“Ayah, Kenapa ayah kena pergi solat di masjid, solat kat
rumah macam bonda tak boleh ke?”
“Ayah orang lelaki, jadi.., ayah kena solat kat masjid,
bonda pulak orang perempuan, jadi kena solat kat rumah..”
“Ohh, pagi jer ayah tak payah ke masjid kan?”
“apa pulak?, semua kena pergi masjid, subuh, zohor, asar,
maghrib, isyak semua kena pergi masjid”
“Tadi, saya nampak ayah solat kat rumah pagi tadi”
Woha! Isteri saya gelakkan saya dari dalam bilik.. Saya
jugak ketawa pada diri sendiri.., eh, kejap!, kenapa mesti ketawa?
Kenapa mesti ketawa bila diri sendiri bila dah kena Kantoi
solat subuh gajah..,?
*****
Imbas kembali:
Pagi tadi, bukan pagi yang biasa, (cover line-sebanarnya
malam tadi, bukan malam yang biasa, malam tadi bulan mengambang),
Pagi tadi hujan turun dengan lebatnya dan malam tadi saya
dan isteri telah lena diulit syaitan lalu terlelap tidur dan terjaga jam 6.30
pagi lantas tergesa gesa bangkit dari pembaringan dan terus mandi wajib.
Anak saya yang biasa bangun pagi untuk ke sekolah telah
bangun awal seperti biasa dan terlihalah di matanya seorang ayah dan seorang
bonda sedang solat 'subuh gajah' pada waktu dah nak hampir jam 7 pagi, lantas
anak saya yang berhati kamil menyangka bahawa ayahnya tidak wajib ke masjid
sedang saya sebenarnya masih terbabas dengan penyakit wahan sehingga penah gak
beberapa kali terkantoi solat subuh, aduh!
Maka moralnya di sini adalah, terbukti sudah bahawa saya
bukanlah lelaki terakhir yang sempurna iman diakhir zaman kerana kejahilan dan
kelemahan masih menyelubungi diri yang hina ini, sepatutnya saya, walau macam
mana lambatpun bangun pagi, tetap kena pergi ke masjid, kerana sunnah Nabi, ada
tiga perkara dalam bab solat..
Pertama, tempat azan di azankan (bagi lelaki terutamanya)
kedua, awal waktu..,
ketiga, solat berjemaah,
Moral 1: Sekiranya korang gagal untuk solat berjemaah kerana
darurat, maka pergilah jugak ke masjid dan solatlah sorang-sorang jika tiada
makmum.., (solat subuh memang jarang dapat solat berjemaah jika dah terlewat,
masjid sangat lengang waktu ni, di zaman Nabi mereka yang lambat bangun masih
ke masjid dan insyAllah akan ada musafir lain dapat berjemaah bersama mereka,
walaupun dah lewat.) kadang kadang tu, masjid lepas subuh terus kunci! oh!
Moral 2: Sekiranya korang sibuk luar biasa, seperti doctor
yang nak bedah mayat, atau polis yang nak memayatkan perompak, atau askar yang
makan biskut mayat, atau keretamayat yang sibuk nak lupuskan mayat, dan
lain-lain, buatlah muafakat nasional dengan kawan kawan yang sama-sama sibuk
agar selepas zon sibuk habis nanti, iaitu selepas habis perang, meeting, kerja
bahaya, debat parlimen dan lain lain, sama samalah berkumpul dan solatlah
secara berjemaah, lewat sikit takpe asal masih dalam waktu, banyak hadith
tentang betapa Allah puji mereka yang sedang bekerja tapi masih dapat solat
secara berjemaah..
Moral 3: Jika tempat kerja jauh dari masjid, dibenarkan
dalam islam untuk azan kat tempat kerja, tak kira dalam hutan ke, atas gunung
ke, dalam kebun ke, takpe, banyak jugak hadith akan Allah cukup suka puji
mereka yang azan walaupun dalam hutan atau atas gunung, kerana itu adalah bukti
bahawa korang adalah antara lelaki-lelaki yang akhir beriman di akhir zaman..
Nabi SAW bagitahu alangkan beruntungnya mereka yang tidak
lihat saya tetapi mengamalkan apa yang saya seru, dan Nabi ulang sampai 8 kali,
beruntung, beruntung beruntung beruntung beruntung beruntung beruntung sungguh
beruntung…!
Dan akhir sekali, sambil pesan kat diri sendiri, cuba
jugaklah solat di masjid walau macam mana lewatpun, nak buat macam mana?, dah
korang perasan sibuk sangat, insyAllah di akhir zaman ni ramai jugak yang
terlewat kerana ada masalah masing-masing, namun bila dah terlewat lalu solat
sorang sorang dirumah, itu yang masalah! Sedang masalah dapat di selesaikan
bila korang yang ada masalah ni pergi jugak ke masjid dan solat berjemaah di
sana, buat jemaah baru, selesailah masalah, insyAllah…
Penutup:
Di akhir zaman ini, bila ayah tak solat, anak-anak akan
sangka solat itu boleh main-main.., atau bila ayah solat di rumah, anak-anak
akan sangka orang lelaki boleh solat di rumah.., atau bila ustaz solat di
rumah, orang kampong akan sangka takpe kita sama sama solat di rumah sampai
masjid/surau tak de orang azan jadi perkara biasa di akhir zaman ini.. oh!
kerana itulah Nabi SAW sakit sakitpun pergi ke masjid, Khalifah Islam dulu,
sakit dan sibuk macam manapun pergi ke masjid..
Kenapa?
Kerana faham, Allah lah Tuhan kita dan sembahlah Allah
dengan cara yang paling layak Allah di sembah.
Bapa bapa sekalian, sila take note.
Woha!
(dipetik dari buku hamka kereta mayat)
Anak adalah anugerah Tuhan yang mempunyai kelebihan masing2. Syangilah mereka seadanya. Didik mereka ke arah yang benar.
ReplyDeleteskor A
pasti skor
score A
tips spm
Berbincang laa baik2 dgn mereka. Jangan bagi mereka memberontak dan buat hal masing2.
ReplyDeletehometutor
tuisyen di rumah
home tuition malaysia
slip disc
ReplyDeletesakit kepala
tempat menarik di jepun
ReplyDeletetempat menarik di korea
pulau di sabah
ReplyDeletepet hotel
ReplyDeletecat hotel
ReplyDeletebudak-budak kan
ReplyDeletePet Hotel System