Jul 13, 2020

Dajjal dah keluar?

(Akhir zaman, semua orang boleh jadi mesra Dajjal atau mesra Syariah-Kisah kita semua)
Pernah dengar ceramah dari Buznama zaman sekolah rendah dulu, katanya Dajjal mata satu itu adalah TV sebab bermata satu (screen) dan ada tanda kafir di dahinya (Jenama kafir) dan bergerak pantas (Kelajuan satelit keliling bumi pancarkan siaran langsung) dan mempromosi neraka itu syurga (tayang kisah orang buat maksiat tapi bahagia) dan Dajjal promosi orang islam ahli nereka (tayang kisah orang islam jahat bunuh orang sana sini)

Tapi itu ustaz zaman belum ada internet, zaman sekarang ada TV dua Skrin (3D) dan ada siaran TV Berjenama islam, dan banyak kisah dalam TV yang baik baik tentang Islam.

Jadi TV hanyalah alat yang sama macam pisau, jika guna untuk memasak dapat pahala, jika guna untuk merompak masuk neraka.

Dan tafsir Dajjal adalah TV tidak betul sebab hadis soheh bagitahu Dajjal adalah manusia macam kita, cuma dia buta pada mata sebelah kiri, berambut tebal dan banyak lagi tanda nak kenal dajjal (jangan ponteng kuliah magrib)

Kesimpulan: Kenali Dajjal dan perangai buruknya, lalu hindarkan diri dari ikut perangan Dajjal kerana kita boleh menjadi jahat macam Dajjal atau baik macam Sahabat Nabi, -- semua pilihan kita.
Cuma nak tambah, Akhir zaman, semua orang boleh menjadi "dajjal" sebab semua orang boleh ada Channel TV sendiri..

Zaman saya kecik dulu, ada TV1 dan TV2 sahaja, itupun dah heaven sangat.. orang pantai tiumurlah katakan, lepas tu baru ada TV3.

Kemudian ada TV mertro, NYV7, TV8, TV9, Al Hijrah.., dah rambang mata.

Note: (saya berhentu tengok TV secara serius waktu form 4 sebab dah masuk asrama)

Bila kahwin, tahu ada ASTRO tapi belum mampu, dah lama sikit, ambik pekej Njoi yang free.
Tapi itulah, dunia akhir zaman, semua orang dah ada Siaran TV peribadi sendiri.

Namanya Youtube!

Pentas Media Sosial terbesar di dunia!

Dan tahu tak korang, siapa siapa ada akaun Gmail, maka dia automatic ada akaun TV Youtube.

Cara nak aktif sangat senang, pergi link channel saya ini:


Lepas tu tekan Subscribe, tekan Like pada mana-mana video, dan tinggalkan komen pada mana mana video, automatic korang dah ada Siaran TV sendiri.

Ya, korang dah jadi CEO, PEngarah, Ketua Eklusif, Chanselor, apa apalah jawatan pun korang nak pada Siaran TV anda sendiri. Terpulang anda nak jadikan siaran bersifat Dajjal atau Mesra Syariah!

Jika RTM dulu start jam 5 petang habis jam 12 malam, korang hari pertama lancar, dah ada 24 jam masa prime time untuk siarkan apa sahaja genre video!

Ya betul, Korang bebas nak letak video apa apapun!

Tapi tak boleh mencuri idea orang sebab haram, tak boleh letak petikan filem orang lain, tak boleh letak lagu orang lain, itu adalah etika. Jika letak, mungkon YOutube akan mute kan video korang, atau siaran video korang kena Block!

Ingat tak video Konspirasi Arrival kedatangan Dajjal?

Ramai yang post di Youtube, lepas tu Youtube delete, dan ada akaun Gmail orang yang post tu kena block.

Tapi orang post tu gigih buat akaun baru dan kembali post di youtube video kisah dajjal nak keluar siap dengan caption:

“Cepat tonton sebelum Yahudi delete, mereka tahu video ini benar”

Dan tak lama lepas tu video itupun kena delete!

Maka ramailah orang percaya Yahudi Delete video tu sebab konon Dajjal dalam video tu adalah benar.

Padahal…

Dah korang guna Content ada copyright sebagai video, sah sah kena block, dengan masukkan klip filem Matric, Lord Of The Ring, siap dengan sound effect yang ada copyright, memang Youtube tak akan benarkan lah sebab itu melanggar hak cipta pemilik asal.

Andaikan Youtube tu sejenis makhluk beragama Kristian, dan korang buat video puji Kristian tapi guna klip movie Hollywood ke, Bollywood ke dah tentu akan kena delete sebab video yang korang copy paste tu ada copyright.

Jadi, alkisahnya, waktu awal PKP, saya rakam anak saya azan “bersolatlah di rumah” dan post kat Youtube.

Tiba tiba dapat mesej dari Youtube video tu berstatus kuning (bukan hijau) kerana kandungannya menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Jadi saya tanyalah sorang youtuber ni maka dia dengan agenda teori konspirasi bagitahu video azan memang yahudi tak suka.

Eh? Saya post ceramah agama, atau cara buat muzakarah, lepas jer? Kenapa video azan tak boleh?

Tapi ialah, saya pun masih baru dalam dunia Youtuber maka bila saya baca ebook dari Amar ni yang mana dia ada cerita detail bab undang undang dan teknikal dunia Youtuber.

Terus saya ikut saranan dalam Ebook tu, yang mana Youtube ni dia guna robot untuk baca video kita, dan Robot biasanya akan silap menilai lalu bagi status video kita kuning atau merah.

Video ganas, mencarut, atau lucah, memang robot Youtube akan bagi signal kuning atau merah.
Jadi kata Amar dalam ebooknya, boleh minta pihak Youtube buat penilaian video secara manual.
Sayapun buat, kurang 24 jam, Youtube dah luluskan video azan waktu covid. (boleh rujuk video tu di channel saya)

Alhamdulillah.

Jika korang yang tiba tiba dah ada siaran TV Youtube tapi tak tahu nak beroperasi bagaimana elok baca Ebook dari Amar ini.

klik sini:


Dan saya akui untuk menjadi Youtuber (Dapat duit dari youtube) saya telah menempuh perjalanan yang agak sukar sebab saya jenis one man show. Cari sendiri ilmu, kaji, dan apply bila ada masa lapang.

Hasil tu ada tapi lambat. Bila saya baca Ebook Amar ni saya sangka semua dah tahu. Tapi rupanya banyak lagi setting yang sangat membantu lalu saya nasihat siapa siapa nak dapatkan ilmu Youtuber dengan cepat dan jelas. boleh kilk sini


Bagi yang dah ada youtube tapi tak ada pennton, dan nak belajar buat konten, tak perlu pening kepala sebab saudara amar dan teamnya dah kaji 107 konten paling top yang korang boleh belajar di link ini.


Namun siapapun kita, isi Youtube kita jangan mesra Dajjal tapi biarlah mesra syariah agar memberi manfaat waktu kita menjadi mayat kelak.

Woha!

Ps: Pesanan juga kepada mereka yang buat video dajjal nak keluar tu, jangan guna copy paste filem Hollywood sebagai video korang, memang kena block, buat video sambil mencuri hak cipta ni haram, korang nak berdakwah konon dajjal keluar tahun 2020, tapi korang mencuri hak cipta orang tak ke Dajjal tu?


3 comments: