Oct 24, 2020

Pulau Tioman lengang?

 (kisah minggu lepas)

Saya baru balik dari Tioman. Waktu parking kereta kat Tanjung gemok dah nampak lengang.

Naik Feri juga kurang orang. Dan bila sampai Tioman suasananya lengang macam hari bekerja. Rupanya PKPB di KL beri kesan ekonomi pada seluruh negeri terutama sektor pelancongan.

Dengar cerita Ikan patin di Temerloh pun terjejas.

Saya asalnya dapat tempah bilik mengadap hutan sebab tempah last minit tapi di beri bilik mengadap laut sebab saya jer yang menghuni resort tu. Alhamdulillah.

Petang tu kitaorang mandi laut hanya saya anak beranak. Resort semua berkunci.

Takde lagi mat saleh seksi atau amoi berbikini ke sana ke mari. Hanya ada kerang, coral, ombak dan langit yang membisu.

Esoknya plan nak diving tapi takde group yang saya boleh tumpang. Lepas tu saya ajak anak bini snorkelling tapi takde bot sebab bot nak kena penuh 15 orang baru jalan.

Terus anak syurga saya yang dah siap pakai baju mandi kesedihan dan tauke bot bila tahu itu anak OKU autisme terus sanggup bawa kami sekeluarga sahaja pergi snorkeling di empat lokasi.

Bila lapar driver bot parking pelabuhan bot mewah Tekik dan lunch di sana lepas tu sambung lagi snorkeling. Memang jadi aquaman sepenuh masa. Ha ha.

Ikan di laut pula pelik tengok hanya kami yang snorkeling terus keluar ramai ramai buat anak syurga geli geleman tak nak lepas pelampung.

Malam tu hanya saya dan isteri lepak tepi laut tengok matahari terbenam ditemani bulan mengambang. Pulau Tioman kini sepi tanpa pelancong.

Dalam kesunyian malam saya buka cerita hantu. Bini tak seram pun walau hanya kami di resort itu.

Kata bini: "Hantu pun takut Covid 19"

"Kalau zombie?"

"Jika ada wabak zombie senang nak handle sebab zombie tak ramai. Kan bang?"

Woha!

MAKSUD DI SEBALIK GAMBAR


"Matahari terbenam.. Jom ambik gambar"

"Jom"

"Awak tadah tangan, abang buat macam ni"

"Apa maksudnya gambar ni?"

"Jika matahari boleh di capai, Abang sanggup hadiahkan pada saya?"

"Kurang tepat"

"Antara indah cahaya suria, abang pilih senyuman saya"

"Hampir tepat"

"Abang nak letakkan bulan dan matahari di tangan saya"

"Sikit lagi"

"Alahai... tak tahulah, apa maksud gambar ni?"

"Rasengan Naroto"

"Hinata terima"

Woha!

IBADAT TERMUDAH


"Awak tahu apa ibadat paling mudah sekarang ini?"

"Tengok laut dapat pahala"

"Bini tengok suami dengan kasih sayangpun dapat pahala"

"Awak tahu apa persamaan awak dengan laut"

"Keduanya memabukkan abang?"

"abang tak mabuk laut.. maka persamaan awak dan laut, keduanya bila abang tengok dapat pahala"

"Perghhh, pick up line ada selit hadis"

Woha! 


No comments:

Post a Comment