Salam bang, nak tanya,, kenapa Allah cipta orang kafir lalu
dimaksukkan ke neraka selamanya?? Kenapa Allah tak ciptakan semua manusia
sebagai orang islam.? Tq bang.
Jawapan:
Untuk jawab seoalan ini, kena jawab soalan asas kehidupan:
“Dari mana kita datang, ke mana kita pergi dan apa tujuan di
sini?”
Jawapannya, Kita datang dari Kehendak Allah, kepada Kehendak
Allah kita pergi, dan Tujuan hidup adalah Ibadat.
Sunnguh Allah Maha Berkehendak, dia yang Berkehendak kita
menjadi manusia, lalu disempurnakan nikmat iaitu kuasa berkehendak juga ada
pada kita.”
Lalu Kita di beri dua jalan, yang baik untuk didekati, dan
yang buruk untuk dijauhi. Baik dan Jahat, Allah yang tentukan, bukan kehendak
kita, kita ikut kehendak Allah maka ada kejayaan, lalu akhirnya kehendak Allah
yang menentukan Syurga nereka berdasarkan Kehendak kita di dunia”
Dan di dunia ini sahajalah tempat Allah benarkan kita
membuat kehendak!
Dan segala kehendak kita di sini akan menentukan masa depan
kita di sana( akhirat)…
Sungguh Kejayaan hidup adalah bila kita berjaya membuat
‘kehendak’ dan ‘pilihan’ yang betul…
Saya ulangi..
KEJAYAAN HIDUP ADALAH BILA KITA BERJAYA MEMBUAT KEHENDAK DAN
PILIHAN YANG BETUL!
Inilah ‘kuasa’ yang Allah bagi pada manusia yang menentukan
Syurga atau Nereka.
Korang di beri DUA PERKARA untuk memilih di antara dua
perkara…
Korang di beri AKAL DAN HATI untuk memilih jalan kebaikkan
atau jalan kebinasaan.
Binasalah korang jika mengikut DUA PERKARA dalam memilih di
antara dua perkara…
Binasalah korang jika mengikut NASFU DAN SETAN dalam memilih
jalan kebaikkan atau jalan kebinasaan!
Jika tak buat pilihan di antara DUA JALAN, iaitu JALAN
KEBAIKAN dan JALAN KEJAHATAN, maka di akhirat dah tak boleh buat pilihan lagi!
Berikut adalah PILIHAN-PILIHan yang di minta oleh mereka
yang berada di Neraka tapi TIDAK di layan:
· Minta makanan dan minuman kepada penghuni Syurga. (Al
A’raf 7:50)
· Meminta kepada penjaga Neraka supaya diringankan seksaan
walau hanya satu hari saja. (Gofir 40:49-50)
· Meminta kepada malaikat Malik, agar dimatikan saja sebab
dah tak tahan kena seksa. (Az-Zukhruf 43:77)
· Meminta kepada Allah agar dikeluarkan dari Neraka dan
dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh. (Al-Mukminun 23:107-108, As Sajadah
32:12, Ibrahim 14:44)
· Meminta supaya Allah melipat gandakan azab untuk para
pemimpin dan ketua yang telah bawa mereka Neraka. (Yasin 33:66-68)
· Meminta Keluar Dari Neraka. (Al Mukmin 23:11)
Oleh sebab itu duhai pembaca yang budiman sekalian, disana
sungguh sudah TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN, Maka menangislah wahai mata di sini
tempat boleh buat pilihan kerana, menangis di sana walaupun keluar air mata
darahpun tiada guna sedikitpun.
Tapi di sini walau setitik…bisa memadamkan api neraka yang
berkejolah.oh..!
“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk
selama-lamanya : mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang
berjaga malam di jalan Allah.”
(Riwayat Tirmidzi-bukti pilihan di sini mengubah nasib di
akhirat)
So, berbalik kepada pilihan maka wujudlah orang kafir, Allah
tak ciptkan mereka kafir, semua orang lahir islam dan fitrah, tapi bila di beri
dua jalan, maka mereka memilih kekufuran.
Tapi orang kafir masih di beri peluang bertaubat, di
datangkan Nabi, dan pendakwah, mereka boleh ubah nasib di akhirat jika mereka
mahu, tapi itulah, mereka yang pilih untuk jadi kafir.
Panjang penerangan, saya ringkaskan dengan bertanya Empat
Soalan
Siapakah makhluk yang tidak nampak Allah, tapi DERHAKA
sampai kiamat?
Jawapan: Orang kafir
Siapakah makhluk yang tidak nampak Allah, tapi TAAT sampai
kiamat?
Jawapan: Orang beriman
Siapakah makhluk yang nampak Allah, tapi TAAT sampai kiamat?
Jawapan: Malaikat
Siapakah makhluk yang nampak Allah, tapi DERHAKA sampai
kiamat?
Jawapan Iblis dan syaitan.
Dari empat jawapan ini maka menjawablah soalan korang yang
bertanya:
“Abang mayat, kenapa ada orang kafir? Kenapa Ada orang
islam? Kenapa Ada syaitan? Kenapa Ada malaikat?
Ini semua masuk bab Iradat, Allah Maha Berkehendak, Maka
siapalah kita untuk pertikaikan Kehendak Allah, lalu sudah kehendak Allah nak
cipta manusia, diuji susah, diwakilkan Nabi, dan siapa yang ikut Nabi masuk
syurga, siapa tak ikut Nabi akan masuk neraka, sudah itu kehendak Allah, kita
sebagai hamba ciptaannya nak pertikai apa lagi, sedangkan pilihan telah di
beri”
“Tapi abang mayat, dengan Iradat macam tu, ramai akan masuk
neraka, kenapa Allah tak bercakap terus dengan manusia direct ke telinga, terus
semua sembah Allah dan masuk syurga”
Saudara, Iradat Allah juga sudah buat makluk yang Allah
bercakap direct iaitu Malaikat, dan semua malaikat sembah Allah, lepas tu baru
Allah cipta manusia, dan waktu itu ada pulak makluk yang bercakap direct dengan
Allah jugak tapi derhaka, iaitu iblis, jadi Allah cipta manusia dengan iradat
boleh buat pilihan, dan semua manusia akan di uji sama ada nak jadi baik macam
malaikat atau jahat macam iblis, pilihan di tangan kita.
Kita hanyalah makhluk ciptaannya, bersyukur Allah tak
jadikan kita iblis, kekal di neraka, tapi Allah jadikan kita manusia, boleh
pilih masa depan. Tapi kita sombong, nak jadi kafir, dan salahkan Tuhan? Tak ke
mana lah kita.., ke neraka bersama iblis Nampaknya.
Akhir kata: takutlah Allah, Fahami bab Iradat, yang mana
Allah mampu cipta malaikat yang bercakap direct dengan Allah, semua taat, Allah
juga mampu cipta iblis yang bercakap direct dengan Allah, tapi semua derhaka,
lalu Allah juga mampu cipta manusia yang tak bercakap direct dengan Allah dan
pilihan di tangan kita nak pilih syurga atau neraka
Sabda Nabi, Beruntunglah orang yang tidak melihat aku, tapi
Beriman dengan apa yang aku sampaikan.
Semoga Woha sampai syurga!
Ayat terakhir menjentik rasa. terima kasih tuan.
ReplyDelete