Feb 1, 2006

Apa itu Hijrah?

(Apa yang korang faham tentang Hijrah?)

Biarlah hari ini aku bercerita tentang hijrah dan keuntungan yg korang akan dapat, setakat yg aku paham, kalau korang lagi terer, sila tambah2 mana yg patut.
Mari kita lihat sejarah dahulu,

1.Penghijrahan islam yg pertama adalah di ketuai oleh Sahabat Ayub r.a ke Habshah.
Tujuan penghijrahan adalah untuk selamatkan iman kerana kat Mekah, org kapir banyak bagi tekanan dan ancaman. Kat sini kita boleh belajar bahawa hijrah bukan bererti TAKUT tapi adalah perintah Allah supaya kita selamatkan iman kita…sebab tu ada perintah Allah “wahai org yang beriman, berimanlah…”
bermakna korang kena buat apa saja usha supaya iman korang selamat, kalau korang baca tafsir al Quran korang akan jumpa cerita tentang :Allah puji dan selamatkan 7 pemuda dalam gua yg lari dari Raja yang Zalim dengan niat supaya iman mereka selamat….
Jadi sahabat yg ke Habshah Nabi benarkan duduk kat
sana, buat amal ugama dan tak perlu tentang kerajaan kat sana, kerana kerajaan Habsyah ketika itu bersifat berkecuali…(ehem..ehem..aku tak nak cerita pasal politik) kita sambung topic kita.

2.Hijrah yg kedua adalah diketuai oleh Nabi sendiri dan seorang sahabat ke Taif. Tapi kat sini cerita sedihlah..Nabi kena baling batu sampai berdarah2. Darah mengalir masuk ke dalam kasut Nabi hingga bila Nabi berjalan bunyi macam org berjalan kat tempat basah…isk..isk…(rasa nak terajang je org taif tu!)…lalu Malaikat datang offer untuk datangkan bala kat sana, tak kiralah taufan ke, gempa ke, tsunami ke, tapi Nabi tolak..dan Nabi doa agar cucu cicit org taif dapat hidayat, ini pun perintah Allah “wahai manusia, berimanlah..”.
Tujuan penghijrahan Nabi adalah di atas perintah Allah untuk majukan ugama, untuk buat ‘hati’ bagi dunia iaitu masjid (time tu masjid takde lagi) dan kalau nak buat masjid perlu pada org untuk makmurkan sebab tu perlu pada masyarakat…(bukan nak bina Negara seperti yg di dakwa sesetengan pihak, zaman nabi Sulaiman dan nabi Zurkanain dulu dah ada Negara yg complete hebat, tapi Allah tak istiharkan ugama sempurna waktu tu…(aduh, kenapa aku cakap politik lagi nih,,)sambung balik topic kita…

3.Dan penghijrahan Nabi yg ketiga adalah ke Madinah. Sampai je terus buat masjid, org yg berhijrah di panggil org MUHAJIRIN, org kampung yang bantu( keadaan ni takde kat habshah dan Taif) di panggil org nusrah atau ANSAR. Masa tu kat Madinah hanya ada 4 golongan, 2 shurga, 2 neraka,

Golongan shurga
1.Muhajirin (org islam mekah)
2.Ansar(org islam madinah)

Golongan Neraka
3.Munafikkin (org islam pura-pura)
4.Org kapir(selain ugama islam)

…dan tujuan hijrah Nabi ke madinah ini adalah untuk membina kekuatan islam dan pada waktu ini barulah Allah datangkan pertolongan yg berbondong2. kenapa?
Kerana NUSRAH ALLAH AKAN DATANG APABILA ADA GOLONGAN YANG BERHIJRAH KERANA ALLAH DAN ADA GOLONGAN YANG BANTU ORG YG HIJRAH TADI, maka kerana itulah, dalam perang Badar, Allah hantar 1000 malaikat walaupun satu malaikat cukup dah sebenarnya,untuk kalahkan org kapir, disini menunujukkan kesukaan Allah pada meraka yang berhjirah dan mereka yng membantu org berhijrah……dan kalau korang nak tahu golongan muhajirin dan Ansar ni (313 org ini) adalah org yang memakmurkan masjid Nabawi! Hari ni takde malaikat Bantu org islam berperang, nak Bantu camne, masjid kosong…sadis sungguh..isk..isk..
Lepas tu turun ayat lagi. “wahai org beriman bertaqwalah” maka sahabat paham maksud ayat ni dan mereka yakni org muhajirin dan Ansar telah bertebaran berhijrah seluruh alam dalam membuat 3 perkara:
1.ajak manusia beriman
2.ajak org beriman supaya buat usaha iman
3.ajak org buat usha atas iman supaya bertaqwa.(nak tahu lebih lagi, sila rujuk Al-quran dan org alim)

Jadi nak tanya korang?

1.Korang ni golongan muhajirin ke?(org yg berhijrah kerana ugama)

2.Atau org ansar ke?(org yang membantu org yg berhijrah kerana ugama)

3.Atau korang org munafik( ada udang di sebalik batu, nampak macam bantu, tapi ada sesuatu di sebalik batu rupanya)
4.Atau korang org kapir(hijrah takde , nusrahpun takde..naduzubillah…)

Dan satu lagi contoh hijrah aku nak kongsi ngan korang hasil kajian aku…he he he

Hijrah (musim pertama)

Dalam perut Bonda:
9 bulan 10 hari.

Balajar Merangkak:
Setahun.

Belajar berlari
1 Tahun

Belajar bezakan makanan dan najis
2 Tahun

Belajar bezakan manfaat dan mudarat
Setahun

Belajar di tadika
Setahun

Belajar di Sekolah Rendah:
6 tahun

Belajar di Sekolah Menengah
2 Tahun

Menikmati alam Remaja
Setahun

Masuk U
5 Tahun

Menganggur:
Setahun

Mula bekerja pada umur: 26 tahun.
Kerja..kerja…kerja….(cari pasangan)

Kahwin pada umur: 27 tahun
Kerja..kerja…kerja….(dapat anak)

Beli kereta ansuran 7 tahun dan beli rumah ansuran 25 tahun
Kerja..kerja…kerja….(anak-anak nak sekolah)

Tamat ansuran kereta: umur 34 tahun

Kerja..kerja…kerja….(trade-in kereta)
Dapat menantu umur 47 tahun.

Tamat ansuran rumah; umur 52 tahun(dah ada cucu…)
Kerja..kerja…kerja….(besarkan rumah)

55 Tahun: pencen.

63 Tahun: Menjadi mayat.
Tammat.


Hijrah (musim kedua)

Mandi Mayat,Kapan Mayat, Sembahyang Mayat, saudara melawat:
Sehari saje.

Tahlil: 3 Hari
Mayat di makan ulat…

Tahlih hari ke 7

Tahlil hari ke 40.
Mayat sudah menjadi tanah.
Nota; isteri anda mungkin sudah menjadi mayat juga, kereta anda telah rosak, rumah anda di jual anak-anak sebab ramai tak tahu camne nak bahagi2, jadi jual bagi duit sikit sorang…


Hijrah (musim ketiga)

Dalam kubur
Paling kurang 40 ribu tahun.

Padang Masyar (Ribu-ribu Tahun) terbahagi kepada tiga hari:
1. Hari kebangkitan.
2. Hari Kemurkaan Allah (100 ribu tahun)
3. Hari pembalasan (juta-juta tahun bergantung pada Hisab.)

Akhirat terbahagi lepada 5 tempat
1. Mizan
2. Madang Masyar
3. Bawah Arash
4. Telaga Kaustar
5. Titian sirat (1500 tahun perjalan)


Hijrah (musim terakhir)

Rezki berkat
Seksa kubur angkat
Tangan kanan tarima kitab
Titi Sirat sepantas Kilat
Masuk Shurga Tanpa Hisab.

Hadiah:
Masa mati malaikat tarik slow and tunjuk shurga, so matipun senyum je..
Mayat tak reput
Dalam kubur rasa macam sembahyang 2 rakkat je.
Padang Masyar duduk bawah arash
Tak sedar pun dah titi sirat…
Masuk Shurga selama-lamanya….forever and ever…macam macam ada.

YANG Tersingkir….
Masuk neraka selama2nya jika kapir, bagi org islam kena seksa bergantung pada dosa paling kurang dalam nerakapun 1000 tahun

Nota:
Org munafik duduk bawah neraka sekali
Ada neraka untuk org yang sengaja lenngah2kan solat
Ada neraka untuk org tak solat
Macam-macam ada.!

Sekian, selamat menyambut Maal Hijrah…

24 comments:

  1. betapa kurang kesedaran diri...
    terima kaseh kerana menyedarkan...

    ReplyDelete
  2. bleh add awak dalam blog kiter?

    ReplyDelete
  3. sama2
    BOLEHHHHHHH
    APA TAK BOLEHNYA!
    SANGAT BOLEH....
    kecil tapak tangan, tapak sulaiman saya tadahkan...

