Oct 4, 2019

Siapa bawa anak menangis ke Masjid?


(Anak menangis di belakang saf, ayah menangis di dalam saf)

Pernah tak waktu solat berjemaah, tiba tiba korang terdengar budak kecik menangis sambil meraung menjerit panggil ayah tapi si ayah khuyuk bersolat.

Mula mula okey, ayah dia solat dan anak kecil di letak tepi tapi anak kecik biasalah merayau dan tiba tiba terkepit pintulah, jatuh tersadung kaki sendirilah, dan macam macam lalu meraung satu masjid jerit nama ayahnya.

Namun ayahnya khusyuk solat walau satu masjid telah bergegar dengan raungan tangisan.

Waktu tu apa korang rasa? Tak khuyuk solat sambil sangka buruk pada ayah budak tu?

Kenapa si ayah tak mufarakah solat dan senyapkan anak yang sedang menangis sambil meraung?

Bagi saya pula, jika waktu solat tiba tiba terdengar budak menangis dengan suara yang kuat meraung, sayapun tiba tiba rasa nak menangis jugak. Agaknya begitu kot ahli neraka meraung menjerit dalam azab api neraka.

Ada riwayat menceritakan akhirat nanti Allah tak pedulikan lagi raungan ahli neraka yang menjerit nama Allah walau mereka menangis air mata darah!

Suara tangisan tu agaknya sama macam suara kanak kanak meraung dalam masjid, penuh hiba dan menderita.

Oh Allah. Selamatkan kami semua dari azab api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia.

Sob... sob...

Ps: Buku KERANA DIA ANAK SYURGA dan terbit, jom beli!






2 comments: