dah balik awal..jerman go on!
he he he
dah masuk zuhur, aku nak cuba berdoa sabar, kau doa kan aku...!!
ReplyDeleteAmiable brief and this post helped me alot in my college assignement. Say thank you you seeking your information.
ReplyDeletebagi aku kredit
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDelete"KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA..!"
Ayat yg paling berebkas di hati.Jazakallahukhair. Sy br je komen, slm ni just jd silent reader.
~ruhjihad~
kita !!
ReplyDeletetesting2...
ReplyDelete