(Sedih baca kisah ni, kisah suami Meninggal didalam kereta kerana bergaduh kecil dengan isteri.)
Jiran dia cerita, selepas parking kereta depan rumah waktu
malam, dia nampak kereta kawannya masih hidup enjinnya. Bila jengah,kelihatan
si jiran dia yang tertidur di tempat duduk pemandu. Bila tegur, kata
kawannya Siang tadi kerja banyak kat
pejabat. Lepas Maghrib saya buat Grab pulak. Penat sangat."
Keesokan harinya, berita yang datang betul-betul menggoncang
hati. Jiran dia itu ditemui meninggal dunia dalam kereta akibat keracunan gas
ekzos. Dia tertidur dengan enjin masih hidup.
Yang lebih menyayat hati, isterinya menjerit dan meraung...
menyalahkan diri sendiri.
Rupanya mereka bergaduh pada malam sebelumnya. Si isteri
merajuk, tak jawab mesej, tak buka pintu bila suaminya balik.
Dan malam itu, si suami hanya duduk dalam kereta. Kesunyian,
kepenatan dan kelesuan ditambah dengan beban rajuk isteri yang
belum reda.
Mungkin cuba tenangkan hati, mungkin cuma
nak tunggu reda. Tapi tak sempat. Dia meninggal dalam kereta
di hadapan rumah tanpa disedari oleh isterinya yang hanya berada beberapa meter
sahaja darinya
(Ulasan saya)
Saya pulak yang rasa sebak mengenangkan nasib orang lelaki
kerja berat tapi ada perempuan tak peduli pun, kasihan sangat..
Alkisahnya apabila orang lelaki yang sanggup kerja
apa-apapun, atau pemandu grab motor yang sanggup redah hujan dan panas, atau
peniga ada yang tidur tepi jalan, atau mana mana lelaki yang sanggup kerja
keras, demi bahagiakan isteri dan anak anak, maka saya teringat satu hadis yang
sangat memberi semangat untuk kami pihak lelaki agar sentiasa kuat dan jangan pernah
putus asa.
Kadang tu bila tengok Video orang berniaga memang boleh
menitiskan air mata, pernah tengok video ada makanan tumpah tak sempat jual
atau, khemah di terbangkan angin, atau jualan tak laku, atau hujan lebat
menitis masuk dalam lauk.. berkaca mata ni bang…
Tapi geng peniaga ni terutama kaum lelaki, sangat kuat dan
tabah.. kagum saya dari jauh.
Apa rahsia mereka kuat dan setabah itu?
Alkisahnya Saya pernah ada kawan ajak mengeteh lepas penat
bawa lori hantar biskut buatan sendiri ke seluruh kedai runcit dari Johor
sampai Perlis patah balik singgah Kuantan, dengan mukanya yang penat, matanya
yang merah, masih buat lawak sambil minum air teh..
Saya tanya dia,
“Tak penat ke kerja siang malam…”
Jawabnya, “hutang aku banyak, dan senyuman anak isteri akan
hilangkan segala penat”
Tiba tiba matanya berkaca masuk habuk, lepas tu dia
baca satu hadis yang menguatkan
semangatnya, hingga waktu paling penat pun, bila teringat hadis tu dia akan
jadi kuat balik..
Saya senyum senyum waktu dia baca tafsir hadis tu, sebab
sangat deep, dan tepat!
Korang tahu hadis apa?
Hadis bab isteri jangan tolak layanan seks pada suami
walaupun atas pelana unta..
Bila baca hadis ni terus rasa malu sebab Wanita kaum yang
lemah, Allah suruh sabar untuk bahagiakan suami, tahanlah sedikit penat layan
kehendak suami, lalu ramai Wanita solehah di luar sana yang amal hadis ini,
malah ada yang bersemangat tunaikannya, lalu kami kaum lelaki, yang jauh lebih
kuat, maka setakat susah payah cari rezeki 24 jam pun, takde masalah, demi
kebahagian anak dan isteri.. kami sanggup..
Yer betul, rujuk hadis bab kaum Wanita kena kuat layan
suami, maka kami kaum lelaki yang jauh lebih kuat dari wanira, lagi-lagilah kena kuat bekerja demi
kebahagaian anak isteri! Itu yang korang nampak ada peniaga yang sanggup kerja
apa sahaja yang halal, sanggup redah hujan dan panas, sanggup besekang mata 24
jam, sanggup bua dua tiga kerja demi kebahagian anak isteri sebab bagi kami,
tunaikan hak anak bini bukan hanya sekejap atas pelana unta, tapi seluruh hidup
kami kena layan dan tunaikan kehendak anak isteri selama lamanya,
Malahan dipintu syurga, kami orang lelaki masih kena
berkorban bagi pahala pada anak isteri agar mereka semua selamat dari azab api
neraka.. (Panjang pula nak cerita bab ini)
Akhir kata, Besar sebenarnya
tanggung jawab lelaki, walau harta pusaka dapat lebih bukan untuk
dirinya semata mata, aurat tak banyak kena tutup ada sebab nya, air mata
menangis tak pernah mengadu pada siapa siapa, asal anak isteri tersenyum,
mereka sanggup buat apa sahaja..
Tahniah kepada semua lelaki yang masih tabah dan sabar cari
rezeki halal, dan tahniah juga kepada wanita yang juga sama sama sabar walaupun
bersama metafora pelana unta.
Moral kisah ni, kenanglah masa 16 jam suami berpenat lelah
cari rezeki, gantilah masa itu dengan masa di atas pelana unta yang mungkin tak
sampaipun 30 minit, nak gaduh pun, biarlah mudah dipujuk. Sungguh Syurga isteri
ada dalam redhanya suami.
Jadikan pengajaran buat semua.
Takde Woha hari ni.. sob sob
Link asal:
https://www.facebook.com/share/p/16FpAHkph5/?mibextid=wwXIfr
No comments:
Post a Comment