Zaman sekarang, bila ada orang berkenan kat anak kita dan
datang nak merisik, biasa kita tanya, kerja apa? Duduk di mana? Anak siapa?
Tanya sebab nak tahulah jugak latar belakang sebab mereka
nanti nak hidup dan nak jaga anak cucu kita, jadi saya rasa akan datang,
mungkin kita boleh tanya bakal menantu soalan ini:-
-Bumi ni rata ke Sfera? (boleh tengok cara dia berfikir normal
ke tak)
-Betul ke orang ke Bulan? (boleh tahu cara dia menilai
sains)
-Anak nanti nak cucuk vaksin ke tak? (boleh tahu sama ada
dia kaki teori konspirasi)
-Pernah join Multi Level Marketing? ( Boleh tahu level otak
dia)
-Apa pendapat anda tentang Abu Bakar dan Umar? (boleh tahu
Syiah ke tak)
-Sambut Maulud Nabi boleh tak? (boleh tahu dia wahabi ke
tak)
-Nak beranak kat rumah ke kat Hospital? (boleh tahu jika dia
menyokong ajaran sesat Daola)
-Apa pendapat anda tentang Tun, Anwar, Hadi dan Najib?
(boleh tahu dia macai politik mana)
-Pernah jumpa hantu?(boleh tahu tahap mistik yang dia
percaya)
-Anak nak hantar sekolah tak? (boleh tahu ilmu terkumpul dia
takat mana)
-Apa pendapat tentang solat berjemaah? (boleh tahu dia ni
geng sembang maklipat ke tak)
-Jika anak kena denda di sekolah, apa tindakan anda? (nak
tahu agar cucu tak dapat mak bapak bangang yang serang cikgu di sekolah)
Okey, begitu lebih kurang soalan-soalan asas untuk menilai
tahap pemikiran bakal menantu korang, tapi jika dia jawab satu jawapan khas.
Tak payah tanya banyak lagi sebab korang memang bertuah
dapat menantu yang hebat macam tu.
Apa jawapan dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“Pakcik, makcik.., saya sebenarnya ada baca buku Hamka
Kereta Mayat.
Woha!
Kagum dari jauh!
Ps: Buku tinggal lima tajuk sahaja (1) Kerana dia Anak
Syurga(2) Hantu terakhir (3) Kisah laki Bini (4) Semusim di Syurga (5) Kisah
Anak Bini.
Buku (6) Semusim di Neraka, (7) menangakap Dajjal, (8)Ngeteh
di Kubur Ayah, (9) Permata yang hilang, (10) Kamar Sutera, (11) Almond Gay,
(12) Satu (13) Makan Dalam,
itu semua dah habis dan telah bertukar menjadi kenangan
terindah. woha!
(Tanjakv pun masih ada, he he)
No comments:
Post a Comment