Saya dah nak masuk 50 tahun, ada orang minta nasihat, saya boleh bagi 50 nasihat, tapi hari ini saya nak bagi 22 dahulu.. semoga bermanfaat..
1. Mandilah macam membersihkan diri dari dosa
2. Gosok gigi macam nak pergi jumpa doctor gigi.
3. Kemas katil macam hari ini hari terakhir.
4. Bacalah Al quran macam kita sedang menjadi imam dimasjidl Haram
5. Makan makanan sihat macam orang yang dah disahkan penyakit merbahaya.
6. Solat macam kita “melihat” Tuhan.
7. Pakai baju elok macam orang nak ambik gambar
8. Naik tangga macam lift rosak
9. Berjalan jauh macam orang lumpuh baru sembuh.
10. Membacalah macam muka surat seterusnya ada jawapan penting
11. Menyimpanlah seolah 7 kemarau nak datang.
12. Bekerjalah seolah hidup seribu tahun
13. Bayarlah hutang macam esok si pemberi hutang dah mati.
14. Melancong dan ambik gambar seolah itu sahaja harta kita ada bila tua.
15. Menulislah macam anak cucu akan google tulisan kita
16. Bercakaplah macam orang akan jadikan kata kata Mutiara
17. Ziarah mak ayah macam esok dah tak jumpa
18. Layan tetamu macam tetamu tu kiriman Nabi
19. Belilah rumah macam pelarian perang dapat kerakyatan
20. Layang semua orang macam kita nak orang layan kita.
21. Berjimaklah dengan pasangan yang mana jika ada orang mengintai akan cemburu
22. Belajarlah berenang soolah olah banjir Nabi Nuh nak datang
23. Jadikan titik terendah dalam hidup adalah menyelam di laut Cina selatan (ambil lesen skuba)
24. Jadikan titik tertinggi dalam hidup adalah dipuncak gunung Kinabalu
25. bagi hutang hanya jika mampu halal
26. Jika pinjam pulangkan bersama hadiah
27. jika tiada buku yang dicari, tulis buku itu
28. Jangan beli kereta mahal, tapi belilah distinasi yang mahal
29. kena pandai bercerita, mana tahu terperangkap dalam lif, tiada yang bosan
30. Solat berjamaah dengan anak isteri waktu PKP atau bermusafir sahaja
31. Wajib pandai jadi Imam solat terutama jika tolak di RNR
32. Bila buat dakwah berjemaah, anggap semua orang sedang bantu kita
33. Dalam keluarga, jadikan diri orang terakhir kenyang, orang pertama lapar.
34. Pergi umrah solo sebelum pergi haji, dan jadi "mutawif" kepada isteri waktu kerjakan ibadah haji
35. Jangan diam bila orang ajak borak bab agama kerana dalam kubur malaikat kubur ajak borak, siapa diam kena azab.
36. Jangan malu bertaubat kerana banyak dosa, tapi malulah buat dosa kerana sudah banyak bertaubat
37. Masa paling sunyi, sepertiga malam, wajibkan diri berterima kasih kepada Allah dengan menghintung nikmat dari bangun pagi sampai tidur malam
38. Benci syirik sebagaimana benci masuk neraka
39. Satu mata tengok baik orang, satu mata tengok buruk diri sendiri
40. Jadilah mata lebah, mana mana cari madu, jangan jadi mata lalat, mana mana cari tahi41. Bekerjalah macam hidup seribu tahun, maka bila azan, terus tinggalkan kerja sebab hidup ada lagi seribu tahun
42. Beribadatlah macam mati esok, maka bila azan, terus solat sebab esok dah nak mati.
43. jadilah ayah, yang mana anak perempuan kita nak kahwin dengan orang macam kita.
44. Lelaki sejati, boleh tidur di majsid, oleh sebab itu wajib ada kelengkapan iktikaf di masjid,
45. Bersyukur dengan segala nikmat, walau sekecilkecil nikmat.
46. Jangan makan banyak sangat, kesian orang nak mandi mayat, nak angkat keranda, ringankan beban mereka
47. Suka lah kerja kita, sebab sesusah mana pun kerja, susah lagi takde kerja
48. Selagi kita tidak duduk dalam kubur, tersenyumlahdengan segala ujian hidup.
49. Selalu fikir kita ni orang tua terlantar sakit lumpuh, berak tiada yang cuci, tiba tiba Allah bagi peluang kembali muda kepada hari ini, ya, hari ini adalah hari kita paling muda.
50. Jangan cemburu pada orang muda kerana mereka belum tentu sampai sebaya kita.
Lagi?
The rest boleh tambah!
Woha!
Lagi?
The rest boleh tambah!
Woha!
No comments:
Post a Comment