Mar 27, 2020

Tip aktiviti bersama anak sewaktu Covid?


(Hidup sementara sahaja, datang virus pun mati, tak datang viruspun mati. Sunguh hidup terlalu singkat untuk bergaduh bab agama.)

Untuk itu, sempena perintah berkurung 28 hari, elok waktu yang ada sewaktu berkumpul bersama anak bini, kita habiskan dengan buat aktiviti keagamaan.

Nak buat apa? Buatlah (1) Muzakarah adab, (2)Taklim, (3)Bayan, dan (4)Soal jawab.
Bila nak buat?

Solatkan ada lima waktu, maka boleh buat satu majlis tiap kali lepas solat, contoh lepas subuh buat (3) Bayan, lepas zohor buat (1) muzakarah adab, lepas asar buat (4) Soal jawab, lepas magrib mengaji beramai ramai, lepas isyak buat(2) Taklim

Macam mana nak buat?

Ok, untuk (1) muzakarah adab, himpungkan semua ahli rumah, duduk dalam bulatan, dan minta cadangan dari ahli nak bincang isu apa?

Isu makan ke, isu solat ke, isu ziarah ke, tak kisah.

Bila dah dapat tajuk, si ayah boleh cerita tentang Maksud sesuatu ibadat, kelebihan sesuatu ibadat, dan bagaimana cara nak dapat hakikat ibadat itu. (korang kenalah study sikit sebab dah namapun ketua keluarga kan?)

Contoh katakan korang bincang adab solat, maka pengerusi majlis ceritalah tentang maksud solat, iaitu nak bawa ketaatan dalam solat keluar solat hingga solat dapat mencegah mungkar.
Kelebihan solat pula adalah dosa dosa diampuni bagai daun gugur dimusim gugur, (ada beratus ratus kelebihan solat)

Cara nak dapat pula adalah melalui solat awal waktu secara berjemaah.

Kemudian boleh minta semua ahli rumah tambah ikut ilmu masing masing, sebab banyak lagi kelebihan solat atau apa apa bab solat yang orang lain tak tahu maka dapatlah kita berkongsi ilmu.
Bagi ahli rumah yang tak tahu, suruh mereka ulang balik cakap orang lain agar tiada peserta majlis hanya diam termenung, biarkan semua bercakap.

InsyaAllah diam diam anak kita bila ada peluang bercakap bab agama, banyak input mereka bagi dan waktu ini jika fahaman mereka agak wahabi atau syiah atau ada unsur athies, bolehlah kita betulkan balik alignment calibration mereka agar kembali ke jalan Sunnah wal jamaah.

Ok, selain muzakarah adab, buat juga (2) majlis taklim, ini sangat senang, sorang baca hadis, dan yang lain pakat pakat dengar.

Melalui majlis taklim, anak anak akan ada modal untuk bercakap bab agama, waktu makan nanti boleh tanya anak taklim tadi baca hadis apa? Lalu terbukalah jalan untuk sembang perkara yang meningkatkan Iman.

Baik, dah habis dua majlis, nak buat apa pulak?

Buat (3) majlis bayan! Minta anak ceramah tentang agama dalam 10 minit, InsyaAllah melalui amalan muzakarah adab dan taklim tadi, anak akan ada banyak modal nak  berceramah.

Waktu ni jika korang suka kutuk ustaz ceramah tak best, baru korang tahu anak korang boleh pergi jauh mana dalam bab ceramah dan sama sama lah korang improve diri.

Dah habis bayan, nak buat apa pula? Hah! Ini anak paling suka, (4) majlis soal jawab.

Minta anak anak bertanya soalan, dan ayah jawab, waktu ni kita dapat tahu ilmu kita takat mana dan kita akan ada modal nak cari jawapan yang kita tak tahu, bagi anak yang tak bertanya, kita yang tanya dia, biar dia serik sebab  tak bertanya, haha.

Okey cukuplah dulu empat majlis tu korang buat bersama anak bini, ada lagi majlis lain seperti mesyuarat cara islam, khidmat cara islam, riadah cara islam tapi panjang nak cerita nanti, pelan pelan kayuh. (boleh rujuk FB dan Youtube saya dari masa ke semasa)

Bagi yang masih tak dapat gambaran, saya ada buat video Muzakarah adab di Youtube Hamka Keretamayat Channel, dalam video tu saya tunjuk cara buat muzakarah adab makan cara islam, jadi korang boleh buat Smart View kat TV dan biarkan anak bini tonton agar mereka faham bagaimana nak buat muzakarah tu nanti.

Video tu akan saya share di ruang komen. https://youtu.be/EIYVJMj1fOY

Selamat menonton, sila like dan subscribe dan jika keluar iklan kat video tu, janganlah skip ads!
Woha!

Ps: gambar anak anak lepak di belakang rumah seramai 5 orang yang sedang lapar dan makan dengan rakus kerana penat dengan majlis agama dari si ayah katanya, adohai

No comments:

Post a Comment