Oct 13, 2020

Geng Bumi rata ke ni?


 

Komen pembaca:

"Saudara Hamka. Perubatan moden bukan sahaja berbahaya, tetapi ia haram. Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan kepada kita bagaimana menjaga kesihatan dan mengurus diri sendiri apabila sakit. Bukankah lebih baik untuk kita mempercayai Nabi s.a.w berbanding perindustrian farmasi, pemerintah Amerika dan WHO?

“Dan Kami menurunkan secara beransur-ansur daripada ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan sebaliknya al-Quran tidak menambahkan untuk orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (al-Isra' : 82)

Dari ayat ini cukup Al Quran sebagai ubat penawar, perubatan hospital banyak menggunakan kandungan dadah yang merbahaya. Orang yahudi yang menjual ubat ini kepada orang islam, sedangkan mereka sendiri tidak vaksin anak mereka. Perubatan moden ciptaan yahudi telah menganggu ketenteraman semulajadi Ciptaan Allah. Lihatlah kepada petunjuk Allah (al-Quran dan Sunnah) untuk mendapatkan bantuan dalam segala perkara, termasuk kesihatan fizikal.

"Tidak ada musibah yang menimpa, tetapi dengan kebenaran (keputusan dan Qadar) Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, Dia memberi petunjuk kepada hatinya, dan Allah adalah semua Mengetahui segala sesuatu." (Qur'an 64:11).

Kita perlu bergantung kepada Allah dan memohon Allah untuk membantu kita dalam masa kita memerlukan. Penggunaan ruqya (memohon kepada Allah) adalah lebih berkuasa daripada apa-apa ubat yang boleh didapati kerana Allah adalah satu-satunya yang boleh menghantar penawar.

Fikir fikirkan lah.

**

(abang mayat jawab)

Saudara,

Untuk hidup bahagia di dunia, jangan menolak sains, dan untuk hidup bahagia di akhirat, jangan menolak sunnah.

Orang yang tolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin dengan asbab adalah syirik. Sunnah Nabi adalah menggunakan asbab bersama yakin yang betul.

Jadi Sains dan Sunnah kita guna dua dua lah, Allah tak suruh kita tolak sains. Sains ni asbab. Orang yang tolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin dengan asbab adalah syirik. Sunnah Nabi adalah menggunakan asbab bersama yakin yang betul.

Contoh sakit gigi, zamn dulu cabut guna gunting besi, Tarik kuat kuat! Zaman sekarang orang pakai bius, terpulang nak guna tak nak guna, gigi kamu, tapi bius itu sains.

Sama jugak, dulu anak songsang,keluar kaki dahulu, anak mati lemas, ibupun mati terseksa, sekarang guna bius, belah perut dan Jahit, dua dua selamat, insyaAllah.

Jadi Sains ni memudahkan manusia, perubatan juga adalah sains.

Zaman Nabi dulu, Abu Hurairah bila sawan orang pijak dengan kaki lehernya sebab itu ilmu zaman tesebut, tapi bila teknologi dah maju, mana ada orang pijak orang sawan guna kaki?

Tak salah nak guna ayat Al quran dan berdoa, tapi berusaha juga perintah Allah, seperti nabi ikat buraq binatang syurga, dan benarkan wanita bawa bahan rawatan untuk balut luka orang cedera dalam perang.

Ingat tak arwah Ustaz Harun Din, pakar rawat guna ayat Al quran, tapi bila beliau sakit jantung, telah pergi berubat di di Stanford Hospital, San Francisco, kemudian sambung berubat di Intitut Jantung Negara, kenapa?

Kerana arwah Ustaz Harun Din tak tolak Sains. Di Samping berdoa dan makan makanan sunnah, tidaklah salah berubat cara moden. Bak kata Saidina Umar kepada Abu Ubaidah al-Jarrah yang anggap usaha Umar untuk mengelak wabak sebagai cubaan lari dari ketentuan Allah.

Umar menjawab:

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

Jadi zaman sekarang, vaksin untuk Covid 19 belum di temui, selain berdoa, patuhlah arahan PKP kerana dalam Islam bila wabak kusta berlaku di satu kawasan, maka di larang orang sihat ke kawasan wabak, dan di larang orang ada kusta keluar dari kawasan wabak. Itulah sains dan Sunnah.

Akhir kata, bila covid melanda, masjid tutup, kelab malam tutup, semua tutup. Habis PKP, masjid di buka dengan penjarakkan social dan kelab malam masih ditutup.

Semoga mereka yang selama ini mencari ketenagan di kelab malam dapat mencari di dalam masjid.

Woha!

No comments:

Post a Comment