Apr 26, 2020

Hukum Sedekah terang terang?


"Abang mayat, apa hukum orang yang riak di FB? Update gambar sedang bantu orang susah?"

Jawapan:

Bukan semua orang yang menunjuk nunjuk dalam ibadat itu riyak, sungguh Bab riyak tu. Itu kita dengan Allah. Tapi dalam islam ada bab Shiar. Iaitu kena buat terang terang, kena hebahkan..

Contoh 5 rukun islam. Semua tu kena syiar, kena heboh, kena war warkan. Masuk islam kena bagitahu, zaman nabi sahabat masuk islam terus pergi mengucap dua kalimah syahadah jerit kuat kuat depan kaabah, dan rela kena belasah, sebab amalan ni kena tunjuk. Itu sunnahnya!

Bab Solat berjemaah kena azan kuat dan kena pakai pakaian solat dari rumah lagi, dan sunnah pergi masjid balik ikut jalan berbeza biar semua orang nampak.

Puasa kena bagitahu pada semua orang lagi lagi depan orang mengumpat.

Zakat bayar depan kaunter di masjid, siap isi borang.

Haji kena bagitahu, jika mampu buat kenduri syukur.

Dan amalan syiar ni tak tertakluk pada rukun islam yang lima, yang sunat pun ada waktu kena syiar, kena tunjuk dan kena hebahkan sebab semua ada hikmah.

Kahwin kena bagitahu. Majlis kecil tak apa tapi kena war warkan. Kahwin dua tiga pun kena bagitahu, jika sorok dah mati baru tahu banyak masalah lain yang timbul.

Korban Haji pun bagus war warkan. Galakkan orang lain korban sama.

Sedekah ada waktu kena terang terang biar orang kaya malu tengok, biar menteri tak buat kerja malu tak buat kerja. Alamak tersentuh isu politik pulak.

Apa apappun.

Tujuannya buat ibadat terang-terang adalah nak wujudkan suasana agama, yang mana bila ada suasana agama maka tempat tu akan di tangguh bala dan akan disebarkan Rahmat.

Orang kafir pun akan lebih tertarik dengan amalan yang mendatangkan kebaikkan kepada semua pihak.

Balik ke media sosial. Maka boleh jer kita nak kongsi dah masuk islam bagi mualaf. Pergi solat masjid mana, sahur makan apa, korban berapa ekor sebab ada waktu nabi galakkan derma secara terang terang. Termasuk dalam syiar Islam semua tu.

Namun ada benda tak elok untuk kongsi iaitu ibadat infradi seperti tahajjud, zikir, tutup aib orang, khidmat, dan lain lain yang boleh mengundang riak.

Jadi sila guna common sense. Bukan semua benda boleh dikongsi dan ada juga yang boleh dikongsi.

Contoh, macam mak cik kiah benarkan suami dikongsi, dengan share dimedia sosial dengan hashtag:

"Bukannya orang lain, madu kau jugak!"

Woha!

1 comment: