Orang macam abang Burger wujud dalam drama Gerak Khas.
Dulu dulu selalu teman arwah mak layan Gerak Khas.
Kisah biasanya polis pakai uniform dan bercakap satu sama lain, biasanya
sembang isu peribadi sebagai penyeri drama dan isu jenayah sebagai pengeri
drama lebih dramatic.
Sementara itu dilokasi yang lain ada penjahat sedang buat jenayah.
Polis dapat aduan, dan menyiasat.
Tiba tiba satu watak akan berkata:
“Tuan Inspector, mengikut maklumat orang awam, suspek ada di lokasi sekian
sekian”
Polis pun bergegas dan aksi kejar mengejar, dialog wajib:
“Polis! jangan bergerak!”
“Jangan lari”
tapi penjahat lari dan terlepas.
Polis kembali ke balai polis sambung drama, dialog tentang jenayah dan isu
peribadi silih berganti.
Tiba tiba satu watak akan berkata semula:
“Tuan Inspector, mengikut maklumat orang awam, suspek ada di lokasi sekian
sekian”
Polis pun bergegas ke lokasi kejadian, masukkan lagu Gerak Khas sebagai
pembekar samangat penonton, masukkan juga dilalog ini : “jangan bergerak, anda
telah dikepong”
Lalu berlaku aksi tembak menembak, polis menyorok belakang kereta, penjahat
tembak tapi cermin kereta tak pecah.
Lalu akhirnya penjahat kena tembak dekat kaki, ada yang kena tangkap. Ada yang
mati, Ikut mood penulis skrip.
Lalu cerita di tutup dengan dialog keramat.
“Dengan penangkapan ini, kita telah berjaya menumpaskan sindiket itu”
With full of style and confidence.
Woha!
Terima kasih Polis Di Raja Malaysia, terima kasih orang awam.
Himpunan Nota-nota ugama untuk diri sendiri, dan soalan-soalan yang aku cuba jawab (secara umum, bukan secara personal) sebelum naik kereta mayat.
▼
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete