Oct 28, 2020

Anak autisme? cara jumpa doktor

Ramai betul parent yang komen serta email saya bagitahu anak dia ada ciri autism, tak menoleh bila di panggil, suka susun mainan berturut, suka renung air hujan, dan macam macam, adakah anak saya autism encik Hamka?

Saya minta maaf kepada tuan tuan dan puan puan, saya bukan doctor pakar, tak mampu nak diagnos far from home, video saya ni, merujuk pengalaman ada anak OKU autism, Klik sini

Dari video itu, semuanya menunjukkan ciri yang memungkin anak anda seorang autism, selebihnya kena rujuk pada doctor pakar.

Bila saya jawab, kena rujuk pakar, ramai pula bertanya BAGAIMANA CARANYA NAK JUMPA DOCTOR PAKAR?

Maka saya buat lah video, cara nak jumpa doctor pakar, boleh kongsi kepada pasangan sebab kita rasa anak kita normal kot, lambat bercakap sahaja, lagipun doctor bukan pakar cakap, biasalah budak sekarang ramai macam tu sebab banyak tengok youtube, tapi di kemudian hari bila anak kita betul autism, maka lambat nak buat terapi, lambat anak nak belajar dengan cara yang betul, dan susahlah dia nak berdikari, kita jugak yang tanggung nanti.

https://youtu.be/qvosxeB24Yc

Waktu tu mungkin ada orang cakap anak kita gila, barulah kita sedar perasaan”susah” nak jumpa doctor pakar itu merugikan. Jadi jom jumpa doctor pakar.

Apa kelebihan jumpa doctor Pakar?

Anak kita akan di pantau oleh orang yang benar benar pakar, dan layak keluarkan surat untuk permohanan kad OKU.

Apa kelebihan ada kad OKU?

Saya dah cerita dalam video ini. https://youtu.be/qvosxeB24Yc

Jadi, langkah pertama, jumpa pakar autsime, bagaimana? Rujuk video ini. https://youtu.be/0BUKlTBzOTQ

Semoga sedikit pengalaman dari saya dapat membantu ibu bapa yang senasib dengan saya am nya, dan membantu anak syurga itu sendiri khas nya,

Terima kasih.

 

No comments:

Post a Comment