Feb 4, 2006

Dunia ini Penjara Org Islam?

Tentu ramai org bukan islam tak setuju dengan kenyataan bahawa ‘dunia ini adalah penjara org islam, dan shurga org kapir’
Jangan bimbang, masalah ni pernah berlaku kat tanah hijaz sana tu, dulu-dulu…
Begini kisahnya…

Satu hari seorang pengemis yg bukan islam telah menghalang laluan seorang Raja Islam yang sedang naik kuda disertai bala tentera yang hebat2. Bila di tanya Raja kenapa duduk tengah jalan ni? Maka kata pengemis itu:
“datuk kamu seorang pendusta!”
“mustahil datuk(Nabi Muhammad) saya seorang pendusta”Sanggah Raja yang selaku cucu Nabi.
Jawab pengemis:
“Datuk kamu bilang, dunia ni shurga org kapir, dan penjara org islam, tapi aku tengok tuanku sekarang menjadi raja di ‘penjara’ mu, sedangkan aku hanya menjadi pengemis di ‘shurga’ ku…”
Maka terang Raja panjang lebar (lebih kurang):
“Jika nak di bandingkan kehidupan aku sebagai raja org islam dengan kehidupan seorang ahli shurga, dan jika ahli shurga di beri peluang hidup di dunia sebagai raja seperti aku, maka pasti ahli shurga itu merasa kehidupan ini seolah-olah dalam penjara…tak bebas, penuh dengan undang2. tak boleh minum arak(dalam shurga boleh minum arak)tapi sekiranya seorang ahli neraka di beri kehidupan mengemis sepertimu, maka ahli neraka akan menganggap kehidupannya bagaikan shurga jika nak di bandingkan dengan kehidupan dalam api neraka dulu….”
(habis)

Wahai org islam, jika macamamna senangpun hidup korang di dunia ini, jika korang tahu hakikat shurga, sebenarnya korang tinggal dalam ‘penjara dunia’….tapi untung gak sebab dalam penjara ini korang masih boleh kahwin, makan yg best2(yang halal sajelah) Cuma korang kena tinggal segala larangan Allah seperti minum arak, zina dan lain-lain…(yang haram)

Dan kamu wahai org bukan islam, macamana susahpun hidup korang di dunia ini, jika korang tahu hakikat neraka, korang sekarang sebenarnya hidup dalam ‘syurga dunia’, korang bebas di sini, nak minum arak, nak zina (bukan semua ugama yang menghalalkan perkara ini, ini hanya contoh)

“MENANGISLAH KAMU WAHAI MATA, SESUNGGUHNYA API NERAKA DI HARAMKAN BAGI MEREKA YANG PERNAH MENANGIS KERANA TAKUTKAN AZAB ALLAH”

Aku kata:korang nak tahu tak sesungguhnya kalau korang pergi kat penjara pudu ke, penjara marang ke korang boleh nampak ada beberapa ciri@sifat org yg duduk dalam penjara yg boleh kita jadikan pedoman dan tamsilan…

Sifat –sifat org dalam Penjara:

1. Mereka yakin dengan rezeki.
-kalau korang tengok polis tangkap org jahat(mereka berdosa kerana mereka berpeluang-jangan hina mereka), korang tengok mereka menangis, mereka menangis bukan bimbang pasal rezeki, mereka menangis sebab sedih tinggal dalam penjara. Cuba korang tanya banduan “eh, korang nak makan apa dalam penjara nanti” dia akan marah kat korang balik, jawab si banduan: ”polis tangkap aku, dialah kena sediakan makanan aku”, pendek kata tak pernahlah dalam sejarah mana2 banduan mengeluh pasal rezeki.
Jadi aku nak kabor(info) kat korang, bila Allah hantar kita kat ‘penjara dunia’ ini maka korang pun kena lah yakin yang Allah telah sediakan rezeki korang semua! Jangan nak risau-risau, Allah yang hantar kita, Maka Allah jugalah yg sediakan rezeki kita..kena yakin…ingat dunia ni penjara org islam….

2. Mereka ada uniform:
-org dalam penjara seluruh dunia ada uniform, mereka tak boleh suka2nak pakai baju melayuke, Kain pelekat India ke, jubah kungfu china ke, tak boleh!, mereka kena pakai pakaian yang telah ditetapkan oleh warden penjara…he he he, jadi korang org islam tak boleh pakai macam org kapir pakai, sebab tu ada larangan dalam islam “sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka akan bersama kaum itu kelak di akhirat ” tak semestinya korang kena berjubah, berserban sepanjang masa, ikut kemampuan korang, (tapi bagus dapat istiqamah berserban,berjubah) yg penting tak menyerupai org kapir, pakai baju melayupun boleh,(sebab org melayu adalah org Islam) yg penting tak menyerupai org kapir, org pempuan lagilah, mesti mau tudung, mesti mau labuh-ok!, org kapir tak pakai tudung and labuh… ingat dunia ni penjara org islam….

3. Meraka ada undang-undang.
-Pergilah mana2 penjarapun meraka pasti ada undang2, tak boleh sesuka hati nak tidur, nak lepak, nak tengok TV, diorang ada masa-masa dia, ada waktu makan, ada waktu bersenam, ada waktu berkebun, basuh baju, dengar kuliah, ada masa melawat, pendek kata memang kena ikut undang2, kalau tak Siap! kena hukum dengan warden nati, jadi pesan aku kat korang dan aku sendiri, rukun islam, rukun iman, tu adalah undang2 kita dalam penjara dunia ni, ada yang kita tak boleh buat, makan babi, minum air arak, berzina…dan banyak lagi(rujuk alQuran dan Hadith)! oleh sebab itu yang demekian maka kejayaan kita kat ‘penjara dunia’ ini adalah bila kita dapat taat segala perintah Allah dan tinggal segala larangan Allah, boleh?! … ingat dunia ni penjara org islam….

4. Meraka rindukan dunia luar.
-Kalau korang tengok para-para banduan meraka selalu rindukan dunia luar mereka, mereka menghitung-hintung hari mereka di bebaskan dari penjara…mereka selalu bercerita tentang dunia luar penjara. Kadang2 mereka menangis bila terkenangkan dunia luar mereka.
Mmmmmmmmmmmmm
Jadi aku dan korang semua, kita duduk dalam penjara dunia ni kenalah rindu hari akhirat sana, kena selalu cerita hari akhirat sana, kena buat persedian untuk, keluar dari penjara dunia ini…kena hintung masa yang telah berlalu kerana hari ini semakin sempit untuk kita buat usaha masukkan diri dalam shurga dan semakin sempit masa untuk buatkan usaha selamatkan diri dari penjara yangs sebenar-benarnya: API NERAKA JAHANNAM!!! … ingat dunia ni penjara org islam….

Tambahan:
Cuma yang pasti kat dunia ni takde warden yg pastikan kau ikut perintah Allah, warden kita adalah IMAN kita. ‘Warden kita tu’ nanti, akan dapat gaji kat akhirat kalau berjaya jaga korang dengan baik….inshaAllah…… ingat dunia ni penjara org islam….

Ps: menjadi mayat adalah tanda kita keluar dari “penjara dunia”…. … ingat dunia ni penjara org islam….

17 comments:

  1. assalamualaikum...
    analogy yg sangat tepat dan padat...
    p/s: nak tya...ape pendapat yg empunya blog ni pasal "islam hadari"?

    ReplyDelete
  2. erm.. banyak la akhi punya lawak mayat.. haha.. adei.. tak abis abis ngan mayat.. takpe.. tak salah pun .. =) nahnu semua akan jadi mayat gak nanti..

