Telah sampai kepada saya adegan filem Mentega Terbang babak seorang ayah galakkan anak murtad jika rasa agama Islam tak benar…
Tapi yang peliknya ayahnya dah kaji semua agama dan pilih
Islam, tapi galakkan anak murtad jika kajian anak nya nanti menemui agama lain
lebih benar…
Munafik sungguh jika wujud seorang ayah yang macam tu, sebab
seorang islam sejati akan selamatkan semua ahli keluarga dari api neraka…
Babak tu separuh tu sahaja, saya tak tahu hujung cerita jika
ayahnya bertaubat? Atau hujung cerita Anaknya kaji Islam dan berdakwah pula
pada ayahnya agar bertaubat… Ada ke?
Tapi Bab perbandingan agama bagusnya rujuklah pakar
perbandingan agama yang telah kaji semua agama, contohnya Doktor Zakir Naik
Katanya, Kitab Al Quran adalah kitab paling common sense
berbanding Bible, atau kepercayaan kelahiran semula..
Dr Zakir Naik siap buat debat dan open Mic boleh tengok kat
YouTube!
Ok… Dr Zakir Naik orang Islam mungkin bias, tapi banyak
kisah paderi masuk islam lepas kaji semua agama…
Boleh banding Kisah ulamak murtad vs paderi masuk Islam
sangat berbeza jumlahnya!
Baru ni saya tengok dukumentari bab Faith, kata Professor of
the Philosophy of Religion, University of Cambridge, Prof. Douglas Hedley bila
ditanya mana lebih baik, Bible atau Al Quran?
Jawab Prof itu,
Al Quran!
Maka kami orang melayu islam mohon agar semua pihak jangan
main main bab akidah, lebih lebih lagi dalam produk hiburan… siap galakkan anak
murtad? Astarfirullah…
Murtad ni isu besar dalam Islam, bab Murtad hukumnya bunuh..
Saya sangat berharap agar tak ada ustaz ulamak akhir zaman
cuba ubah tafsir Al quran atau tafsir hadis dengan fatwa normal baru, iaitu
“orang murtad tak payah bunuh” dengan hujah kononnya ayat Al quran tu ayat umum, hadith mungkin
silap, zaman dah tak sesuai, tiru abu jahal, mencemar imej islam, bla bla bla..
Pada pamahaman saya, bila orang murtad, Allah telah putuskan
tugas ini perlu di laksana oleh pemerintah yang adil, ini hukum islam, buat apa
nak pertikaikan lagi, biarlah hukum bunuh pada orang murtad ini kekal, kerana
ini perintah Allah, Nabi tak copy budaya abu jahal, sebab abu jahal seksa
dahulu sebelum bunuh, tapi Nabi pujuk dan tangguhkan masa dengan beri peluang
taubat, jika bertaubat, tak payah bunuh.
Jadi.. besarlah harapan saya, janganlah ada lepas ni ustaz
politik yang nak raih undi bukan islam akan keluar fatwa, “orang murtad tak
payah bunuh”
Maka saya percaya, jika fatwa baru ini muncul, orang kapir
yang jahat akan ambik kesempatan pura pura masuk islam, tafsir al quran dan
raih undi orang islam, bila dah menang, selamba murtad sebab tak de hukuman
bunuh..,
tapi saya nampak betapa baiknya hukuman Allah ini, sehingga
di seluruh dunia, orang kapir tak mampu nak politikkan islam dari segi agama,
mereka sanggup bergabung, bagi derma, berdemotrasi sama sama, diam waktu azan,
makan dalam talam guna tangan, tapi jika pura pura masuk islam, mereka tahu
akibatnya, mati kena bunuh...
Jadi bayangkan jika hukum murtad dilepaskan begitu sahaja,
saya rasa dah lama agama islam akan terkubur dan jadi alat mainan politic sebab
orang kapir boleh masuk islam dengan niat kucar kacir dan keluar tanpa apa apa
risiko,
Tapi dari zaman dahulu sampai sekarang, dengan hokum yang
tegas ini, orang berniat jahat pada islam hanya mampu duduk pada ‘sempadan’,
tak boleh pergi jauh.., dan cara mereka nak musnahkan islam adalah lagakan
orang islam sama sendiri, itupun dah buat orang islam huru hara, aduhai…
jika murtad di benarkan, atau jika hukum murtad kena bunuh
tak ada langsung dalam islam, saya rasa dah lama Parti ala ala Komunis akan
pura pura masuk islam, dan akibatnya, arghh, korang pikirlah sendiri..,
Akhir kata, islam adalah agama yang benar, tiada U turn
dalam agama ini, siapa yang ragu ragu jangan masuk, kerana Islam tidak
berkembang dengan paksaan, dan tidak berkembang dengan mata pedang,
Buktinya, walaupun dengan larangan zina, tak boleh minum
arak, solat 5 waktu setiap hari, puasa sebulan dan lain lain mujahadah termasuk
bersunat atau hukum bunuh mereka yang murtad, tapi hari hari ada orang masuk
islam, malahan agama yang benarkan pengikut murtad, kurang popular berbanding
dengan islam yang tidak benarkan murtad, menurut wikipedia, islam adalah agama
paling pantas berkembang di seluruh dunia.
