Jul 5, 2019

Pembaca baru, siapa Hamka Keretamayat?


Wahhh. Tahniah kepada semua Top Fan keretamayat di facebook.

Abang mayat kagum dari jauh!

Yang belum sila cuba lagi.

Sementara itu abang tengok ada follower baru masuk.

Jadi abang nak perkenalkan diri.

Nama sebenar abang adalah HAMKA, dan nama pena abang abalah KERETA MAYAT

Abang memang rajinkan diri update facebook setiap hari, blog setiap minggu, Insta bila ada ambik gambar, dan sekali sekala update twitter serta telegram, terkini abang belajar buat video di Youtube pulak.

Jadi elok korang SEE FIRST untuk follow cerita yang berunsur “kagum dari jauh”
Antara topik yang abang tulis adalah, agama, isu semasa, kisah laki bini, dan sekali sekala, berkongsi resepi masakan puan bini.

Jumlah follower:

Facebook page: Hamka (Kereta Mayat): 154 ribu.

Blog: keretamayat.blogspot.my : 8,253

Instagram : hamka_keretamayat : 7619

Youtube: Hamka Keretamayat: 2017

Telegram: Hamka Keretamayat: 560

Lagi satu nak bagitahu, Abang juga seorang penulis, dah dua belas buku abang tulis, semua pernah diulang cetak dan boleh dapat beli di kedai, juga boleh beli on line.

Tapi ada juga buku yang dah habis. Tak tahu nak cetak semula tu bila, doakan abang kaya. Abang cetak balik.

Tajuk buku yang dah habis.
(1) Permata Yang Hilang kini dijumpai
(2) Kamar Sutera
(3)Semusim di Neraka
(4)Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha
(5) Aku, Almond London dan Gay-

Ok. Tapi ada berita baik, masih ada buku yang masih diulang cetak. Boleh beli di kedai atau online. Jangan menyesal bila habis nanti.

Tajuknya adalah:
(1) Kisah Laki Bini (kisah suami isteri menempuh suka duka kehidupan membantu rumah tangga orang lain dan diri sendiri) ,
(2) Kisah Anak Bini (Kisah anak yang banyak bertanya soalan pelik, dan bagaimana Laki Bini menanganinya),
(3)Satu, Gabungan 4 penulis, Saya menulis cerita Satu Bini.
(4) Buku Terakhir Tentang Hantu, (kisah bini dirasuk dan terbongkarlah segala rahsia dunia hantu)
(5)Semusim di Syurga (Tazkirah santai berdasarkan peristiwa kelendar Islam, seperti NIsfu Syaban, Israk Mikraj, dan lain lain peristiwa dalam Tahun Islam),
(6) Ebook Kisah Laki Bini di bulan Puasa. (suka duka laki bini di bulan puasa sampai raya)
(7) Mengeteh di kubur Ayah. (Surat dari arwah ayah kepada anak)
(8) Kerana Dia Anak Syurka (buku baru-akan datang!)

Now you know.

Ok, selamat berkenalan, dan selamat follow page abang, Blog abang, IG, telegram, Youtube semua.
Ok, tolong Subscribe dan like sikit video abang ni boleh?



Terima kasih

Ps: Abang dah lama kelakar, baru hari ni korang jadi follower abang, bukankah esok lusa kita semua jadi mayat? Woha!



6 comments:

MunirahMH said...

nice2..ok boleh cri bukunya nanti

Warisan Petani said...

Tahniah
Orang hebat

Anonymous said...

wah.. saya 3 kali pergi.. hanya tengok je org panjat gunung kinabalu.. saya hanya panjat guna pandangan mata... insyaallah ada kelapangan nak pergi.. berkobar lak nak panjat bila tgk video dari en hamka ni

lilaspring said...

The available variety of Christian Dior Bags imitations include not just handbags but also wallets and clutches made of pure leather. For the Hermes handbags ,one can choose between the following signature product categories: Gucci Handbags,The best par about buying good quality and authentic Breitling Watches of designer handbags is that you can get almost the real deal at a less price than the actual brands in the market.

Anonymous said...

Hamka... satu masa lalu orang tertanya2 siapa hamka disebalik kereta mayat yg sebenarnya, tak sangka bila aku belek balik blog kau rupanya kau dah reveal dah sapa diri kau yg sebenarmya hahah

Alexa said...
This comment has been removed by a blog administrator.