Jun 29, 2021

Punca anak Autisme?

“Anak kau ni Hamka, jadi Autisme sebab cucuk Vaksin!”

“Tapi ada anak kawan saya, anti vaksin, semua tak cucuk, tapi anaknya pun Autisme jugak. Macam mana tu?”

“Itu sebab gajet, mak ayah pemalas bagi gajet kat anak, bila besar jadi autisme!”

“Tapi ada kawan saya, anaknya Autisme dan buta, macam mana Autisme yang buta boleh main gajet?”

“Itu sebab dosa mak ayah, dapat anak Autisme”

“Anak luar nikah ramai jer normal, Sejak bila Tuhan hukum anak sebab dosa ibu bapa?”

“Mungkin sebab mak bapak tak ikut makanan Sunnah, bila lahir anak jadi cacat, jadi Autisme, mati kecik!”

“Anak lelaki Nabi Muhammad SAW, Kasim, Abdullah, dan Ibrahim, semua mati kecik, Tak kan kau nak cakap Nabi tak ikut Sunnah? Ketahuilah, hidup ini masing masing ada ujian, Anak Nabi Nuh derhaka, apa dosa Nabi Nuh?

Tak tahu ke bahawa hidup ini adalah pentas ujian, dan sebaik baik ujian adalah kita sabar kerana Allah janjikan syurga untuk orang yang sabar, dan  bersyukur kerana masih banyak nikmat lain yang Allah berikan,

Yakin lah pada rukun Iman ke enam, semua kejadian adalah dari Tuhan untuk menguji hambanya, siapa yang terima dengan sebaik sifat? bila dapat nikmat kita kena syukur bukan kufur, dapat ujian kita kena sabar bukan mengeluh, dapat peluang pahala kita kena ikhlas bukan riak, dapat peluang terdosa kita kena taubat bukan nikmati, sungguh hidup ini sangat singkat untuk bergaduh dengan takdir Tuhan”

“errr…”

“Hidup jika nak kecam dan cari salah, semua orang bodoh boleh buat, Nabi sebaik baik manusiapun kena kecam dengan orang kafir, apatah lagi kita manusia biasa di akhir zaman, hati jika dah busuk, pergi mana mana pun cari tahik macam lalat, tapi jika hati yang baik, pergi mana mana pun cari bunga macam lebah”

(Dialog seterusnya saya tambah macam episode terakhir drama melayu)

“Ohhh, saya minta maaf kecam abang keretamayat, saya sangat menyesal, saya ada anak normal tapi hidap dadah, saya ada menantu kaya tapi semua harta saya dia rampas, saya sekarang dah bertaubat, sebab semalam badan saya dah lumpuh kerana dosa dosa saya kecam awak, tolong maafkan saya, saya nak peluk kaki abang mayat, saya nak minta ampun!”

“Saya maafkan awak, tapi dengan satu syarat”

“Apa sahaja abang kereta mayat”

“Awak kena beli semua buku Hamka Kereta mayat”

Woha!

Lalu guruh berdentum, kilat sambar menyambar, laut bergolora setinggi tiga meter yang memberi ancaman kepada bot bot kecil, bumi merekah luas, keluar asap dari dalam tanah, dan orang yang kecam saya itu akhirnya mati di telan bumi.

2 comments: