Indahnya Islam
(masukkan
muzik arab yang ceria di sini)
Bila habis
Raya, orang perempuan yang beriman, tak sabar nak ganti puasa, sebab takut ajal
tiba bila-bila masa, lalu mati dalam keadaan berhutang dalam ibadat puasa, maka
sahur dan berbuka wujud kembali di bulan syawal.
Yang
indahnya,
(muzik arab
ceria bertambah kuat)
Suami pun
sama sama puasa, teman isteri ganti puasa. Bangun sahur sama sama, berbuka sama-sama,
Wow,
romantiknya, lalu tanya pada suami, apa sebab sanggup teman isteri ganti puasa?,
lalu jawab suami..
Nabi
Muhammad SAW yang ajar, sesiapa yang berpuasa enam hari di bulan syawal, maka
pahalanya seolah-olah berpuasa sepanjang tahun, jadi isteri saya ganti puasa,
saya puasa enam, sama sama saling teman meneman.
Tapi bang! Suami
puasa enam hari sahaja, tapi kami orang perempuan ada haid sampai 14 hari, mana
romantiknya?
(muzik arab
berhenti, di ganti dengan muzik seram)
Lagipun habis
puasa ganti yang 14 hari tu, baru nak start puasa enam, suami mana yang nak
teman?
Oh ye ke? Benda
boleh bincang buat apa nak gaduh?
(masukkan semula
muzik arab yang ceria di sini)
Ada berita
baik, terdapat pendapat ulamak, puasa wajib + sunat = boleh. Contoh puasa ganti
+ puasa sunat 6 Syawal atau puasa ganti + sunat isnin, atau ketiga-tiga skali,
puasa ganti + puasa 6 + puasa isnin=Boleh!
Yang tak boleh
puasa wajib + puasa wajib. contoh, puasa ganti + puasa nazar. Jadi takde
masalah nak puasa ganti dan puasa enam serentak!
(muzik arab
ceria bertambah kuat)
Isu Haid
sampai 14 hari, mungkin suami mampu teman korang enam hari sahaja, tapi jangan
lupa, Dalam Islam suami ada empat isteri, maka korang boleh berpuasa sambil ditemani
oleh madu korang, alahai bukanya orang lain, maduuuu kau jugak!
Bersahur
bersama, berbuka bersama, Ku bersumpah kita masuk syurga pun bersama.
(Dah macam
lirik lagu Teman pengganti)
Jadi
teruskan Muzik arab, dan selemat berpuasa enam!
Woha!
Sebab ini lah orang Islam mundur, perkara bergini pun berates tahun masih dibincangkan, pada hal tuhan tak sebut pun dalam quran
ReplyDelete