(Ulasan filem TENET 2020-Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan)
Al kisahnya, Semalam saya kena culik dengan jiran perumahan
lama, Abang S datang culik saya sebelum isyak, dan lepaskan saya untuk solat
berjemaah, lepas tu tangkap saya balik dan kurung dalam panggung wayang GSC
Kuantan, paksa saya tengok TENET.
TENET ni adalah gabungan kepada TEN TEN, yang disusun
Depan-Belakang, membuakan menjadi TENET.
itulah tema filem ini, sekejap kau ke depan, sekejap kau ke
belakang.
Dan kenapa TEN? sebab ending filem ini berkenaan TEN minit
yang "TEN TEN" menjadi TENET.
Warna Biru dan merah pula mewakili warna masa untuk depan
belakang berdasarkan Doppler effect, gelombang merah ke depan, dan gelombang
biru ke belakang.
Selain dari merentas masa, filem ini juga fokus pada drama
hubungan suami yang melayan cinta dengan cara kejam, ibu yang sanggup buat apa
sahaja demi anak, erti persahabatan dalam tugas, keberanian dan kesetiaan, gaya
hidup orang kaya, serta kisah hidup perisik ala ala James Bond bila solo,
campur Mission Imposible bila minta bantuan team.
Balik kepada tajuk: Hidup ini terlalu singkat untuk
'bergaduh' dengan Tuhan? kenapa?
Kerana waktu tonton filem ini, saya terfikir tentang konsep
chaos to in order, filem ini tujukkan bagaimana sesuatu yang rosak boleh
kembali kepada stabil.
Dalam dunia fizik, bila kita pecahkan telur, maka telur
pecah, dan tidak akan bercantum lagi, kita sepak istana pasir, maka istana akan
berkecai, kita bakar pokok, maka pokok akan hangus. bermakna dunia ini akan
berjalan satu hala selamanya, itu Fizik Ciptaan Tuhan sehingga dalam hadis Nabi
sebut, Susu tak akan kembali ke dalam puting, atau pena telah terangkat, dakwat
telah kering.., atau dalam pepatah melayu, nasi dah jadi bubur, jangan
menangisi susu tumpah.
Maka dalam filem ini, hero tiba tiba terjumpa ada alat boleh
undurkan peluru, cermin pecah boleh bercentum kembali, yang mana sesuatu yang
rosak tiba tiba menjadi elok.
Maka hero mencari siapa yang cipta alat yang mampu undurkan
masa melalui kaedah reverse Entropy ini dan akhirnya dot dot dot
Maka saya tak nak spoiler lebih lebih, kerana filem ni nak
bagitahu bila ada sesuatu yang dah huru hara, tapi tiba tiba dapat dipulihkan
menjadi sistem, maka ada PUNCA yang mengawal kejadian ini.
Gigih hero siasat mencari punca kejadian.
Maka kata saya dalam hati, tak terfikirkah kita bagaimana dari
huru hara (letupan big Bang) tiba tiba alam ini tercipta dengan penuh
sistematik?, yang mana lokasi bumi terbaik jaraknya dari mata hari, ada bulan
sebagai pengawal pasang surut, ada sembilan planet menjadi perisau hentaman
meteor, ada lapisan ozon yang membakar kemasukkan bedasing ke bumi.
Ada rasa nak kaji tak? dari mana puncanya alam ini? dan ke
mana dia pergi?
Nabi cakap, manusia akan kembali bangkit. Orang kafir tak
percaya, sebab dah jadi tulang macam mana nak cantum kembali hidup?
Nabi cakap mudah di sisi Tuhan, dalam Al quran cerita dalam
neraka, manusia dibakar dan dipulihkan kembali sehingga ke hujung jari.
Apa ada dihujung jari? cap jari manusia yang berbeza, bila
musnah ditelan api neraka, selamba Allah boleh kembalilan kepada asal hingga cap
jari pun sama!
Maka mari kita renungkan, sewaktu kita melihat filem yang
hebat, lalu kita memuji dengan berkata,
sungguh hebat orang yang filem ini, maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan
kepada pengarah walaupun kita tak pernah jumpa dengan pengarah.
Maka, alam semesta yang besar dan indah ini, dan setiap
orang ada jalan cerita yang sangat hebat
dan mengkagumkan, hingga kita memuji satu sama lain, maka pujian ini tanpa
diragui, ditujukan kepada Tuhan semesta alam walaupun kita tak pernah jumpa
dengan Tuhan.
Ini kerana kita bersetuju bahawa ’something doesn’t come
from nothing’. Dan kita bersetuju bahawa ‘order doesn’t spontaneously arise
from chaos’?
Contoh: Dunia ini menjadi semakin stabil dalam kehidupan
manusia apabila manusia memperkenalkan standard, seperti ISO yang menyeragamkan
semua pengukuran kejuruteraan lalu kehidupan genarasi zaman moden menjadi lebih
berkesan,
sebagai contoh, skru yang kita beli di kedai, ada saiz yang
standard, pemutar skru juga ada standard, lubang yang nak diputar ada arah yang
standard, dari mana standard ini datang?, kita semua tahu sudah, ianya bukan
datang secara semula jadi, tapi dari
kesepakatan perwakilan dunia, lalu muncullah ISO, Internasional Standard of
Organitation.
Contoh lain, Jika kita kumpulkan bahan-bahan yang boleh
menyiapkan sebuah Smart Phone seperti plastik, besi, kaca, polimer,getah dan
lain-lain material, lalu di letakkan di padang pasir, berapa tahun masa yang
perlu di ambil oleh semua bahan tadi untuk bercantum dan menjadi Smart phone?
Jawapannya, mustahil! Kecuali ada yang mengaturkannya.
Jadi bahan-bahan untuk menjadikan manusia, iatu air, api,
angin dan tanah, yang terbentuk selepas Big Bang akhirnya bercantum dan
berevolusi menjadi ikan, dinasour, monyet, pokok, rama rama, gunung, kumbang,
cacak, terung, pisang, panda, dan tiba
tiba anatra semua hidupan itu, muncul manusia?
Ketahuilah, telefon juga berevolution, dulu telefon besar
gajah dan berat nak mampos, tapi sekarang kecil dan ringan, dulu hanya satu
fungsi, sekarang semua fungsi ada, tapi telefon bukan berevolution sendiri, ada
orang yang mengevolusikannya, jadi, jika dunia ini berevolusi, maka sudah pasti
ada kuasa yang menguruskannya.
Sebagai contoh: Bagaimana setiap tahun, bumi Berjaya
mengelilingi matahari selama 365 hari tanpa lewat? Tanpa berlanggar dengan
planet lain? Oh tak berlanggar sebab ada orbit?
Siapa cipta orbit? Matahari atau bumi?
Dan setiap bulan, selama 30 hari, bulan mengelilingi bumi
dengan sudut permukaan yang sama, tapi bumi mengelilingi matahari dengan
putaran 360, maka berlakulah siang dan malam, bagi garisan khalistustiwa, maka
putaran bumi adalah 12 jam siang dan 12 jam malam, maka di garisan ini, cuaca
panas sepanjang tahun kecuali di bulan Desember, iaitu lokasi bumi di salah
satu sudut alam semeta yang buatkan berlakunya taburan hujan yang tinggi setiap
tahun, manakala di garisan lain, berlaku empat musim yang konsten setiap tahun,
musim panas, musim gugur, musim luruh dan musim salji, oh tidak lupa pasang
surut air laur yang di kawal oleh gravity bulan.
Jadi siapa yang kawal semua ini? Semula jadi?
Jadi logic tak dalam dunia atheist yang percaya sebelum big
bang dunia ini kosong, tiba tiba berlaku letupan, dan berjuta tahun kemuduan,
kita semua ada smart phone?
Gunakan akal, dunia ini terjadi sendiri? Atau ada Pencipta
yang Maha Kuasa?
Kemudian timbul soalan paradox, jika Tuhan cipta dunia,
siapa yang cipta Tuhan?,
Untuk masalah ini, bayangkan kes penembak tepat yang sudah
bersedia menembak sasaran, tapi perlu tunggu arahan dari pihak atasan, tapi
pihak atasan cakap, kena tunggu pihak atasan lagi satu, kemudian, pihak atasan
lagi satu cakap, tunggu pihak atasan yang atas lagi, so, bila dia boleh
menembak?
Jadi, secara logik, pilihan yang kita ada selain paradox, adalah
dengan yakin bahawa hanya ada satu pihak yang paling atas, tiada yang atas
melainkan dia, maka dunia ini telah di cipta oleh pihak yang paling atas, dan
satu sahaja, jika ada banyak pihak atasan, maka dunia ini tak dapat di cipta
sebab tuhan akan bergaduh dan pengurusan alam semesta akan menjadi konflik,
kerana itu kita tak boleh terima dari segi akal tuhan itu ada lebih dari satu,
maka hint untuk mereka yang mencari Tuhan, pastikan Tuhan itu hanya SATU, dan
Dia paling atas, itulah logiknya tempat bagi Tuhan, satu dan paling tinggi!
Jika jawapan ini sudah di terima, maka terbongkarlah sifat
Tuhan yang berlawanan dengan semua makhluk dan kejadian, yang mana apabila
semua mahkuk di cipta, maka Tuhan adalah pencipta, Dia satu dan paling atas.
Kemudian, jika semua mahkluk akan binasa, maka Tuhan
bersifat abadi dan kekal selamanya.
Kemudian, jika semua makhluk mempunyai kelemahan dan saling
memerlukan, maka Tuhan bersifat paling berkuasa dan tidak memerlukan sesiapa.
Kemudian, jika semua mahkuk terikat dengan masa dan Fizik,
maka Tuhan bebas dari masalah Fizik dan masa.
Kemudian, apa sahaja yang ada pada makhluk, maka Tuhan
adalah langsung tidak bersamaaan dengan makhluk.
Jadi, kepada semua atheist yang mahu mencari maksud hidup
sekalian, jika nak cari Tuhan, pastikan Tuhan itu satu, paling berkuasa, tidak
berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan
sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari
ciptaan-NYa
Kita boleh terima, bahawa dunia ini di cipta dengan logic
sains, ada sebab dan akibat, Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air,
Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api
serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga
jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang. Jadi, jika masalah hati dan
cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana saya
datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini. Juga
disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk
meraihnya atau mengabaikannya.
Akhir cerita, Hari tu ada tengok pasangan kekasih
bertengkar, rupanya si awek ni kena marah sebab gagal cari si pakwe, telefon
hilang, no phone hilang, alamat semua hilang, jadi waktu si pakwe ni marah kat
si awek dia jerit:
“Tak tahu nak cari saya kat mana? Eh awak, Jika kita ikhlas
mencari, Tuhan pun boleh kita jumpa, inikan pulak saya!”
Perggh, deep betul ayat pick up line dia. Woha!
Ok, sampai sini dulu, Semoga Allah kurniakan kita semua;
Syurga yang abadi.
Amin.
Ps: Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan.
Hari ini, di antara dua waktu solat, mungkin kita akan mati. Maka biarkan aku
mati dalam keadaan taat kepada Allah dan Rasul. Lakum Di Nukum wa liyadin.
#hamkafilm
wow deep sungguh ayat die..heheh..cam macam menarik lak citer tu
ReplyDeletepening sikit, kena fokus, he he
ReplyDelete