Haji Sah
tapi tidak Afdal?
Alkisahnya,
ramai orang solat, yang mana solatnya sah tapi tidak afdal.. Contohnya, orang
lelaki yang takde uzur tapi solat dirumah, hukumnya sah, tapi tidak afdal, atau
orang puasa tapi tidak bersahur, atau makan terlalu banyak hingga tinggal solat
berjemaah magrib, maka puasanya sah, tapi kurang afdal, maka demi kebaikkan
hari akhirat, perlulah kita mencari afdal dalam semua ibadah, dan afdal itu ada
dalam sunnah Nabi Muhammad SAW
Maka tidak
dapat tidak, ibadah Haji sekali seumur hidup, perlulah mencari Afdal, yang mana
setelah kita bergolok gadai, jual kereta, jual tanah, jual gelang emas,
contohnya!, maka ilmu perlu di cari dalam mencapai Haji yang Mabrur, dengan
jalan afdal dan Akmal..
Saya yang
belum pernah pergi Haji, telah hadir kursus haji dari pelbagai pihak, yang mana
Tips Haji yang afdal, adalah haji yang dibuat dengan susah payah, dengan
mujahadah, dan ikut cara Rasulullah SAW..
Maka di
sini saya ringkaskan Kisah Haji Rasulullah s.a.w, segugus bacaan yang sangat
bermanfaat kepada bakal haji dalam memahami Haji yang afdal, Akmal, dan
Mabrur..
Ditulis
untuk diri sendiri, dan semua bakal Haji InsyaAllah..
Bagi yang
belum tahu, Nabi buat Umrah empat kali sehaja seumur hidupnya, dan Haji hanya
sekali..
6 Hijrah,
Umrah
hudabiyyah, dah niat tapi tak dapat masuk sebab orang kafir tak bagi, Nabi
patah balik lepas perjanian damai.
7 Hijrah,
Umrah qada’
yang tahun lepas
8 Hijrah,
Umrah
Jira’anah, yang mana lepas perang di Taif, Nabi bagi harta rampasan pada
penduduk Mekah di Kawasan Jikra’anah, nabi bermiqat, dan buat umrah,
9 Hijrah
tiada Umrah,
10 Hijrah,
Nabi buat Umrah dan Haji.. Haji wada’
Alkisahnya
pada tahun 10 hijrah itu, Nabi dan umumkan niat nak pergi Haji, maka umat islam
berbondong bondong sertai Nabi, sebab nak dapat kemulian dan keberkatan Haji
bersama Nabi.
Yang tak
sempat ikut nabi di Madinah, sahabat lain ikut sertai Nabi di jalanan, paling
last, berhimpun di padang arafah, sekitar 124 ribu sahabat, Saidina ali datang
dari Yaman, bawa banyak unta dan akan jumpa nabi di Arafah…
Jom Imbas
kembali.. pada tahun 10 hijrah itu.. lokasi di Madinah..
25
zulkaedah, Sabtu
Nabi keluar
dari Madinah, dan Nabi singgah di Zulhulaifah, bermalam di Bir Ali, lebih
kurang 11 km dari Madinah, dan Nabi sempat solat empat waktu di situ, Nabi bawa
Sembilan isteri, dan telah berjimak dengan semua isteri sebelum pakai ehram,
kata ustaz, bagi Jemaah haji yang dah berkahwin, berjimaklah sebelum perjalanan
jauh, supaya fikiran lapang, mata tak terjegil sebab kat Mekah nanti wanita
semua tak tutup muka, tunduklah padangan.., dan bila pakai ehram, tidak boleh
lagi berjimak apatah lagi mukadimah Jimak, kena dam seekor unta dan jika jimak,
boleh rosak Haji,..
Terus saya
teringat kisah Pak Ya Concodei, yang akan “bekal” sebelum pergi KL, maka
“bekal”lah duhai semua duyufurahman, kerana ianya adalah sunnah..
26hb
Zulkaedah, Ahad
Diceritakan
juga Aisyah pakaikan minyak rambut di kepala Nabi sebelum ehram, maka boleh
berwangi wangian sebelum ehram, dan bila pakai ehram jika ada wangian sebelum
berehram, maka dibenarkan..
Nabi naik
unta, dan Sebelum unta jalan, nabi niat ehram, dan niat haji.
Menurut
mazhab Shafee, Nabi kita buat Haji Ifrad, dan sahabat ada yang buat Tamattuk
atas arahan Nabi atas sebab sebab tertentu.. kita dari Malaysia ramai yang buat
Haji Tammatuk, iaitu buka Ehram selepas Umrah..
Nabi juga
dah bawa siap-siap binatang untuk disembelih, berpuluh puluh ekor, rupanya
sunnah bawa binatang ni, tapi zaman dah berubah, sebab tak kan naik flight
bawak kambing, kan? Ruksah ikut peredaran zaman.. Nabi pun benarkan Tamattuk
bagi mereka yang tidak bawa kambing…
Ok,balik
kepada Nabi, Lepas pakai ihram, nabi talbiah kuat kuat dan berjalan.
Ada riwayat
mengatakan, bila Nabi naik Kawasan tinggi, Nabi Talbiah lebih kuat,
Labaikallah!
70km
kemudian, lebih kurang lima hari Nabi berjalan siang dan malam, Nabi sempat
singgah di Bir Rauhah yang ada sebuah perigi, dan nabi berhenti minum di situ,
kata Nabi:
“Aku lihat,
70 orang para Nabi pernah singgah di sini, dan minum air telaga ini”
Kemudian
Nabi bergerak lagi, , sampai satu wadi Azraf, kata Nabi, seolah olah aku Nampak
Musa a.s lalu kawasan ini pergi haji dan talbiah, maka Nabi terus talbiah kuat
kuat.
Tiga hari
kemudian,
3
Zulhijah., Sabtu…
Nabi dan
sahabat telah melalui wadi Sharif, 10km sebelum ke TaneIm, Nabi berhenti di
situ. waktu tu Aisyah datang haid, lalu mengadu susah hati, takut haji tak
terima,
Nabi pujuk,
ini perkara biasa, aku akan tunjuk caranya.
Maka
terbukalah hokum fiqh bab wanita Haid di musim Haji.. Haji Qiran misalnya…
Nabi gerak
lagi, lalu dekat Jarwal, ada perigi ZiTuwa, Nabi bermalam di situ.
4 zulhijah,
pagi Ahad
Nabi mandi
di Zil tuwa, dan masuk ke Mekah dari kawasan Al-Hajun yang ada Ma'la.. Maka
Sunat mandi sebelum masuk mekah.. sekarang kenderaan dah laju, dari Bir Ali,
naik bas, mandi sebelum ehram tadi dah kira sekali mandi sebelum masuk mekah..
jadi di
pagi Ahad itu, Nabi terus Pergi Kaabah,
Nabi
teruskan Qalbiah, sampai depan kaabah, nabi kucup Hajarul aswad, dan mulakan
tawaf, 7 kali, tiga pusingan awal nabi berlari anak, Nabi juga buka bahu kanan
waktu tawaf, dan sebelum tiba di Hajaratul asward, Nabi doa dijauhkan dari api
neraka.
Selesai
Tawaf, baginda ke maqam ibrahim, dan solat dua rakaat, nabi baca kulya rakaaat
pertama,dan kul ahad, rakaat ke dua,
Sebelum
Sae, nabi pergi kucup hajarul aswad, dan minum air zam zam, lepas tu nabi pergi
ke bukit safar melalui pintu Safar, naik bukit hingga Nampak Kaabah, (sekarang
terlindung) Nabi puji Allah, berdoa sambil pandang kaabah,
Doa Nabi,
ada bunyi macam takbir raya, “Ia ilaha illalllah wahdahu laa syarika lah, lahul
mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu] wa huwa ‘ala kulli syaiin qodir la ilaha
illallah wahdahu la syarika lah], anjaza wa’dah, wa nashoro ‘abdah, wa haza-mal
ahzaba wahdah.”
(Tidak ada
yang berhak disembah dengan benar melainkan ALLAH semata-mata, tidak ada sekutu
bagi-NYA, yang mempunyai kekuasaan, mempunyai segala pujian yang menghidupkan
dan mematikan dan Maha berkuasa atas segala sesuatu. Tidak ada yang berhak
disembah melainkan ALLAH, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-NYA], yang
selalu menunaikan janji-NYA, yang selalu menolong hamba-NYA serta mengalahkan
musuh).
lepas tu
Nabi sae, ada tempat Nabi berlari anak, ada tempat Nabi berjalan, habis tujuh
kali. Akhirnya Nabi tiba di Marwah.
Nabi buat
istihar, mana mana sahabat yang bawa binatang dari Madinah, jangan buka ehram,
termasuk Nabi.
Mana mana
sahabat yang tak bawa binatang, boleh tahalul, buka ehram, Haji tamattuk.
Bersenang lenang, batal semua larangan ehram, boleh pakai baju biasa, boleh
Bersama isteri…
Sahabat ada
yang bantah, nak kekal Ehram Bersama Nabi, tapi Nabi bertegas suruh sahabat
yang tidak bawa binatang korban, untuk bertahalul awal. , aku paling bertakwa,
kata Nabi,
Kata
sahabat:
“Kita
keluar sebagai haji, kita hanya menginginkan haji, tidak Nabi suruh tahalul
awal buat Haji tammatuk, (bersenang lenang) sedangkan jarak antara kita dengan
Arafah tinggal empat malam, dan ba-ginda
membenarkan kami untuk bersama dengan isteri-isteri kami. Adakah Kita akan
datang ke Arafah sementara kemaluan baru sahaja menitiskan mani?
Kata-kata
itu sampai ke telinga Nabi SAW.. Baginda SAW bersabda,
“Apakah
kamu akan mengajarkanku tentang ALLAH, wahai kaum muslimin?” “Kamu sudah
mengetahui bahawa aku adalah orang yang paling bertakwa, paling jujur, dan
paling baik di antara kamu.” Lakukanlah apa yang kuperintahkan kepada kamu.
Sesungguhnya aku, kalau tidak terlanjur membawa sembelihan, pasti aku sudah
bertahalul seperti yang kamu lakukan Dan kalau aku boleh mengulang apa yang
telah kulakukan, tentu aku tidak akan membawa haiwan sembelihan. Bertahallullah
kamu.”
Maka
sahabat pun insaf mendengar kata Nabi, lalu merekapun potong rambut untuk
bertahalul..,
Selesailah
sudah umrah Haji mereka.
Nabi
kemudian pergi berkemah di Zir tuwa, dan beribadat di sana dalam keadaan Ehram
selama 4 hari…
Apa yang
akan berlaku 4 hari kemudian?
Alkisahnya,
haji ini ENAM HARI SAHAJA
Bermula
lapan Zulhijah, dan berakhir pada 14hb Zulhijah…
8 zulhijah,
hari khamis, hari Tarwiah,
Tengah hari
khamis, sebelum zohor, Nabi pun bergerak dari perkemahan Mekah ke Mina, nabi
solat lima waktu di Mina, zohor, asar, magrib, isyak, subuh.. Nabi bermalam di
sana.
9 zulhijah,
hari Arafah, hari jumaat, Hari paling penting, Haji Akbar!
Pagi itu Nabi
solat subuh di Mina dan dari Mina bergerak ke arafah, 17km lebih kurang
jaraknya, dan akan lalu ke Mudzalifah..
Orang
Jahiliyyah sangka Nabi akan berhenti di Mudzalifah macam mereka buat Haji
Jahiliyyah, tapi nabi teruskan berjalan, menuju ke Arafah..
Sebelum
masuk arafah, ada kawasan Namirah, nabi singgah dekat waktu zohor di Namirah,
Nabi telah mandi, dan masuk ke lembah Aronah, dan terus ke sempadan padang
Arafah, di situlah baginda sampaikan khutbah terakhir dihadapan 124 ribu para
sahabat,
Nabi pesan
jaga hak orang islam, jangan tumpahkan darah, jaga harta dan maruah, tidak
sakiti sesama mahkluk, haramkan riba, menjaga hak wanita, asas asas islam, dan
banyak lagi.
Habis
khutbah, nabi tanya sahabat adakah aku telah sampaikan?
Sahabat
menyahut: Ya tuan telah sampaikan agama!
Nabi pun
Pesan tentang kerja dakwah yang diwarisi kepada Ummat, pesan Nabi..
“Orang yang
hadir pada ketika ini hendaklah sampaikan kepada yang tidak hadir hingga yang
tidak hadir faham”
Lalu Nabi buat isyarat ke langit, Wahai Allah!
saksikanlah, bahawa aku telah sampaikan syariat agama.
Kemudian
wahyu turun, bagitahu: Agama telah sempurna. Sahabat semua bergembira.
Lepas
khutbah, bilal azan, solat zohor dan asar secara jamak takdim, selesai solat,
Nabi naik unta bernama qaswa, baginda terus menuju ke Jabal Rahmah, berhenti
bawah bukit, yang mana Nabi tak naik pun bukit, tu, hanya duduk area kaki
bukit, ada batu besar leper, nabi berwukuf di bawah kaki bukit, nabi wukuf
diatas unta, tanpa teduhan, nabi berdoa dan menangis, berdoa dan menangis,
berdoa dan menangis, dan merintih, berjam jam, sampai waktu magrib, dekat
magrib baru nabi berhenti berdoa..
Tuan tuan
yang saya muliakan, Nabi doa begitu lama, khutbah nabi lebih kurang setengah
jam, Nabi solat jamak, anggarkanlah, Nabi sampai ke bawah kaki Jabal Rahmah
pukul 2 petang, jadi lebih kurang, 4 ke 5
jam Nabi berdoa, menangis, merintih,
berdoa dan menangis…
Kita kena
ada skill doa lama lama macam Nabi, kena banyak fikir risau ummat, baru boleh
doa lama macam Nabi..
Apa yang
nabi doa?
Doa ummat!
Nabi doa supaya seluruh ummat diampunkan Allah, Nabi doa untuk kita semua!
Jadi
ingatlah..
Waktu
paling makbul doa, Nabi sedang Haji, tempat paling makbul, hari yang makbul,
orang paling makbul, tapi apa yang Nabi doa?
Nabi doa
kat kita semua agar Allah ampunkan dosa dan semua salah.., maka tolong waktu di
Arafah, jangan doa pada diri sendiri
sahaja, doakan untuk semua orang islam, seperti yang dibuat oleh nabi,
Timbul
soalan? Nabi puasa tak Hari Arafah?
Nabi minum
susu depan sahabat sebelum magrib, maka tak sunat puasa sebab nabi tak puasa.
Selesai
doa, dan selesai minum susu, nabi patah balik bergerak ke Mudzalifah dalam
cahaya senja, maka bergeraklah Jemaah Haji Bersama Nabi dengan perlahan lahan
ke Mudzalifah.
Dalam
perjalanan itu, masuklah malam.. Malam raya..
10
Zulhijah…
Bila dah
malam 10 Zulhijah, sahabat ingatkan Nabi tentang solat magrib, nabi suruh gerak
lagi dan singgah di sempadan mudzalifah, dan Nabi telah pergi buang air, ambil
wudhu, yang mana waktu isyak telah masuk,
Nabi dan sahabat
buat solat jamak tamam, jamak takhir, dan malam tu Nabi berdoa Panjang, zikir,
dan lepas tu ada sahabat datang tanya macam macam hal urusan haji.
Ada
sahabiah yang ada masalah, minta izin nak pergi Tawaf Haji terus, dan Nabi
benarkan lepas separuh malam… bagi pada orang tua, orang sakit, peneman, untuk
perkara rukhsah..
Ada
perempuan cantik datang minta izin nak buat haji untuk arwah bapa, nabi suruh
sahabat jangan tengok wanita tu, tundukkan pandangan, dan Nabi benarkan
perempuan itu buat Haji untuk arwah bapanya..
Kemudian
Nabi tidur, sampai ke Subuh.
Alkisahnya,
Saidina Abdullah bin Umar, sangat ambil berat dalam bab ikut sunnah Nabi 100
peratus, umurnya panjang, sampai 83 tahun, beliau ikut Nabi waktu muda, maka
selepas Nabi wafat, beliau buat Haji sebanyak 60 kali haji, dan umrah pula
sebanyak 1000 kali, (jadi tak salah nak banyakkan umrah bagi yang mampu sebab
sahabat yang paling faham sunnah pun perbanyakkan Umrah)
Ada riwayat
tentang sahabat ini, Setiap kali beliau buat haji, beliau akan wajib berhenti
tempat Nabi buang air, dan paksa buang air, lepas ambik wudhu kat situ, beliau
berkata kepada Tabien, aku berwudhu kat sini, sebab nabi ambik wudhu kat sini,
dan 60 kali beliau buat Haji, 60 kali dia akan cerita kisah Nabi pergi Haji dan
ikut semuanya sebijik sebijik.
10 Zulhijah
pagi Raya…
Kelihatan
wajah Nabi ceria di pagi hari..
Kenapa Nabi
ceria?, sewaktu Nabi doa di arafah, iaitu doa ampunkan ummat. Allah bagitahu
semua ummat kamu diampunkan, kecuali orang yang zalim.
Nabi sedih,
nabi sambung doa, yang zalim kau ampunkanlah, dan Nabi sambung doa di
Mudzalifah, dan pagi tu wajah Nabi ceria, doa aku supaya yang zalim pun Allah
terima..
Maha Suci
Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang..
Maka kepada
sesiapa yang pernah zalimi manusia, pergilah Haji, dan berdoalah, maka Allah
akan ampunkan dan orang yang dizalimi akan Allah beri nikmat hingga mereka
Redha, wallahu'alam..
Kembali ke
Mudzalifah..
Seawal
subuh, Baginda sembahyang subuh betul-betul terbit fajar, dengan satu azan dan
satu iqamat
Lepas
solat, nabi bagitahu, orang tua, wanita, kanak kanak, suruh gerak dulu pergi
melontar di Jamratul Aqabah, takut semua pergi nanti sesak kesian kat orang
tua, wanita, dan kanak kanak, maka mereka bergerak seawal subuh..
Nabi pun
tunggu semua orang tua, wanita, dan kanak kanak gerak dulu, dan ada sahabat
datang bertanya pelbagai soalan bab Haji maka munculah hokum boleh tahalul awal
lepas buat dua dari tiga…
Nabi
benarkan jika ada yang nak pergi tawaf dulu baru lontar,
Waktu itu,
Abang kepada ibnu Abbas, telah kutip batu untuk Rasulullah di Mudzalifah
sewaktu sahabat sedang bertanya soalan Nabi, Aqabal bin Abbas Namanya kalau tak
silap. Maka kutip batu di Mudzalifah adalah Sunnah..
Bila dah
cerah sekit, Nabi bergerak menuju ke Mina, untuk melontar..
Sampai ke
Mina, waktu dhuha, lebih kurang 8 pagi, nabi terus pergi jamratul Aqabah
Nabi lontar
7 anak batu sambal bertakbir, lepas siap melontar, nabi pergi ke khemah yang
sahabat telah siapkan (sekarang dekat masjid Khaif) maka sunat orang kat Mina duduk kat Khaif,
tapi zaman sekarang terlalu ramai, kita duduk jauh 3.5 km, kawasan Muasim..
Dekat situ,
Dekat jamrah ula, Nabi korban sebanyak 100 ekor unta, Nabi sembelih sendiri 63
ekor unta, ada riwayat mengatakan semua unta berebut rebut hulur leher agar
Nabi sembelih, lepas siap 63 ekor, baki unta telah diberi kepada saidina Ali
untuk disembelih..
Masa tu
orang tak tahu, isyarat umur nabi, 63 tahun sahaja umurnya..
Saidina Ali
kat Yaman, lambat ikut pergi Haji, datang lambat dan sempat pergi haji bersama
nabi di Arafah, sebab tu Jemaah haji sekarang tak bermalam di Mina sebelum ke
Arafah sebab bukan wajib Haji, lagipun orang ramai, maka dahulukan yang wajib,
insyaAllah..
Untuk
isteri isteri Nabi, Sembilan ekor lembu telah dikorbankan..
Kemudian
semua korban tadi di masak, nabi suruh Saidina Ali ambil setiap satu ketul dari
100 unta, masak dalam satu masakan, dan nabi telah hirup dan makan Di Mina..
Sahabat pun makan sama..
Lepas
makan, nabi panggil Abu khiraj, untuk cukur rambut, nipiskan misai, dan potong
kuku, lepas tu nabi tukar kain ihram kepada pakaian biasa Nabi pakai dan,
panggil Abu Talhah, dan arahkan Abu Talhah bahagikan rambut Nabi sebagai
berkat, maka berebut rebut sahabat ambil rambut Nabi dan simpan sebagai
kenangan dan berkat.
Waktu
sahabar bercukur, ada yang bergunting, lalu Nabi bersabda, Allah merahmati
orang yang bercukur, dan sahabat pun tukar dari gunting kepada cukur..
Kemudian
waktu sahabat berkumpul lalu Nabi bertanya?
“Hari
apakah yang paling suci?”
Para
sahabat menjawab, “Hari kita sekarang ini.”
Baginda
bertanya lagi, “Bulan apa yang paling suci?”
Para sahabat menjawab, “Bulan kita sekarang
ini.”
Rasulullah SAW bertanya lagi, “Negeri mana
yang paling suci?”
Para
sahabat menjawab, “Negeri kita ini.”
Baginda SAW
bersabda, “Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, adalah suci seperti kesucian
hari kamu ini, dinegeri kamu ini dan pada bulan kamu ini. Sudahkah aku
menyampaikan?” Mereka menjawab, “Sudah.”
Baginda
berkata, “Ya ALLAH, saksikanlah!” Kemudian Rasulullah SAW menaiki tunggangan
dan bergerak ke Kaabah, jarak lebih kurang 7 km.
Sampai
Mekah, Nabi buat tawaf Haji, selesai Tawaf, Nabi kembali ke Mina, dan solat
Zohor di Mina
Nabi duduk
di Mina selama tiga hari tasyrik 11, 12, 13 Zulhijah.
11hb, Nabi
tunggu waktu zohor masuk, lepas tu Nabi melontar jamrah bertiga, ula, wusta,
dan kubra, sebanyak 21 anak batu, Tiap lontaran nabi bertakbir dan berdoa, semoat
Nabi tunjuk pada sahabat, beginilah saiz batu, jangan melampau, batu boleh
selit antara dua jari,
Lepas siap
melontar baru solat zohor. Kemudian Nabi berkemah di Mina, dan berdakwah pada
orang yang datang ziarah baginda.
Perkara
yang sama juga 12hb Zulhijah, Nabi bermalam di Mina,, Nabi juga benarkan
sahabat yang nak buat Nafar awal, tinggalkan Mina dengan niat tidak kembali..
13hb, hari
Nafar Tsani, masuk zohor, Nabi melontar, tapi nabi tak solat zohor di Mina,
nabi terus ke Mekah, nabi singgah di Maabdah, solat empat waktu kat situ, zohor
hingga subuh, dekat area shoping orang melayu zaman sekarang, katanya.
Maka
selesailah Haji Nabi..
Sikit lagi,
Lepas
isyak, nabi rehat sampai tengah malam, 14 zulhijah,
Pada malam
itulah Aisyah belum buat umrah, nabi panggil Abdul Rahman bin Abu Bakar, abang
kepada Aisyah supaya temani Aisyah miqat di Tani’m, dan pegi umrah,
Lepas tu
Aisyah selesai, kembali jumpa Nabi, dan Nabi pun bergerak ke Mekah, waktu itu
dah dekat subuh, sampai di kaabah, Nabi buat tawaf wida’, tawaf selamat
tinggal, kemudian subuh masuk, maka nabi pun solat subuh Bersama sahabat
Lepas
subuh, Nabi dan sahabat pun balik ke Madinah
Sebelum
masuk Madinah, 18 zulhijah, Nabi singgah di Zulhulaifah, Miqat bir ali, berehat
dan bermalam , ada riwayat mengatakan nabi khutbah Panjang, dan bagi istarat
aku akan tinggakan kamu,Nabi juga cerita kelebihan saindina Ali, yang mana
hadis ini dimanipulasi oleh syiah,
Nabi masuk
Madinah 20 Zulhijah,
Habis
zulhijah, masuk muharam, tahun baru, lepas tu bulan safar, nabi bermula uzur,
29 safar nabi sakit, dan lepas 13 hari menanggung sakit, maka 12 Rabiul awal,
Nabi wafat, pada tahun 11 hijrah, waktu dhuha, hari isnin, dan dikebumikan
malam rabu, dalam bilik Aisyah, yang akan kita ziarah tiap kali ke Madinah.
Haji Nabi,
pertama dan terakhir, dua bulan lepas Haji, baginda meninggalkan kita buat
selama lamanya..
Tapi
khutbah Nabi di Arafah telah sampai seluruh alam, 124 ribu sahabat di Arafah
kuburnya telah tersebar seluruh alam, dan dari Masjid Nabawi, seluruh dunia
telah ada masjid surau..
Tiap kali
musim Haji, kita datang berbondong-bondong pergi Haji dan Ziarah nabi..
Dikubur
Nabi, laporkan surau kita, sejauh mana lagi masjid surau kita nak mencapai
kehendak Nabi dalam memakmurkan masjid?
Laporan ya
Rasulullah…. Kampung saya surau belum penuh macam solat jumaat, lorong rumah
saya ada tiga wakil sahaja datang solat berjemaah, amalan ziarah dari dua kali
seminggu kini hanya seminggu, semua
salah saya Ya Rasulullah, maafkan saya…..
Ya Allah…
ampunkanlah dosa saya sebab belum mampu makmurkan masjid seperti kekasihmu..
Ya Allah
kau bantulah semua umat islam di seluruh dunia, sungguh antara kami ada yang
ditindas, Kau bantulah, antara kami ada yang sakit, kau sembuhkanlah, antara
kami ada yang bergaduh, Kau damaikanlah, antara kami ada yang diliputi beban
beban, Kau ringanlah, antara kami ada yang berhutang, kau permudahkanlah,
antara kami ada yang rosak iman, Kau Baikilah, antara kami ada yang tidak
membantu, Kau Gerak gerakkanlah. Antara kami ada yang tiada zuriat, kau
suburkanlah, antara kami ada yang kesunyian, kau meriahkanlah, antara kami ada
yang menuju lembah neraka, kau pimpin lah ke Taman syurga.
Izinkan
kami bersama Nabimu di Syurga.
Mohon bantu Rohani kami agar teguh Keimanan sampai
mati, asal Kau Redha!
Amin Ya
Rabbal Alamin!
Ps: Jika
ada salah dan silap tentang sirah Haji Nabi diatas, atau nak tambah baik, mohon
tulis diruang komen, saya manusia biasa, tak lepas dari sebarang kesilapan
serta kesalah fahaman.. hanya handsome tapi tak maksum, Woha!