    PS: ramai org sedar, tapi tak buat usaha atas kesedaran, maka lama2 'sedar' pun hilang...jadi tak sedar(boleh rujuk: belajar ugama melalui blog? 1 january 2006)

    ReplyDelete
  4. TAMBAHAN
    (hanieza, nama kau sama ngan ustazrock@ustazahrock, suspen aku)

    ustazrock dah lama tak hantar lirik lagu..mmmmm

    belajar tafsir lagu...

    satu muharam detik permulaan
    (islam kena berbeza ngan ugama lain, kalendarpun pakai islam sendiri punyer)
    perkiraan tahun islam hijrah sekarang dah 1427
    perpindahan Nabi dan umat islam
    (umat islam termasuk aku dan korang semua!)
    dari kota mekah ke kota madinah
    (oh inilah maksud hijrah, perpindahan dari satu tempat ke satu tempat…)

    atas keyakinan dan iman yang teguh
    (yakin kalimah tauhid)
    kaum muhajirin dan ansar bersatu
    (perkara ni tak berlaku kat Taif dan Habshah)
    rela berkorban harta dan nyawa
    (dan masa)
    demi menegakkan Islam tercinta
    (setuju dengan apa yg korang semua nyanyikan..)

    hijrah itu pengorbanan
    (harta, masa, tenaga)
    hijrah itu perjuangan
    (menegakkan ugama)
    hijrah itu persaudaraan
    (nabi mengsaudarakan org muhajir dan ansar)
    hijrah membentuk perpaduan
    (semua org madinah solah jemaah kat masjid Nabawi, termasuk org munafik-Abdullah bin Ubay)

    oleh itu
    mari semua
    (Umno., Pas dll)
    kita sambut maal hijrah
    (aik tak kan sambut je kot?)
    kuatkan semangat
    (bagus!-bagus!)
    tingkatkan syiar Islam
    (benar!)
    untuk sepanjang zaman
    (kulli makan, kulli zaman)
    (akulah mat Islamic yg terer cakap arab kononnya..he he he)

    ReplyDelete
  5. salam..

    sesungguhnya hijrah itu sunnah para nabi.. semua nabi berhijrah.. pasal hijrah menuntut pengorbanan.. jadi aku menyeru diriku sendiri dan rakan2 yg lain utk berhijrah dari yg kurang baik kpd yg baik, dari yg baik kpd yg lebih baik.

    (aku pun link kan blog kau dlm blog aku.. tp slamber tak mintak kebenaran.. he3)

    ReplyDelete
  6. satu fatwa dari aku, korang nak link takde hal punya, aku benarkan, tapi kalau korang nak berbesan ngan aku, nak jadikan anak aku menantu korang, mesti mintak izin dan interviu(tapi tunggu 20 tahun lagilah)!!! he he he

    sabda Rasulullah saw :
    'Islam tu dagang. Datang ia dagang.....kembali ia dagang. Beruntung lah org yg berdagang'

    Untung kah org Mekah bila Nabi saw berhijrah ke Madinah?
    Untung kah orgTaif bila Nabi saw tak jadi nak berhijrah ke sana?

    Org yg berhijrah kerna ugama akan TETAP untung walaupun dia tidak mendapat sambutan dari org ramai.
    Mereka telah menjalankan tugas ‘ajak kepada kebaikkan’ mrk sebaik yg mungkin.

    'Mahukah kamu aku memberitahu suatu perniagaan yg menguntungkan?' (al quran)

    Olih kerana manusia cenderong membuat sesuatu dgn mendapat KEUNTUNGAN yg besar.
    Maka Allah swt menurunkan ayat di atas kpd mereka ini.

    Kalau perniagaan di dunia.......ada masa UNTUNG.
    Ada juga............RUGI.

    Tapi dgn ‘ajak kepada kebaikkan’......anda senantiasa UNTUNG.
    Kalau org ikut ..............anda(yg di ajak dan mengajak) UNTUNG.
    Kalau org tak ikut.......anda(mengajak) TETAP berUNTUNG.
    Kalau org caci………anda(berbaik sangka) TETAP UNTUNG.
    Kalau org bunuh anda…………LAGI UNTUNG ShaHID tu..!

    Ini lah MLM yg seBENAR nya. He he he he he
    Multiple Level Management........Direct Selling per......

    Bukan cam Tupperware..........

    Anda dan Mayat anda yang untung….

    Mengakhiri penerangan ini, Di dlm sejarah ada 3 jenis manusia. dalam ‘ajak kepada kebaikkan’.