    ReplyDelete
  3. aku pun bakal ahli kubur gak,...

    pasal islam hadari mungkin, aku kata mungkin, aku akan add dalam post "apa itu politik?" bila? aku tak boleh nak janji...tapi teringat aku pada satu peristiwa...
    kat warung kopi.

    mamat: eh apa pendapat kau tengtang
    islam hadari?
    aku kata: (secara bergurau), ok apa, islam hari-hari...he he he
    mamat: (jadi marah) mana boleh!, kau tengok tu sorang mentri besar hadari cakap boleh melacur kalau terpaksa, apa? tak de cara lain ke?
    aku kata: (tiba2 setan bisik suruh aku berdebat)sama lah cam kau, boleh guna cara yahudi nak tegakkan islam? cara nabi tak leh ke?

    lepas tu air yg kami order sampai, kami minum teh tarik sambil ketawa2 buat ulasan tentang filem2 terkini di pawagam. (aku dengan mamat tu kawan baik)

    sekian...

    (org PAS dan Umno, jangan sensitif+marah, aku sayang korang semua!!!, korang saudara islam aku dunia, akhirat...amin)

    --------------

    budak shams,
    aku bukan akhi
    akhi bukan aku...

    aku adalah aku,
    nyanyi lagu yg rindu,
    lemah langkahku mengejarmu....

    ReplyDelete
  4. ya akhi,

    dunia ini sememangnya penjara - penjara nafsu bagi orang2 yang beriman.

    dok aih... tu bukan gamba trunks... to gambo dari citer lain.

    ReplyDelete
  5. olor laa...
    akhi tu panggilan bagi saudara lelaki laa.. takpe laa.. kalau akhi tak suka nak bahasakan apa??
    ana rasa macam akhi ni lebih tua dari ana.. ana nie masih bersekolah.. so.. tak kan nk bahasakan aku ngkau kut?? tak sopan la walaupun aku ngkau tu lebih erat.. tapi zahirnya nampak macam kasar..

    ReplyDelete
  6. terima kasih akhie budak sekolah, dan demonsinme...

    aku lah org yang tak pernah sekolah yg ada perkataan ugama kat belakang, dan tak belajar arab,tapi pandai2 cakap ugama...
    terima kasih....

    tapi siapa sebenarnya: +akhi+?

    ReplyDelete
  7. Sory, akie, aku terdelete komen kau…

    Akie kata:
    :)

    nie lirik nasyid Mestica (Destinasi Cinta ):

    " Tak ternilai airmata dengan permata, Yang bisa memadamkan api neraka, Andai benar mengalir dari nasuha nurani, Tak kan berpaling pada palsu duniawi "

    + akhie +
    (salah seorang banduan dunia):D

    Terima ksih +akie+

    aku kata:

    Lagu aku pulak,

    Di dalam kubur manapun, mayat aku di tanam,
    Aku, mayatlah jua…
    Kita laksanaknan
    Matahari yg damai,
    Di sana kejujuran…

    He he he..

    ReplyDelete
  8. budak shams laa.. bukan budak skolah.. ehehe shams tu nama skolah

    ReplyDelete
  9. ok, mafkan aku..
    budak shams:()

    Aku akn cerita pasal, MAWI, nashid, islam hadari, hudud ala pas dll, lepas aku cerita pasal sunnah dan bidaah dulu(akan datang).
    sabar ye adik budak shams he he3

    ReplyDelete
  10. citer la..citer laa byk2...weh..maulana hassan bile msk keje?takkkan tak tau kot?rindu la...

    ReplyDelete
  11. akupun tak tau bila Haji Hassan masuk kerja, aku pun rindu gak kat dia!

    aku rindu janggut dia he he he

    ReplyDelete
  12. benarlah tuan, selamat pengantin baru

    ReplyDelete
  13. bro hamka memang kreatif dlm membuat analogi..mesej yg disampaikan tu mmg jelas dan sampai ke dlm hati saya..sungguh terkesan..
    thanks bro..teruskan usaha..

    ReplyDelete
  14. salam... tahniah cz dpt menyedarkan aku yg sememangnya x brape nak sempurna ni...hehehehehehe... ma'at taufiq utk post2 yg laen plak..pepe pun,thanks a lot...

    ReplyDelete