Oct 18, 2019

Orang jahat adalah orang baik yang tersakiti?



Orang jahat adalah orang baik yang tersakiti?

Dari mana falsafah ni datang?

Melintas banyak kali di media social, siapa yang reka ayat ni?

Dari filem Joker ke?

Filem tu kan cerita kisah orang gila yang tersakiti, lepas tu jadi jahat, bermakna orang jahat adalah orang gila yang disakiti.
Bukan orang baik yang tersakiti.

Sebab orang baik ni, tersakiti macam manapun tetap baik.
Bak kata Nabi Muhamamd SAW bila orang buat jahat dekat dia dan tetap di balas baik, kenapa?

“Tak kan lah bila orang buat jahat dekat kita, maka kita nak buang sifat baik kita?”

Sebab tu nabi kena pukul, kena ludah, kena baling batu di Taif, tersakiti, lepas tu malaikat datang nak terbalikkan bumi Taif, tapi nabi doa semoga anak cucu orang Taif dapat hidayah.

Nampak tak?

Orang kafir tuduh Nabi gila,tapi Nabi tak gila, orang kafir dalam filem joker dah buktikan, orang gila bila tersakiti, akan jadi jahat macam joker, tapi Nabi bila tersakiti tetap jadi baik sebab Nabi bukan Majnun.

“tapi bang Hamka, itu Nabi..”

Baik, kita rujuk sahabat, Nabi, bilal diseksa lebih teruk dari Joker, ada Bilal jadi jahat? Bilal jadi AJK masjid tau tak?

Khabab bin Alarat diseksa ada jadi jahat? Apa? Tak kena Khabab tu siapa? Amboi, Joaquin Phoenix , Jack Nicholson, Heath Ledger, Jared Leto korang kenal pulak, patutlah sokong sangat statement orang jahat adalah orang baik yang tersakiti sebab korang pun dah sama gila!

Dulu Anwar Ibrahim tersakiti di zaman PM ke 4, ada Anwar jadi jahat? sakarang elok jer jadi baik dengan PM ke 7.

Dulu, Azmin Ali, Mat sabu, Guang eng, pernah tersakiti oleh PM ke 4, sekarang elok jer berkawan dengan PM ke 7.

(bagi yang tak tahu: PM4 dan PM ke 7 adalah orang yang sama)

Sekarang Bekas PM datok Najib tersakiti dengan pelbagai tuduhan merompak, siap sakit punggung di mahkamah, tapi elok jer jadi orang baik naik motor sambil berkata “malu apa bossku?”

Jadi hentikanlah guna ayat: Orang jahat adalah orang baik yang tersakiti. Orang gila jer boleh guna terma tu.

Orang jahat ni adalah, orang yang diberi peluang oleh Allah untuk pilih nak jadi jahat ke baik? Tapi dia pilih jadi jahat.

Buktinya dalam Al Quran surah Al Balad, Allah cerita setiap manusia di beri dua jalan iaitu kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi tapi ada yang memilih jalan kejahatan.

Sendiri mau pilih lepas tu salahkan orang konon tersakiti.
Tau tak?

Kata doctor, ramai orang jahat bila tersakiti di hospital, menjadi baik.

Kata warden penjara, ramai banduan bila tersakiti di penjara, menjadi baik.

Kata ustaz garang, ramai pelajar yang tersakiti di rotan menjadi baik.

Maka yang betulnya, orang ‘baik’ itu adalah orang jahat yang tersakiti.

Woha!

Sejahat jahat manusia, Firaun yang mengaku Tuhan, lepas tersakiti oleh azab Allah, menangis bertaubat dalam neraka!

Jelas tak?

Tapi jika korang nak jugak guna terma tersakiti dan menjadi jahat, padahal itu terpakai untuk orang gila, maka boleh guna:

Orang jahat itu adalah orang yang sakit hati.

Faham tak?

Orang jahat adalah orang yang sakit hati, dan bila dah tahu hati sakit, maka pergilah cari penawar bagi hati iaitu bertaubat, mengaku bersalah, beristigfar dan lain lain so call akhirat.

Al faham ke idop?

Habis tu jika nak guna ayat tersakiti ni kat mana yang sesuai?

Baik, Ada beberapa contoh yang sesuai untuk prosa tersakiti ini, sebab bila tersakiti bukan bertukar menjadi jahat sahaja, tapi bertukar kepada macam macam. ada baik, ada jahat, macam-macamlah!

Sebelum tu kredit kepada Afyan Mat Rawi, IFP sebab kata kata di bawah saya ambil dari perkongsian beliau.

Contoh yang betul dalam bab tersakiti..

  • Orang gemuk adalah orang kurus yang tersakiti.
  • Pengguna Apple ialah pengguna Android yang tersakiti.
  • Orang Besut adalah orang Kelantan yang tersakiti.
  • Doktor swasta ialah doktor kerajaan yang tersakiti.
  • Malaysia Baru adalah Malaysia Lama yang tersakiti.
  • Bantuan Sara Hidup Rakyat adalah BR1M yang tersakiti.
  • Ahli Bersatu adalah ahli Umno yang tersakiti.
  • Ahli Amanah adalah ahli PAS yang tersakiti.


(okey, boleh sambung sendiri)

Woha!

3 comments:

  1. Situs Agen Judi SBOBET, Agen SBOBET Terbesar, Agen SBOBET Dengan BOnus New Member, Agen SBOBET Bola Online, Judi Bola Deposit Termurah, Bandar SBOBET CS 24 Jam, Judi Online SBOBET, Daftar SBOBET Dengan Mudah, Cara Daftar Judi SBOBET, Bonus Besar Judi SBOBET, Judi SBOBET Deposit Pulsa, Judi SBOBET Terbaik, SBOBET Sepak Bola, Main Judi Bola Online SBOBET Sekarang, Judi Tembak Ikan Joker123, Tembak Ikan Joker123 Deposit Termurah, Judi Sabung Ayam Bonus 8x Win, Sabung Ayam Live Streaming, Judi Adu Ayam Online, Judi Sabung Ayam Online, Tembak Ikan Online Termurah, Game Ikan Deposit Termurah, Game Ikan Deposit Pulsa, Game Ikan Bonus Deposit, Game Ikan Dengan Jackpot Besar

    Judi Tembak Ikan Online

    bonus besar Sepak Bola

    Bandar judi Sepak Bola

    Judi Tembak Ikan Online

    bonus besar Sepak Bola

    Bandar judi Sepak Bola



    ReplyDelete