Jadi bro, isu murtad kena bunuh ni langsung takde isu bagi
mereka yang nak masuk islam sebab hanya agama yang benar sahaja sanggup bagi
hukuman bunuh pada orang murtad kerana kebenarannya, tak perlu saya ulas lebih
lebih kot, cuma masalah bila mereka yang islam dari kecik, bila besar baru nak
murtad, memang patut kena bagi kauseling (zaman saidina Umar, ada orang murtad
yang kena kaunseling bertahun tahun, no problem, ikut pengaruh dia),
lagipun, sejarah dah buktikan, Hukuman mati tidak langsung
menakutkan TRUE BELIEVERS, so kenapa nak takut?, biar mati bermaruah dari hidup
menghinakan diri..
Akhir kata: mari kita fikirkan.. Kenapa orang yang boleh
minum arak dan berzina, tiba tiba tinggalkan semua kebebasan itu kerana mahu
masuk agama islam yang larang zina, larang munum arak, dan BUNUH jika murtad,
manakala mereka yang mahu murtad pula mahukan kebebasan minum arak atau
kebebasan berzina dan mahukan hukum murtad di kaji balik, kenapa ek?
Itulah Hidayat, yang Allah berikan kepada mereka yang mahu
mencari kebenaran andai korang mahu mengerti. Hidayat ni mahal, dan Hidayat tak
terkesan dengan hukuman Murtad!
Secara kesimpulannya, agama ni datang dari Tuhan, dan agama
ni datang dalam betuk arahan, dan arahan ni ada yang pandang perfect(believer)
dan ada yang pandang flaws(atheist), sebagai contoh dalam Al quran Allah
perintah makhluk lain sujud pada Nabi Adam, bagi malaikat, perintah ini
perfect, merekapun sujud, tapi bagi syaitan, perintah sujud pada adam, di
anggap flaws, syaitan bantah, siap dengan hujah, tapi akhirnya syaitan masuk
neraka.
So just because islam look flaws from devil eyes, doesn’t
mean God does not exist.
Woha!
Dah terang2 jika sseorg islam tu dakwa dia telah "jumpa"/dia dah tau..dah tentu lah dia akn bimbing kaedahkan anknya itu ke guru/rujukan blajar ilmu fardhu ain insyaAllah(terang2 hukumnya wajib bagi tiap mukalaf tu).dsitu prtama2 skali anknya akn blajar/mndalami ilmu keTuhanan/akidah(sifat 20)..
ReplyDeleteBahkan org islam yg x "jumpa"/yg blum tau pun akn membimbing kaedahkan yg sama pada ank2nya juga..
Sbbnya itu kan mmg bimbingan kaedah yg normal benar dan amanah..
Sbb tu kita tngok wlu sseorg islam itu x brapa bijak/skolah x brapa tggi/bodoh/jahil skalipun,dia tetap akn hntar ank2nya pada guru/rujujan juga utk dptkan kbenaran(keluar dari sangka2an)kan?..
Seawal ank2 berumur 5/6/7tahun ibu ayah dah hntar ank2nya ke guru/rujukan..
lepas dah besar sikit/dah dewasa/atau dah tua pun sama le juga kaedahnya klu nak smbung blajar/mndalami,maka ke guru/rujukan la juga kaedahnya.
Sbgmana Sahabat2 ada guru/rujukan,iaitu nabi saw lah guru/rujukan mreka..slepas itu sahabat pula yg jadi pwaris nabi/guru/rujukan kpada org lain pula slepas ketiadaan nabi saw..begitu la sterus2nya..
Sampai le kaedah ini ke ibu ayah kita..
Tu sbb kita x pernah jumpa ibu ayah yg normal benar dan amanah yg tak mnghantar anknya pada guru/rujukan tp dia bimbing kaedahkan ank2nya supaya kaji2 sndiri/sangka2 sndiri utk jadi doktor ke lawyer ke ape ke contohnya,lalu dgn kaji2 sndiri/sangka2 sndiri itu mudah2an anknya jadi doktor atau lawyer nnt..mana ada gitu kan?..
apetah lg dlm hal keTuhanan kan?nauzubillahiminzalik.
mana ada ibu ayah yg normal benar dan amanah akan buat gitu..
ank2 yg x kesian pada ibu ayahnya dgn x mngikut bimbingan kaedah yg dwariskan oleh nabi saw ini sndiri lah yg condong bakal mrosakkan dirinya sndiri/org skeliling/bahkan ank2nya sndiri.
Smoga Allah lindungi kita smua dari golongan mnusia2 yg mlampaui batas yg nak menenggelincirkan akidah umat islam..