Sep 19, 2020

Berapa tahap Derita anda?

(Jika anda sedang menderita, dari tahap satu hingga tahap empat, berapakah tahap derita anda?)

Penderitaan ada banyak, tapi kita fokus empat dahulu, Jom kita susun tahap derita dalam hidup

Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang paling kurang deritanya berbanding empat penderitaan yang akan kita bincang nanti, dan oleh kerana derita ini paling kurang derita dari yang empat itu, maka saya namakan derita ini sebagai derita nombor empat..

Apa derita nombor empat?

Orang Bangladesh atau orang Indonesia yang tinggalkan keluarga jauh jauh untuk cari rezeki di Malaysia adalah contoh mereka yang menderita katogori tahap empat, korang nampak mereka macam bahagia di hujung minggu jalan-jalan kat pasar malam makan durian berpimpin tangan, tapi dalam lubuk hati mereka, ada perasan cemburu pada rakyat Malaysia yang tak payah susah-susah cari rezeki jauh jauh tetap ada,

Yelah! Korang nak ke jadi macam mereka?, tinggal anak bini cari rezeki jauh jauh sampai Afrika barat? Hilang satu nikmat hidup.., alahai orang Malaysia yang duduk kelantan tapi kena kerja Kuala Lumpurpun dah rasa tak best, apatah lagi orang Kerachi dari Paskitan yang terpaksa jual karpet kat Kubang Kriang?

Ini semua takdir, kita kena selalu bersyukur dengan nikmat Allah, sebab Allah boleh terbalikkan dunia, sekali datang selsema covid 20 pulak melanda Malaysia secara serius, habis lumpuh ekonomi Malaysia, last last, sebab takde kerja, tak mustahil, bini kita pulak jadi Amah kat Bangladesh, mana tahu?

Moralnya, Rezeki yang paling best adalah rezeki di kampong sendiri, maksud saya kerja yang kita kerja tu tak lah jauh dari rumah, tak lah jadi weekend husband, janganlah kerana gaji mahal semata mata kita selalu berpisah dengan anak isteri sampai ke tua, kasihan mereka..

Benda ni nak kena planning awal, sekarang baru kahwin takpe duduk jauh, tapi usahakan cari kerja-kerja yang boleh buat korang duduk sekali, atau bisnes ke, ambik pencen awal ke, kerana kelak bila ada anak ramai, masa tu dah kena stabil tapak rumah, dah tak payah nak travel-travel, jika susah sangat, yang wanita berhenti sahaja kerja ikut suami bertugas kat mana-mana, kang senang?

Bila duduk dekat, jika ada PKP, masih boleh ziarah sebab satu daerah, raya hari tu yang tak boleh lintas sempadan fahmlah perasaan warga asing yang terpaksa tinggal anak bini cari rezeki tak boleh balik sebab kontrak belum habis.

So, plan elok elok bab rezeki, InsyaAllah penderitaan kita semakin berkurang.., amin.

Ok, itu satu contoh derita tahap empat, senang cakap, derita tahap empat ni adalah derita sekitar bab rezeki, contoh lain macam kisah mereka yang kena pulau kat pejabat, atau kawan kawan seoffice yang tikam dari belakang, atau ada bos yang sengaja tak nak kita naik pangkat, atau rakan sekerja yang pakat-pakat tabur pasir dalam periuk nasik kita, atau bernoaga tapi kena tipu sehingga rugi berlipat ganda atau bencana datang buat rezeki kita lumpuh, atau kena potong gaji, atau bonus takde, kecuraian, kena roboh Majlis perbandaran atau apa sahaja, yang mana berkaitan dengan rezeki, sekali di uji macam tu, memang sakit hati, tapi nak buat camne?, dah takdir Allah, sabar jelah..,

Apa-apapun, sekarang korang dah tahu kategori derita tahap empat, memang korang derita, tapi releks, jangan sedih sangat.., ada lagi TIGA tahap derita yang lebih dahsyat, cuba check, korang ada tak derita yang berikutnya, jika ada baru boleh mengaku derita, jika takde, alhamdulillah, simple sangat derita korang, setakat kena jual karpet kat lorong Bombay, apa nak sedih?, ada rezeki boleh singgah rumah Aishwarya Rai jual karpet, Woha!

Kesimpulannya derita nombor empat adalah derita BAB REZEKI…, ramai jugak orang yang bunuh diri kerana masalah rezeki ni..isk..,

Betul tak?

*************

Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang lebih derita berbanding derita tahap empat tadi, dan oleh kerana derita ini lebih derita dari yang tahap empat itu, maka saya namakan derita ini sebagai derita tahap tiga..

Apa derita tahap tiga?

Oleh sebab kita dah kerja 8 jam kat pejabat atau berniga sampai larut malam, dan sudah ada banyak derita nombor empat, maka sekepulangan kita dari pejabat atau tempat bisnes, maka kita akan balik rumah dah habiskan masa purata 16 jam kat rumah, dan sudah namanya rumah, maka dah tentu kita akan ada jiran.., dan bila sudah ada jiran, maka akan timbul pulak banyak cerita dan derita..

Harapan kita bila sudah banyak menderita kat pejabat atau tapak bisnes, alih alih balik rumah, baru nak sampai depan pintu, kita berdepan pulak dengan jiran tentanga yang juga pulaukan kita.. aduh! Jiran pulak jenis jahat!

Jadi, derita tahap tiga adalah derita berkaitan jiran tetangga, ipar duai, atau saudara mara.., panjang nak cerita, tapi inilah kisah sebenar dalam masyarakat, jiran tu dengki dengan korang, lepas tu tak nak tegur dengan korang, atau adik beradik yang berebut harta sampai bergaduh tak sudah sudah.., atau ipar duai yang kikis harta..,

Tak cukup dengan gangguan kata nista dan fizikal, mereka ganggu pulak dengan gangguan mistik.., yang mana tak lama kemudian, jiran sebelah pulak sanggup bomohkan korang, malam malam jumpa Puaka niyang rapik sedang berak dalam tandas, atau jumpa keliwong dalam bilik air pinjam shampoo, memang masalah,

Lepas tu pulak, ipar duai yang dengki dengan korang, sanggup sebar fitnah dan mengumpat.., balik kerja ada yang ludah tengok korang, tak cukup lagi?, jiran yang janda pulak kacau suami korang, mentang mentang ada kopi janda, … apa?!, kopi duda tak de ke?, saya pun pelik, kopi jantan dah ada, kopi betina takde ke bang?

Dah! Cukup! Panjang cerita bab jiran tetangga ni, rumput rumah kita panjang dah kena umpat, keluar berdakwah dah kena pulau, masak petai goreng belacan dah kena maki, baru niat nak poligami dah kena kutuk, memang sakit hati!

Sampai satu tahap, ada yang bergaduh, bertumbuk, dan santau sana sini, memang teruk.., itu yang banyak drama ada cerita orang yang sanggup pindah duduk jauh jauh sebab hubungan dengan jiran tetangga dan teruk, yelah.., mana sanggup korang hidup berjiran dengan orang yang sakit hati dengan kita?

Hari hari tak selamat, baiklah pindah tempat lain mencari bahagia.., lepas tu pulak, bila jiran kita miskin atau kaya, maka akan wujud masalah kejiranan yang serius, atau jenis taksub pada parti, jenis assobiah, lagi teruk!

Sampai bila mati tak nak datang tahlil, atau buat kenduri tak nak makan sebab tak sah sebelihan kerana berbeza wahabi syiah sunnah, apa punya bangang daa.., esshh, panjang nak ceritalah bab ni, banyak yang dah makan hati, ini semua derita tahap tiga, ingat tu, derita tahap tiga…!

Kesimpulanya derita tahap tiga adalah derita BAB JIRAN DAN SAUDARA…, biasa orang akan pindah rumah atau lari dari kampong ler bila jadi kes macam ni, sanggup berhenti kerja sebab masalah kejiranan ni lebih besar.. aduhhh

Apa-apapun, sekarang korang dah tahu kategori yang bagaimana akan derita tahap tiga, memang korang derita, tapi releks, jangan sedih sangat.., sebab boleh pindah, ada lagi DUA derita yang lebih dahsyat dan tak boleh pindah, cuba check, korang ada tak derita yang berikutnya, jika ada baru boleh mengaku derita, jika takde, alhamdulillah, simple sangat derita korang, setakat berjiran dengan Firaun, Haman dan Abdullah bin Ubai, apa nak sedih sangat,

Jika bala datang melanda kampong korang kerana kejahatan mereka, dah tentu korangpun akan kena sekali, tapi sebab korang lelaki beriman di akhir zaman, Allah akan asingkan korang dari mereka kat akhirat, tak lah derita sangat, kan?

Dan jika korang ahli masjid yang jaga solat berjemaah, menurut hadith, bila bala datang, korang akan bertebaran dan selamat, ok lah tu…

************

Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang lebih derita berbanding derita bab jiran tetangga tadi, dan oleh kerana derita ini lebih derita dari yang tahap tiga itu, maka saya namakan derita ini sebagai derita tahap dua..

Derita tahap dua, (baca dalam keadaan echo)

Apa derita Tahap dua?

Dah tengok filem Si Tanggang yang di sumpah menjadi batu, atau Filem anakku Sazali? Kisah anak derhaka yang muka ada iras-iras P Ramlee tapi menderhaka pada bapaknya Sazali yang juga ada iras muka P Ramlee.., yang mana kalaulah sepuluh tahun dahulu bapaknya Sazali pukul Sazali, dah tentu Sazali tidak akan menjadi gengster nombor satu di Singapura Bapak tau?, tapi mungkin Sazali akan menjadi Hafiz di madrasah Darul Ulum Karachi Pakistan.., apa-apalah!

Arghh, pendek cerita, derita nombor DUA terbesar dalam hidup di dunia yang fana ini adalah: apabila anak yang kita sayang, kita sanjung, kita belai dan jaga serta tatang bagai minyak kereta Isi penuh, tiba tiba si anak yang kita harapkan itu, tiba tiba si anak itu, tiba tiba..oh! tergamak sungguh si anak tiba tiba mencucuh petrol itu dengan api sehingga wajah korang menjadi hitam seperti di conteng arang ke muka korang yang putih secara tiba-tiba, Tak ke tiba-tiba? (Tiberrrr)

Maka menangislah si ibu bapa di hujung usia mengenang perbuatan anak derhaka.., dunia terasa gelap, gelap terasa hitam, hitam sudah tiada manis lagi.., dan dalam kegelapan kesedihan, tiba tiba masuk pulak dalam kubur yang gelap..

Saya pernah tengok, orang yang derita bab rezeki, lepas tu dengan jiran pun ada masalah.., tapi bila anak-anak berjaya dalam pelajaran, atau berjaya dalam hidup, atau berjaya mengharumkan nama agama, bangsa dan Negara, senyum jer si ibu dan bapa dengan air mata kesyukuran sehingga lupa dengan derita bab rezeki dan jiran tetangga…

Tapi cuba korang tengok mereka yang takde masalah bab rezeki, dan tiada masalah dengan jiran tentangga, tapi bila anak derhaka, oh gelapnya hidup.., satu nikmat hidup yang besar telah luput dari genggaman.., tu yang banyak cerita orang buang anak yang dah besar, bukan buang bayi tapi masih di buang ibu bapa kerana penderitaan nombor dua tadi, tak mengaku anak!

Derita mana lagi yang korang nafikan?

Kesimpulanya derita nombor dua adalah derita BAB ANAK DERHAKA…, biasanya si ayah akan buang anak, atau tak mengaku anak.., (sehinggalah anak jadi kaya dan balik pada hari raya bersama menantu yang cantik jelita dan mintak maaf macam Shah Rukh Khan bergaduh dengan Amitabh Bachchan dalam filem Kabhi Khushi Kabhie Gham )

Dan si ibu pulak jika dapat anak derhaka, biasanya si ibu tak macam si ayah, si ibu akan menyumpah anaknya menjadi batu.

Woha!

**********

Baik, sekarang korang dah tahu katogori derita masing masing, ada derita tahap dua, derita tahap tiga dan derita tahap empat, korang yang tentukan..

Sekarang kita akan pergi kepada derita tahap satu..

Nombor SATU!, (baca dalam keadaan echo)

Apa derita tahap satu?

Derita ini bakal melanda semua pasangan hidup.., iaitu derita apabila pasangan hidup korang tiba tiba curang, pergi kepada kekasih lain! Oh.. sekelip mata kau berubah..…, budak sekolahpun sanggup bunuh diri bab ni.. aduhai..

Dan untuk suami isteri, masalah rumahtangga yang berakhir dengan penceraian, adalah kesan dari penderitaan ini, dan ramai jugak yang kemurungan.

Sungguh apabila orang yang telah sanggup seiring dan sejalan, sehidup dan semati, sangup tidur berbogel dengan kita, bergeser pusat dan berlaga lubang kencing.., tiba tiba.., si dia melukakan kita, mengkhianati kita, curang, derhaka dan berpisah…

Hati memang sedih.., dunia terasa gelap.., Lalu lagu lagu sentimental menjadi peneman bagi yang malas membaca Al quran..oh..

Saya  tak perlu tulis panjang, semua tahu bagaimana deritanya jika mak dan ayah kita berpisah…, anak anak jadi derhaka.., jiran pun mengumpat, dan ekomoni rumah tannga men jadi huru hara.. oh…

Namun jika derita anda tahap tertinggi, masih ada jalan pulang dalam menacri cinta...

Sesungguhnya, Siapa saja yang mencintai manusia, maka manusia itu akan meninggalkan kamu sama ada kerana curang atau kerana menjadi mayat, Dan barangsiapa yang mencintai Allah, maka sesungguhnya Allah itu tidak akan meninggalkan kamu, dan Allah tidak akan mati dan tidak akan curang buat selama lamanya, dan Allah itu akan menerima cinta sesiapa sahaja hambanya yang bertaubat walaupun mempunyai dosa setinggi gunung mececah awan, kerana Allah adalah Kekasih Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang…

Nimat mana lagi yang kau dustakan?

Pulanglah kepada Allah…

Sekian. 


No comments:

Post a Comment