Dec 2, 2019

Ayah pergi selamanya?

(10 Tahun Kemudian selepas kematian arwah Ibu)

Hari ini airmata mengalir serentak bersama hujan yang turun dengan lebatnya di luar Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Pagi tadi ayah mengadu sakit perut dan saya bawanya ke hospital dan ayah terus di tahan.

Dari wad kecemasan, ayahanda yang awalnya boleh bercakap tiba tiba menjadi pendiam, dari mata terbuka perlahan dipejamkannya, dan ketika tangannya ku genggam, bisikkan kalimah Allah ke telinganya, sejurus azan asar, ayahanda dengan penuh tenang pergi buat selamanya.

Innalillahiwainnailahirajiun...

Damailah ayahanda Hamka bin Embong bin Mamat (Ibu arwah bernama Selamah) yang telah menghembuskan nafas terakhir pada waktu azan asar 1hb dec 2019.

Alfatihah.

10 tahun yang lalu, arwah ibu telah pergi. Hari ini rindu ayah kepada kekasihnya didekatkan kerana ayahanda dan bonda berkongsi tanah perkuburan yang sama.

Ayah! Bonda, maafkan segala silap dan salah. Terima kasih kerana ajar Hamka kenal Tuhan.

Selepas ini balik kampung tak akan pernah sama lagi. Sudah tiada wajah ayah yang menunggu Hamka balik kampung.

Eh kejap, kampung sebenar kita adalah Syurga. Jadi tunggulah Hamka dekat telaga tujuh di tingkat lapan syurga firdaus. Amin.

Jumpa disana.

Woha!

5 comments:

  1. Innalillah.. Semoga arwah ayah tuan dikurniakan syurga tanpa hisab.insyaAllah

    ReplyDelete
  2. "Dan brgsiapa yg diberikan kitabnya dgn tgn knnnya, mk dia akan dihisab dgn hisab yg ringan, dan kembali kpd keluarganya dgn gembira." 84:8-9.

    ReplyDelete
  3. Semoga rohnya dicucuri rahmat
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihirojiun. Alfatihah.

    ReplyDelete
  5. Amin.., terima kasih atas semua doa

    ReplyDelete