Kenapa kena solat lima kali setiap hari?, Tuhan gila sembah ke?
Alkisahnya, dalam sebuah kereta… terdengar suara…
“Ayah, apa significant solat dalam hidup?”
Tanya anak lelaki waktu drive pergi masjid.. saya tanya
balik..
“kamu rasa?”
“Saya rasa Tuhan suruh solat sebagai penawar jiwa, dengan
cara memusatkan dan menjernihkan fikiran, dengan melihat sudut pandang yang
luas iaitu akhirat yang lebih besar, dan Tuhan yang Maha berkuasa…, yang mana,
jika bukan Islam mereka buat Yoga atau meditasi dengan cara duduk bertenang,
memejamkan mata, dan mengatur pernapasan perlahan-lahan dan teratur, lebih
kurang 10 minit, itu baik untuk jiwa mereka, maka solatpun sama fungsinya tapi
jauh lebih baik kepada jiwa manusia sebab kebaikkanya untuk dunia dan
akhirat..”
“Ok jawapan kamu.., Cuma ayah nak tambah….
Saya parking kereta, Tarik handbrake, dan tunggu Bilal Azan…
Alkisahnya ada orang bukan islam pernah tanya, kenapa kena
solat lima kali setiap hari?, Tuhan gila sembah ke? Aduhai, jika Tuhan gila
sembah, tak perlu cipta manusia sebab Tuhan boleh buat Kun Fayakun jer semua
makhluh sembah Dia, tapi solat ni ada significant khas untuk manusia, iaitu ada
dua kebaikkan yang besar ada pada solat..
Pertama, ketaatan dalam solat yang untungkan manusia
bersolat, dan kedua: ketaaatan diluar solat yang menguntungkan manusia lain
yang berada berkedekatan orang yang solat…
Dua kali untung!
Mari rujuk Al quran untuk dalil yang pertama..
“Sesungguhnya manusia
itu diciptakan bersifat gelisah lagi bakhil. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia
berkeluh kesah. Dan apabila dia mendapat kebaikan, dia kedekut. Kecuali
orang-orang yang mengerjakan sembahyang”
Dari ayat ini, solat itu akan memberi kebaikkan kepada
pelakunya yang mana sifat gelisah dan bakhil ini sangat merugikan diri, maka
insyAllah, solat akan buatkan orang beriman menjadi manusia yang tenang yang
mana sewaktu dapat ujian mereka bersabar, dan bila dapat nikmat mereka
bersyukur,
Maka jika kita dapat bersyukur dengan segala nikmat walau
sekecil kecil nikmat, dan dapat bersabar dengan segala ujian walau sebesar
besar ujian, hasil dari mengerjakan solat, maka kita telah memiliki kerohanian
yang sangat significant untuk menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang
bahagia di dunia dan diakhirat!
Dalil kedua,
“Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar”
Maka kesan dari ketaatan dalam solat yang lahirkan insan
bersyukur dan bersabar, maka pasti orang yang bersolat tidak akan menyusahkan
orang lain, inilah significant solat kepada masyarakat.
Zaman Nabi ada sahabat mengadu dia solat tapi masih berbuat
keji, maka Nabi suruh dia baiki solat… Kerana Solat yang sempurna pasti dapat
mencegah perbuatan keji.
Untuk itu, setiap hari, lima waktu, kita kena nikmati solat
yang penuh significant ini…
Mulakan dengan persiapan solat yang dibuat bersama perasaan
bersyukur dan sabar.
Syukur kerana diberi peluang untuk solat awal waktu,
berjemaaah, tempat azan di azankan.
Sabar sebab bila nak solat sunnah macam Nabi, iaitu awal
waktu, berjemaaah,tempat azan di azankan, maka akan ada ujian dan halangan yang
mana bila kita berjaya tempuh semua ujian dan halangan, hasilnya kita menjadi
orang yang tenang, langsung tiada resah gelisah. Maka inilah nikmat hidup yang
sejati, hati yang sentiasa tenang bagai sejadah terhampar di saf pertama
masjid..
“Faham ayah, ok Bilal dah sampai tu, jom solat tahyatul
Masjid”
“Jom”
Ps: Semoga kita semua dipilih oleh Allah untuk menjadi
golongan yang terpaut pada Masjid sebab Nabi pesan, Apabila kamu melihat orang
yang berulang alik ke masjid, maka saksikanlah bahawa dia adalah orang yang
beriman, ohh, untung jika ada kejiranan korang yang selalu ke masjid kan?, dan
lebih untung jika itu adalah LAKI kau! Woha!
Astaghfirullah al azim...
ReplyDeleteMaha suci Allah dari segala sifat kekurangan..
InsyaAllah ahli masjid org yg mulia..
"nabi saw brsaksi keimanan ahli masjid"
Ingat x Allah takdirkan berlakunya 1 kejadian yg meraih perhatian seluruh negara..maka kecoh juga le reaksi kita rakyat jelata muslim,lebih kurang mcm terbahagi kpd 3 jenis la..
iaitu kejadian diantara pencuri dan ahli2 masjid..
1-jenis yg x mnyempat2 pihak brkuasa nak siasat tp awal2 laju2 dia dah hurai2 rumus2 kjadian trsebut kat org ramai dulu dgn beri belaian sngka baik pada pncuri trsebut dsbgnya,tp sinis@negatif dgn ahli2 masjid trsebut pula,siap bandingkan pulak cantik dan baiknya dirinya itu brbanding klemahan ahli2 masjid trsebut dsbgnya..
2-jenis yg awal2 mnzahirkan secara bsderhana/atau beriya2 brsangka baik@backup kat ahli masjid trsebut dahulu..dan secara sderhana/atau garang emosi marah pada pncuri trsebut pula..dan doakan kedua2 pihak trmasuk pnncuri trsebut pun.
3-jenis yg diam je,tggu je la pihak brkuasa mnyiasat smpai abis dlu..
no 1 la "juara"nya,paling cool dan rare..
Tingkat tingkat org solat.
ReplyDelete1. Tak kisah nak solat.
2. Kdg solat kdg tak, ikut rajin, ikut mood, ikut suka.
3. Solat tak tinggal, klu tertinggal diqadha'.
4. Solatnya sempurna, zahir (rukun rukun, syarat syarat dan sunat sunatnya) dan batinnya (khusyuknya).
5. Sudah merasa nikmatnya solat.
6. Solat adalah nikmat terbesar bgnya.
Kat mana kita ?