(Satu hari dalam sejarah islam…)
Siti Aisyah r.ha telah di pelawa menghadir majlis
makan-makan, bila makanan terbentang depan mata, dan apabila makanan di suapkan
ke mulutnya, Siti Aisyah r.aha yang merupakan ‘ibu kepada semua orang islam’
telah menangis…
Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata…
“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut
semasa hayatnya bersamaku.. “Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah
roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai
kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”
Riwayat lain Aisyah berkata:
“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari bertutut
turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah
kewafatanya…”
“Pernah satu hari bila tiba waktu berbuka puasa.., tiada apa
apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah
mebahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk
baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa…”
Stop sekejap…
Kita pada hari ini dalam sejarah islam, buah kurma bukanlah
juadah berbuka puasa sahaja, tapi buah kurma sebanyak 3 ke 5 biji yang saya
makan selepas azan adalah intro untuk menketedarah (makan dengan sungguh
sungguh) sebelum saya makan santapan jasmani yang lebih berkuantiti lagi,
seperti nasi goreng kampong / nasi goreng bandar / nasi goreng cina / nasi
gorang telor kembar / nasi goreng USA / nasi goreng ikan masin / nasi goreng
biasa / nasi goreng telur mata kerbau / nasi goreng paprik / nasi goreng pataya
/ nasi goreng patani / nasi goreng pnom pheh..bla bla bla etc etc..
Itu baru Nasik, belum cerita pasal mee lagi, mee bandung,
mee hailam, mee hoon, mee hong kong, mee rebus, mee goreng, mee ratna, mee
laksa, mee magee, mee kuning, mee hijau, mee pinang, mee Pnom Phenh bla bla bla
etc etc….oh!!
Sambung balik…
Bercerita tentang kehidupan Nabi Muhammad saw, Nabi hidup
sehari kenyang dan sehari lapar bukan kerana Nabi amalkan diet, atau Nabi
muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Pernah satu pagi
nak breakfirst, isteri baginda cakap makanan takde..
Maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa..!
Kata Ibnu Abbas r.a lebih kurang maksud:
“Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi
kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah"
Pernah Nabi ziarah anak kesayangannya siti fatimah r.aha,
tiga kali bagi salam dan tak ada dengar jawapan, akhirnya untuk salam yang last
ada jawapan salam dari fatimah r.aha dengan nada yang perlahan…, dan siti
fatimah r.aha merangkak membuka pintu kerana berada dalam keadaan yang sangat
lapar, nabi menangis, kemudian datang Husin dan Hasan cucu Nabi berlari ke arah
baginda dengan harapan adalah makanan yang di bawa, tapi mereka kecewa apabila
mendapati baginda SAW datang dengan tangan kosong..
Lalu nabi SAW mencium cucu kesayangannya ;
Seorang cium di perut..
Seorang cium di leher...
Lalu ter’kasyaf’lah Fatimah r.aha akan nasib yang bakal
menimpa anak anak nya iaitu seorang akan di bunuh dengan di pancung dan seorang
bakal dibunuh dengan di racun..
Nota: kasyaf adalah dapat melihat di sebalik tabir-dengan
izin Allah.
Lalu merayulah Fatimah r.aha kepada baginda dengan linangan
air mata agar Nabi SAW menggunakan doa ‘terakhir’ untuk mengubah takdir
anaknya..
Nota: setiap Nabi a.s mempunyai doa ‘terakhir’ iaitu doa
yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk memohon Bala Bencana
kepada ummatnya –Rujuk cerita para Nabi.
Tapi Nabi SAW menolak permintaan puteri kasayangannya kerana
telah berniat untuk menyimpan doa ‘terakhir’ tersebut untuk ummatnya di padang
masyar.., Oh! begitu cinta sekali Nabi kepada Ummatnya..oh!
Namun saya bukan nak cerita pasal doa terakhir, apa yang
saya nak cerita adalah tentang pengorbanan Nabi SAW dan sahabat sahabat RA yang
sentiasa dalam keadaan menderita kelaparan dan menderita kesusahan kerana
ugama..
Timbul satu soalan, kenapa di rumah Nabi tiada makanan?
Kenapa nabi tiada wang untuk membeli makanan?,
Adakah Nabi tak pandai berniaga?
Hello!!!
Korang semua yang saya muliakan.
Nabi SAW adalah pedagang yang paling mahir di zaman mudanya,
menerima gaji yang paling mahal ketika berniaga di Syam, barang dagangannya
cepat habis dan sentiasa mendapat keutungan yang berlipat kali ganda, tapi, itu
dulu.., sebelum baginda jadi Nabi SAW..
Tapi sebaik sahaja Nabi SAW di lantik menjadi Rasulullah
sekalian alam, maka bermulalah PENGORBANAN dalam kehidupan Nabi SAW dalam
membela agama, seluruh harta benda jiwa raga di korbankan, peluh dan darah di
alirkan semata semata untuk menegakkan ugama, seluruh fikiran di tumpukan
kepada masalah ummat, tidur sudah menjadi tidak lena, makan sudah tidak lalu
kerana begitu risaukan masa depan ummat sekalian alam..
Begitu jugak pengorbanan para Sahabat, sebelum islam Abu
Bakar RA ada 8 gedung perniagaan, apa telah jadi pada beliau setelah memeluk
islam?
Benar, beliau telah korbankan seluruh hartanya pada agama
dan hanya memakai pakaian yang di buat dari guni dan berbutangkan duri..
Saidina Umar RA pula akhirnya hanya memiliki sehelai baju
yang bertampal tampal dan satu darinya di tampal dengan kulit binatang…
Pernah berkata Hazrat Abu hurairah RA setelah membersihkan
hidungnya dengan kain yang halus;
“Oh, Abu Hurairah, hari ini kamu membersihkan hidung dengan
kain yang halus. Masih aku teringat ketika aku pengsan tidak sedarkan diri di
antara mimbar Rasulullah SAW, Orang ramai menekan nekan tengkukku dengan kaki
kerana mengikut petua yang kononnya aku terkena sawan, padahal aku sedang
menderita kelaparan.."
Itu belum saya cerita kisah Mus’ab bin Umair RA, seorang
anak orang kaya yang sentiasa memakai baju berharga 200 driham. Tapi bila masuk
islam beliau hanya mamakai sehelai kain yang koyak rabak dan bertampal. Nabi
menangis melihat keadaannya yang begitu daif, apatah lagi ketika Mus’ab bin
Umair RA terbuhuh di medan Uhud, mayatnya hanya di tutup dengan daun-daun pokok
kerana tak cukup kain.. sob sob..
Korang semua yang saya muliakan,
Nabi SAW dan para sahabat RA benar benar telah membuat
pengorbanan untuk ugama..
Sehingga Allah telah jadikan mereka ‘asbab’ hidayat seluruh
alam.., dan berbondong bondong manusia kembali ke pangkuan Allah..
Asbab pengorbanan sahabat yang tinggi, maka bukan sahaja
dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi daripada perkara batil juga boleh jadi
asbab hidayat..
Ada cerita seorang pengembala kambing yang sedang mengejar
seekor serigala kerana mencuri kambingnya, lalu serigala itu
berkata-kata!jangan hokum saya! Peliknya kata si pengembala itu kerana serigala
boleh berkata-kata, dan serigala itu bagitahu ikutlah Nabi Muhammad, kamu akan
berjaya…!(lagi pelik?)
Itu tak pelik lagi, kalau korang dengar cerita sahabat yang
bernama Taming Dari RA seorang pengembara yang terdampar di sebuah pulau dan
bertemu dengan makhluk yang berbulu tebal sehingga tidak tahu jantan ke betina,
dan makhluk itu membawanya berjumpa dajjal..
Lalu Dajjal bertanya:
“apakah buah tamar di tanah arab masih berbuah?
“apakah air sungai di tanah arab masih mengalir?
Apabila Taming RA benarkan kata kata Dajjal, maka Dajjal
bagitahu bahawa dia akan muncul apabila buah tamar dan air sungai tanah arab
menjadi kering .., kemudian kata Dajjal, beruntunhlah sesiapa yang mengikut
Nabi Muhammad SAW..
Korang semua yang saya muliakan sekalian..
Dajjal adalah sebesar besar batil dalam dunia ini, tapi
asbab pengorbanan Nabi dan sahabat RA, Dajjalpun jadi asbab hidayat…(buat
dakwah)
Kadang kadang muncul syaitan di hadapan nabi lalu ‘mengajar’
ugama.. dengan memberitahu siapa musuhnya dan siapa kekasihnya (rujuk ustaz)
Kenapa sampai jadi macam tu?
Kerana Pengorbanan mereka terhadap ugama begitu dahsyat
sekali, ikat perut kerana ugama, berpeluh dan letih kerana ugama, dan
menitiskan darah serta air mata kerana ugama..! demi hidayat tersebar!
Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang raja
kapir telah menangis sambil berkata: aku menangis bukan kerana takut mati, aku
menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa
sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk
ugama!
Dan ada jugak cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak
lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, anak sulung,
anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu.. bila terdengar semua ahli
keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu
yang bongsu juga mati , si ibu ini menangis… dia dipujuk orang, tapi dia
berkata: jangan ucap takziah pada aku..tapi ucapkanlah tahniah…, sejak hari
pertama aku menyusu anakku, aku telah berniat untuk korbankan mereka demi agama
dan aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku mati..., aku menangis
kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah..!
Oh, air kaki yang mereka gunakan untuk basuh kaki mereka
jauh lebih mulia dari diri saya yang hina ini!
Pernah di zaman Nabi juga muncul seekor serigala kurus
meminta izin untuk makan kambing, tapi Nabi tidak benarkan, kemudian muncullah
seluruh keluarga serigala daripada datuk sehinggalah ke cucu serigala dalam
keadaan yang kurus kering lalu meminta izin untuk di benarkan makan kambing…,
lalu Nabi benarkan mereka makan kambing yang terpisah dari jema’ah nya..
Apabila Tabi’in (orang yang tidak jumpa Nabi tapi jumpa
sahabat) mendengar cerita ini, mereka semua ingin sekali jika hidup bersama sezaman
dengan Nabi SAW..
Tapi sahabat bagitahu, jangan minta begitu sebab takut para
tabi’in tak tahan menderita, kerana :kata sahabat RA pada waktu itu mereka
selalu mengikat perut dengan batu, dan Nabi SAW sendiri mengikat 2 batu di
perutnya kerana lapar..oh!
Nabi SAW telah mengajar Sahabat RA membuat pengorbanan ke
atas agama, Nabi telah ajar kaum bergaduh di Madinah bersatu, dan nabi telah
seru semua ummat bersat, sehingga Allah telah buka pintu kemenangan yang mana
akhirnya berbondong bondong manusia dari seluruh dunia telah kembali kepada
Allah.. Mekah kembali kepada Islam.
Tanah Mekah dan Madinah telah haram dipijak orang kafir
selamanya!
Lalu ketika baginda wafat, Siti fatimah r.a telah pergi
melihat mayat baginda SAW, lalu mengusap mata baginda dan berkata:
“inilah mata yang tak pernah lena kerana ummat”
Kemudian, mengusap perut baginda dan berkata:
“inilah perut yang tak pernah kenyang kerana ummat”
Kemuadian, mengusap badan baginda dan berkata:
“inilah badan yang tak pernah rehat kerana ummat”
Dan hari ini, apabila ummat islam termasuk saya tidak
membuat pengorbanan ke atas agama, melalui perkara Hak pun hidayat boleh
tersekat.., jika dulu Dajjal sebesar besar batil pun boleh buat ‘dakwah’, tapi
hari ini orang islam, manusia terpilih, ummat terbaik pulak yang telah
menghalang dakwah!
Orang Islam ada yang membenci pendakawah, dan ada orang
islam bergaduh dengan pendakwah, mencaci pada pendakwah, mahalan pendakwah sama
pendakwah pun ada gadoh.. belum cerita orang Islam gaduh bab politik! Aduh!
Berkorbanlah perasaan kita, sembelihlah ego kita,
berdamailah.
Orang kapir di Malaysia tak de keinginan untuk masuk islam walaupun dah jadi
warganegara Malaysia kerana buruknya akhlak saya orang islam…oh!
Salah saya orang islam hari ini yang tak sanggup buat
pengorbanan macam Nabi dan Sahabat buat..., sebaliknya hanyut dan terleka dalam
arus dunia dan mendakwa sudah buat pengorbanan, dengan cukup sokong parti
politik, aduh..
Jom buat pengorbanan dengan bersatu wahai semua ummat Islam,
tak kira PAS ke, UMNO ke, Bersatu ke, PKR ke, AMANAH ke, TAbligh ke, FATonah
ke, semua wajib bersatu.
Jom Solat awal waktu. Taubat jangan tunggu, Bersatu kita
maju, Menyembah Allah yang Satu!
Woha!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletePolitik bukan macam kira2 2+3 = 5
ReplyDeleteJawapan boleh berubah walaupun ada dalil macam2 konon utk perpaduan Melayu dan Islam....