“Askum, Abang mayat, saya tak faham, ada jiran saya ada anak OKU, saya waktu borak saya cakap dia beruntung kerana ada anak syurga. Tiba tiba dia triggered! Katanya jika beruntung kenapa anak cacat? Anak kau tak cacat kira tak beruntung? Padahal maksud saya beruntung sebab dapat pahala lebih, macam Nabi yang selalu di uji, untung sebab ujian menaikan darjat, menambah pahala, tak niat nak menghinapun, malahan simpati dan cuba cakap baik baik, tak kan saya nak cakap, kesian kakak dapat anak OKU, jika saya dapat anak OKU saya pun stress, tak kan nak cakap macam tu? Dia punya marah macam saya cakap: “padan muka” padahal saya cakap baik baik, untung siapa ada anak syurga sebab allah uji ikut kemampuan kita, dan setiap orang ujian tak sama, jangan sangka orang tak de anak OKU takde ujian hidup, ramai lagi orang stress bunuh diri sebab pelbagai factor ujian. Salah ke saya cakap untung ada anak syurga?”
****
Salam, abang mayat yang ada anak syurga faham perasaan awak,
dan faham perasaan ibu bapa anak syurga tu, niat awak baik, cakap dari sudut
agama, tapi ada parent yang sedang stress, penat, jadi mungkin percakapan tu
tak sesuai waktu itu, mungkin waktu lain bila parent dan bertenang, tentu dia
seronok dengar ucapan sebegitu.
Parent yang ada anak OKU pula bukan semua mampu terima ujian
hidup, mampu berdamai dengan takdir, ada yang sorok anak sebab malu, ada yang
hantar anak ke tempat lain sebab malu nak jaga, ada yang stress tak keluar
rumah sebab rasa rendah diri, ada yang rasa tuhan azab dia dari dosa lampau dan
stress, dan sebagainya.
Apa awak cakap pun betul, iaitu jangan sangka orang tak de
anak OKU takde ujian hidup, ramai lagi orang stress bunuh diri sebab pelbagai
factor ujian. Kadang saya pun Nampak ada parent ni anggap dilah paling susah,
memang susahlah kalau anggap macam tu, namun..
Hakikat hidup, Siapa yang mahu anaknya seorang OKU?, tapi
jika takdir sudah tertulis anak kita adalah OKU, semakin kita menafikan, maka
semakin lambat anak di selamatkan. Dulupun saya juga termasuk dalam ‘Denial parent’
hinggalah akhirnya saya sendiri berdamai dengan takdir dan pada waktu ini, jika
ada yang cakap “beruntung awak dapat anak syurga” saya sangat berterima kasih,
dan jika orang kata “padan muka” pun tak kesah sebab faham, bahawa hidup ini
pentas ujian. Panjang nak cerita, ada saya tulis dalam buku kisah hidup saya.
Akhir kata, nasihat saya kepada mereka yang nak 'manasihati'
parent ada anak OKU, kena ada ilmu jugak, mendengar sambil menolong apa yang
patut, lebih baik dari bercakap yang bukan bukan, tolong jauh sekali.
Bagi parent yang ada anak OKU pulak, jika stress lepaskan di
tempat yang betul, dan cubalah berdamailah dengan takdir, dan tolong Jangan
bandingkan hidup kita dengan orang yang ada anak normal, tapi bandingkan dengan
mereka yang jauh lebih susah, itulah Sunnah, dan mohonlah kepada Allah agar
diberikan hati yang sentiasa bersyukur walau dengan sekecil-kecil nikmat, dan
hati yang sentiasa bersabar walau sebesar manapun ujian. Allah jer tahu
kemampuan hambaNya.., dan berdoa serta merintih adalah kemampuan semua manusia,
sungguh Allah Maha Melihat, Mendehar dan Mengetahui..
Tanpa jemu berdoa dan bila Dapat jer sekeping hati yang
penuh dengan sabar, sertamelimpah dengan syukur, maka semuanya akan menjadi
mudah dan indah.
Doa selalu. InsyaAllah. Sayapun pesan pada pasangan sendiri
jugak sebab kadang wife pernah berkata: "Syukur ada anak syurga, tapi
cukuplah satu"
Woha!
Lama dah x follow blog keretamayat. Skrg teringat pulak. Alhamdulillah 🤗🤗 saya pun ada anak kakak seorang OKU, selagi kita x dpt terima inilah suratan takdir selagi itulah kita x dpt terima kenyataan. Stress😱
ReplyDeleteapa yang kita tak boleh ubah, berdamailah.
ReplyDeleteapa yang boleh kita ubah, berusahalah.
keuda duanya adalah takdir