    1. Abu Muthalib - berkecuali
    2. Abu Jahal - menentang
    3. Abu Bakar - berserta/menyokong/menerima

    Dan tempat hijrah pula ada 3 juga.
    1. Habsyah - berkecuali
    2. Taif - menentang
    3. Madinah - berserta/menerima/menyokong

    Abu Bakar dan Madinah mendapat KEJAYAAN di atas sifat sifat tersebut di atas.

    ReplyDelete
  7. Assalamualikum...sedara..

    Tukang minyak wangi tak sentisa berbau wangi..dan tukang besi plak tak sentiasa berbau asap...setiap kejadian-Nya ada kelebihan masing2..Slamat menyambut tahun baru Hijrah 1427...semoga beroleh Rahmat dan Hidayah dari-Nya..

    blh add skali link ko??

    ReplyDelete
  8. adiosss.teruskan projek mayat kau wahai teman....

    taraknama...

    ReplyDelete
  9. salaam 'alaik..

    eyh.. nta punye blog bagus laa.. jarang jumpe blog mcm nie.. teruskan usaha nta.. ana nk tanye skit pendapat.. ape komen tentang penyanyi nasyid? sekadar nak popular ataupun nk sampaikan dakwah? ramai jugak kawan2 ana complain nasyid nie nyanyi lagu jiwang2.. erm..

    p/s: ana bukannye minat nasyid pun.. sekadar ingin mendengar pendapat nta..

    ReplyDelete
  10. *susulan from budak skolah..
    [ orang same je ehehe ]

    erm.. satu lagi.. ape komen nta pasal mawi?? hurm.. rosak rosak..

    ReplyDelete
  11. to husulmuin, una and taraknama,serta korang yg lain,

    boleh, kecil tapak tangan,
    TAPAK 'SALESMAN' AKU TADAHKAN..

    (kubur kata: mari!, mari! bakal2 mayat sekalian, link dengan aku, di sini semua ada, mayat budak ada, mayat org tua ada, macam2 mayat ada, mari2 link dengan aku..aku untukmu dan kau untukku...)

    ----------------------

    to sham@budak sekolah:
    lain kali aku akan bukak tajuk:
    1.Nashid itu daqwah?
    2.Apa kata aku pasal Mawi?
    lain kali tu maknanya lambat lagilah...tapi inshaAllah

    terimakasih.

    ReplyDelete
  12. :)

    satu perniagaan yang tak akan rugi...

    nie Allah kata:
    " Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)." [Al-Fathir 35:29-30]

    + akhie +

    p/s: bila nak berbicara ttg politik .. menurut hamka point of view ?

    ReplyDelete
  13. ana bukan shams laa..
    shams tu nama skolah ana..
    =D
    wah teruja betol bila nta reply ana punye soalan

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum ya Akhi,

    cantik posting ni, saya suke sangat.

    tapi la kan bila kita citer pasal hijrah ni, ramei yang akan ingat hijrah tu maknenye ke pindah tempat secara fizikal. tapi ramei yang tak tahu, hijrah yang bebenor nye kat masa la ni ialah hijrah dari benda (diri) yang tak baik kepada yang lebih baik. contohnye, kalo kite kaki buat maksiat, kite rentikan dan tuko jadi kaki buat amal.

    usaha atas iman bukan la something yang mudah, tapi tak pulak bermakne kite tok yah nak buat. banyok yang lupe yang pentingnye ikhlas dan istiqomah. buat sikit sikit ikut iman kite.

    barakallahu minkum ya akhi.

    ReplyDelete
  15. owh hamka nie akhi yaa??
    ana tak tahu la plak..
    ana tak tau sama ada hamka ni nta or nti..
    huhu asiff ya akhi.. =D

    ReplyDelete
  16. + akhie +
    (p/s: bila nak berbicara ttg politik .. menurut hamka point of view ?)

    aku kata: aku ingat nak tulis: "apa itu politik?" tapi dekat2 pilihan raya nanti kot....inshaAllah.thans akhie:)(ustaz akhilehail?)

    -------------------

    to demonsinme
    (tapi ramei yang tak tahu, hijrah yang bebenor nye kat masa la ni ialah hijrah dari benda (diri) yang tak baik kepada yang lebih baik. contohnye, kalo kite kaki buat maksiat, kite rentikan dan tuko jadi kaki buat amal.)

    aku kata: saje nak tanya: nabi pergi hijrah ke madinah, beberapa tahun kemudian balik tawan mekah, yg kau pulak paham hijrah dalam diri, dari kaki maksiat pada kaki buat amal, beberpa tahun kemudian balik sebagai apa? kaki maksiat atau amal....

    hijrah yang aku paham(mungkin salah, kalau salah tolong jolokkan, kalau kampung kau takde JPJ kau kena hijrah kampung lain ambil lesen JPJ, takkan lah bila polis saman kau , kau cakap kampung kau takde JPJ.,jadi time tu kau dah jadi org muhajirin, berhijrah untuk tambahkan ilmu ugama, atau tambahkan iman, atau kuatkan iman, atau selamatkan iman.
    kalau kau dah ada lesen pulak, kau kena sahut seruan kerajaan, seperti, gunakan pengangkutan awam, jangan memotong sebelah kiri, jangan langgar double line, jadi di sini kau akan jadi org ansar(nusrah@bantu)
    ok, mengerti?
    sekarang tukar: JPJ kepada ustaz@arg alim
    tukar: lesen kepada ilmu
    tukar: sahut seruan kerajaan kepada amal apa yg org alim suruh...
    aku bukan ustaz, takpe kau tak setujupun...

    tapi terima kasih jadi kawan blog aku...aku menghargai.errr saya bukan akhie, saya adalah anak mak saya(lawak mayat)

    ------------------------

    to budak sekolah@sham

    sabar...sabar....
    aku pun bukan akhie...aku juga bukan budak sekolah...
    pernah jadi budak sekolah memandu.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. salam maal hijrah. salam perkenalan.

    ReplyDelete
  19. salam untuk kau gak...

    Hijrah & Nusrah. Orang-orang yang beriman adalah mereka yang bergerak di jalan Allah dan mereka yang membantu golongan ini:

    "Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

    ReplyDelete
  20. Lagu hijrah dari ana:

    Kehidupan yang kau lalui tiada bererti
    Namun kau masih tak menyedari
    Bila wajahmu pucat lesu terbujur kaku
    Bimbang hidup kau kan berakhir
    Tidakkah kau tahu dia yang maha kuasa
    Masihkah tak mengerti
    Tiada hidup tanpanya... Allah
    Subhanaallah

    Lalu kau pun tunduk membisu
    Sejuta ketakutan
    Bayangkan dosa mu bagai lautan
    Haraplah diberi peluang
    Umur yang panjang
    Kau kan jadi hamba yang sejati

    Allah maha pengasih
    Allah maha pengampun
    Kembalilah kepada fitrahmu
    Allah maha pengasih
    Allah maha pengampun
    Sedarlah kau dari kesilapan mu

    Lalu kau pun sujud mengaku
    Hilang keangkuhanmu
    Cabutlah noda hitam di hatimu
    Haraplah di beri peluang
    Beribadah kembali
    Kau kan jadi hamba yang sejati

    Engkau pun menyedari
    Jangka waktu yang di beri
    Kau pun sedari
    Cintanya yang abadi

    Allah maha pengasih
    Allah maha pengampun
    Kembalilah kepada fitrahmu

    Allah maha pengasih
    Allah maha pengampun
    Cintai Ilahi
    Cinta yang hakiki
    Subhanaallah

    (engkaulah 'JPJ' ku, ajarlah aku buat lesen 'L' dan 'P')

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. *Ralat*

    to demonsinme
    (tapi ramei yang tak tahu, hijrah yang bebenor nye kat masa la ni ialah hijrah dari benda (diri) yang tak baik kepada yang lebih baik. contohnye, kalo kite kaki buat maksiat, kite rentikan dan tuko jadi kaki buat amal.)

    aku setuju dan benarlah apa yg kau katakan tu...aku tak berniat nak cakap kau salah...cuma banyak takrif tentang hijrah yg boleh di fahami, terimak kasih mereka2yg tegur aku...
    aku pun kena hijrah dalam diri gak...terimak kasih bebanyak
    The demon was onece a man...
    born from the blood of the King of Sages...
    Destined and groomed to be one of the great lords of the of the tangent plane. But the hands that shuffled the cards of destiny has dealt him so mysteriously...
    Much sadness, much grieves have plague the Demon heart...

    --------------

    ustazah rock!, kerana kau ada lesen 'P' lah maka kereta aku yg tak payah tampal 'P' di tampal 'P'...

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum...

    Hamka, ustazrock wife ko ker?

    ReplyDelete
  24. ustazah rock bini aku, ustaz rock, bukan! tapi sebab takde password, maka mungkin bukan bini aku, bakal bini kot, woha!

    ReplyDelete