Apr 24, 2020

kisah sahur dari masa depan?


Kisah malam pertama berpuasa, Sebelum tidur, berkatalah laki kepada bini..

"awak tak payah masak, awak tu sedang menyusu, biar abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"

Beberapa jam kemudian

"bang, bangun bang, sahur.."

Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 20 minit sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.

Aku bermimpi ke malam tadi?, nampaknya hanya bini yang paham laki masing masing, adohai...

***

Kisah malam kedua bersahur pulak,

"awak tak payah masak, awak tu sedang menyusu, biar abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"
kata laki pada bini sebelum tidur.

Menjelang sahur, terdengarlah bunyi bawang menyeringai dalam kuali, kemudian terdengar sodep menari nari bergulir dengan perisa nasi goreng dan bahan bahannya, ha ha ha, siapa sangka, di awal kedinginan pagi sebegini ada insan bernama lelaki yang sangat mahir dalam memasak nasik goreng u.s.a.., ha ha!
.
.
.
.
.
.
"bang, bangun bang, sahur.."

Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 25 minit sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.

Cis! rupanya aku hanya bermimpi masak nasik goreng, cilako!! , kesimpulan sekali lagi, hanya bini yang paham laki masing masing, adohai…

***
Kisah malam ketiga pula:

"awak tak payah masak, awak tu sedang berpantang, biar abang..."

Belum sempat aku habiskan kata kata, ada jari telunjuk kanan bini atas bibir aku dan jari telunjuk kiri beliau pula di atas bibirnya.

(Enjoy the silence....)

"Bang, ketahuilah, saya sedia masak berbuka dan sahur untuk abang seumur hidup saya. Malahan saya bahagia menunaikannya”

Perghhh

Kagum dengan orang perempuan.., terima kasih kepada semua bini di seluruh dunia yang memahami hakikat nikmat memasak untuk laki masing masing, kagum dari jauh!

****
Kisah malam semalam, malam ke empat:

Puan Bini sedang masak sahur, En Laki boleh pula baca surat Khabar dengan suara kuat.

“ Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baruas, di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan pecah di dapur rumahnya.

“Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.

“Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun bersahur,” katanya. Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang diri.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah.

“Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak isterinya itu.

“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu hampir pengsan,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian dengan selamba meninggalkan rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan manakala mangsa segera menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan.

“Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan”

Habis baca, aku tunggu reaksi Puan Bini yang sedang memasak:

“ eh apa punya laki, pasal sahur pun nak gadoh ke? Laki tu memang manusia durjana, sanggup menggunakan kekerasan terhadap wanita, nasib baik saya tak ada di sana, jika tidak, lebam bijik mata dia”

Perghhh, Puan Bini, sebijik tiru ayah Sudin dalam Bujang Lapok waktu marah Laki bini bergaduh bab belacan.

Apa-apapun, kepada semua Laki, ingatlah pesan Nabi yang suruh kita berbuat baik kepada wanita.

****
Kisah sahur hari ke lima, hari ini.

"Alhamdulillah, dah 5 Ramadhan, tak pernah miss sahur”

Kata laki dengan senyuman bersyukur.

“Alhamdulillah, dah 5 Ramadhan, tak pernah miss masak sahur untuk abang”

Kata Puan Bini dengan senyuman bersyukur yang lebih terserlah.

Aku tunduk malu kerana Hakikatnya, pahala isteri di bulan puasa, lebih banyak dari pahala suami masing masing. Deep nih!

Ps: Terima kasih kepada semua bini di seluruh dunia islam yang istiqamah masak sahur pada laki masing masing tanpa sekelumit mengeluh pun. Kagum dari dekat kepada bini aku dan kagum dari jauh kepada bini korang! Woha!

(dipetik dari Ebook kisah laki bini dan puasa, RM 15 (harga asal rm25) sahaja untuk bacaan penuh kisah dari 1 ramadan ke 6 syawal-woha!, wasap 0199117163 untuk beli)

No comments:

Post a Comment