(Benarkah Sahabat Nabi ada juga dari kalangan Autisme?-Sila baca sampai habis sebelum membantah)
Satu hari entah bagaimana di wall FB melintas status dari
seorang penulis autisme yang bernama Uğur Dinç, student M.A. History, Sabanci
University, katanya dia sebagai seorang autism yakin bahawa dari kajiannya, Abu
Zar R.A adalah seorang Mild Autisme.
“I have spotted among the close friends of the Prophet
Muhammad, whose life story I have read a few times as an academically talented
Muslim boy. That the Prophet’s friend Abu Dharr, the lone relentless fighter
for social equality, had mild autism is as obvious to me as sunlight on a
cloudless summer day in a temperate climate -- makes me proud as a mildly
autistic Muslim and gives me hope about the future”
Baik, sebagai seorang bapa yang ada anak OKU autisme, terus
saya baca balik kisah Abu Zar dan perasan ada beberapa kelakuan beliau yang
boleh dikaitkan dengan autism.
(note: autism bukanlah kehinaan, ianya hanyalah kelainan
upaya yang di anugerah Allah kepada insan terpilih)
Bagi yang belum tahu, Autisme adalah kelainan cara berfikir
sehingga mereka terasing dari masyarakat, selalu kelihatan stress, anti social,
dan berkelakuan pelik.
Autisme boleh dikesan dari kanak kanak yang tidak menoleh
apabila dipanggil namanya, mudah mengamuk, selalu bersikap kurang ajar dan
tidak bermain dengan rakan sebaya. Autisme tidak berjangkit, tidak boleh
disembuhkan tapi boleh di kawal melalui pengalaman yang berkesan.
Autisme juga adalah pengetahuan baru ummat manusia kerana
lelaki pertama yang dikesan autisme adalah Donald Gray Triplett yang lahir pada
tahun 1933 dan sekarang berumur 86 tahun (masih hidup), Doktor yang kaji
kepelikan beliau adalah Dr Leo Kanner, dan waktu itu belum dilebel autism
tetapi "Case 1".
Sebelum tahun 1933, kanak kanak yang ada masalah autism
dituduh telah dirasuk oleh roh jahat, (rujuk Victor of Aveyron, 1798) hinggalah
kajian menyeluruh dikeluarkan pada tahun 1943 terhadap nasib kanak-kanak yang
mempunyai masalah sama seperti Donald Triplett maka sedarlah kita bahawa telah
wujud ‘Case 1’ ini sekian lama dan mula dilebel sebagai Autisme. (diambil dari Bahasa
Latin dan Greek yang bermaksud “Menyendiri”
Maka apabila ciri ciri Autisme telah dikenal pasti, maka
mari kita kaji kisah Sahabat Nabi yang bernama Abu Zar dan kepelikkan beliau.
Adakah sifat suka menyendiri beliau selari dengan Autisme?
Al kisahnya, Abu Zar bukan berasal dari Mekah, beliau datang
dari jauh (Ghifar) untuk mencari orang mengaku Nabi, dan cara beliau mencari
Nabi adalah dengan tidak bertanya, cukup hanya dengan meninjau keadaan
sekeliling, dengar-dengar cakap orang lalu cuba mencari sendiri.
Baik, salah satu cari Autisme, iaitu bila ada apa-apa
masalah, sukar nak bertanya dan suka selesaikan cara sendiri.
Kemudian beliau didatangi Saidina Ali yang nampak Abu Zar ni
macam pelik lalu ajak bermalam di rumahnya, Abu Zar setuju menumpang di rumah
Ali R.A dan membisu di sana, Pagi keluar cari Nabi melalui pusing pusing
sekitar Mekah, pulang terus tidur rumah Saidina Ali, sampai hari ke tiga, bila
Ali R.A bertanya, barulah beliau bercerita nak cari Nabi.
(tak pelik ke?, ada tetamu menumpang tidur di rumah kita dan
tidak bercerita apa tujuan datang hinggalah ditanya pada hari ketiga)
Maka pendek cerita, Saidina Ali bawa beliau jumpa Nabi dan
terus beliau masuk Islam, dan Nabi mungkin dah perasan sifat pelik pada Abu zar
dan larang Abu Zar istiharkan Islamnya secara terang terang, kerana zaman itu
orang masuk islam akan diseksa, tapi Abu Zar selamba pergi depan Kaabah dan
menjerit bagitahu dia sudah masuk islam.
Terus beliau kena pukul sampai pengsan hinggalah di
selamatkan oleh Ibnu Abbas R.A, tapi adakah beliau serik?
Esok beliau pergi lagi depan kaabah dan jerit lagi bahawa
dia dah masuk Islam, kena pukul lagi, dan hari ketiga beliau buat lagi dan
hampir mati dibunuh hinggalah Ibnu Abbas bagitahu kepada orang yang nak bunuh
Abu Zar bahawa kaum Abu Zar duduk di jalan kita berniaga, tak selamat nanti
kita nak melintas di sana.
Dari kisah ini, Maka terjawablah soalan dari sorang pembaca
sebelum ini bertanya: “kenapa Abu Zar engkar arahan Nabi lalu pergi menjerit
depan Kaabah, dan sanggup dipukul berkali kali hampir mati?”
Ada yang jawab Itulah Iman Mualaf, sanggup mati demi
kebenaran, tapi yang pelik, engkar arahan Nabi pun tak betul juga, maka bila di
kaji sifat Autisme, maka memang mereka ada sifat agak sukar memahami arahan
atau mematuhi arahan, pengalaman anak saya sendiri, ada benda yang merbahaya
dan kita sudah larang, tapi tetap di buatnya, maka untuk itu saya boleh faham
kenapa Abu Zar sanggup berkelakuan aneh yang membahayakan nyawanya sebab cara
mereka berfikir tak sama.
Kerana kepelikkan ini, pernah Nabi bertanya kepada Abu Zar,
apa nak buat jika kamu nampak orang kaya mengambil harta orang miskin?, jawab
Abu Zar R.A akan di pancung dengan pedang serta merta, maka Nabi menasihatinya
agar jangan guna pedang, bersabarlah (serahkan kepada pemerintah untuk
menjatuhkan hokum)
Lalu Abu Zar meminta jawatan menjadi Pemerintah. Jawab Nabi:
”Ya Abu Zar, aku lihat engkau seorang yang lemah dan aku
suka engkau mendapatkan sesuatu yang aku sendiri menyukainya. Janganlah engkau
memimpin dua orang dan janganlah engkau mengurus harta anak yatim.” (Riwayat
Muslim)
Dari hadis ini, walaupun Abu Zar seorang yang warak dan
zuhud, tapi Nabi tidak memberikan jawatan dalam kerajaan kepada beliau kerana
ada kelemahan dalam bab menguruskan tanggung jawab.
Namun zuhud beliau sangat dipuji Nabi Muhammad SAW, sabda
Nabi: Siapa nak lihat bagaimana zuhudnya Nabi Isa, lihatlah Abu Zar!
Abu Zar juga terkenal dengan mulutnya yang lancang dalam
berkata kata, (jika autism mereka akan dituduh kurang ajar) tapi itulah yang
selalu terjadi, beliau selalu berdebat dengan sahabat lain terutama isu hidup
secara zuhud, pernah beliau berdebat dengan Bilal, dan bila pendapat bilal
tidak selari dengan dirinya, beliau berkata kepada bilal: “mak kau hitam!”
Bilal r.a sangat sedih dengan hinaan melibatkan warna kulit
dan terus mengadu pada Nabi Muhammad SAW,dan Nabi bersabda, “Wahai, Abu Zar.
Engkau telah menghinakannya dengan merendahkan ibunya. Di dalam dirimu terdapat
sifat jahiliyah.” (HR. Bukhari).
Kalimat tersebut terdengar bagaikan petir di telinga Abu
Zar. Lantas dia menangis, dan menghampiri Rasulullah, lalu berkata, “Wahai,
Rasulullah. Beristigfarlah untukku. Mintakanlah ampunan dari Allah untukku.”
Kemudian dia keluar dari masjid sambil menangis dan terus
meletakkan kepalanya di atas tanah yang dilalui Bilal dan berkata, “Demi Allah,
wahai Bilal. Aku tidak akan mengangkat pipiku, kecuali engkau memijaknya dengan
kakimu. Engkaulah orang yang mulia dan akulah yang hina.”
Lantas Bilal pun menangis dan terus mencium pipi Abu Zar dan
mereka berpelukan sambil menangis.
Namun, walaupun dalam keadaan sedemikian, Rasulullah sangat
sayang pada Abu Zar, dan banyak hadis tentang tauhid diajar Nabi kepada Abu
Zar.
Ada satu lagi sifat pelik Abu Zar, ada satu waktu dalam
perang, Nabi wajibkan mereka yang hanya ada binatang tunggangan sahaja ikut
berperang, Abu Zar nak ikut tapi untanya sakit tidak mampu berjalan, dan beliau
sudah jauh tertinggal di belakang, lalu Abu Zar tetap datang ke medan perang
dengan mendukung Unta di atas belakangnya, melihat kejadian ini Nabi Muhammad
SAW bersabda: “Semoga Allah mengampuni Abu Zar, dia datang bersendirian, akan
hidup bersendirian, dan mati bersendirian.
Maka selepas kewafatan Rasulllah, Sabdaan Nabi adalah benar
yang mana Abu Zar telah diasingkan oleh orang ramai kerana sifatnya yang sangat
tegas berkenaan harta, katanya Nabi hidup miskin sahaja, tapi kenapa zaman sekarang
ramai orang islam hidup mewah?
Maka dari tindakkanya itu membuatkan orang kaya Islam berasa
tidak selesa dan mengadu pada pemerintah, tapi Abu zar selamba berdebat dengan
Muawiyyah, dan berdebat dengan Usman Khalifah islam waktu itu, akhirnya beliau
di arah berpindah ke Damascus.
Namun selepas di ketahui kehidupannya di sana tidak gembira
sebab terpaksa hidup dikalangan orang islam yang mulai hidup bermewah-mewah,
lalu Usman benarkan Abu Zar pindah ke Madinah, pun Abu Zar tak seronok sebab
orang Islam di Madinah juga sedang hidup mewah tak macam zaman Nabi lalu beliau
minta izin untuk tinggal jauh di padang pasir.
Note: Inipun ciri autisme, tidak boleh terima perubahan, dan
lebih suka menyendiri dari hidup bermasyarakat, Khalifah Usman faham tentang
pendirian Abu Zar dan benarkan beliau tinggal di padang pasir bernama Rubza
jauh dari kehidupan bermasyarakat.
Walaupun beliau hidup bersama isteri dan anak perempuan
dipadang pasir jauh dari masyarakat, tapi dari masa ke semasa, ramai Tabien
datang belajar hadis daripada beliau.
Mendengar Abu zar mengasingkan diri, Raya Syrira pernah
kirim 300 dinar emas tapi abu Zar tolak kerana tidak mahu hidup mewah, beliau
nak hidup zuhud macam Nabi, dan bila ada sahabat lain melawat beliau dan
melihat rumahnya sangat uzur lalu bertanya, mana pergi semua perabot dalam
rumah ini?, jawab Abu Zar perabot semua sudah di hantar ke syurga.
Zuhud abu Zar bukan di buat-buat, malahan sewaktu Nabi
Muhammad SAW hidup lagi, Kerana hidup terlalu zuhud, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,
Abu Zar berjalan di atas bumi sezuhud Nabi Isa anak Maryam.
Akhirnya Abu Zar meninggal di padang pasir hanya ditemani
isterinya, menangis isterinya kerana nak tutup dengan kain kafan pun tiada kain
yang sebesar jasar Abu Zar R.A, tapi sebelum meninggal Abu Zar bagitahu kepada
isterinya, jangan bersedih, walaupun saya akan mati bersendirian di sini, tapi
Nabi Muhammad SAW memberitahu, akan ada Satu Kabilah orang beriman akan sempat
melihat jenazahnya.
Maka selepas kematiannya tiba tiba muncul rombongan kaum
Muslimin yang dipimpin oleh Abdullah bin Mas'ud.
Ketika pandangan Ibnu Mas'ud jatuh ke mayat Abu Dzar
Al-Ghifari. Air matanya tumpah membasahi janggut lalu berkata, "Benarlah
ucapan Rasulullah, kamu berjalan sendirian, mati sendirian, dan dibangkitkan
juga sendirian"
Abu Zar telah pergi meninggalkan kita semua, tapi hadisnya
bersama Nabi kekal hingga akhir zaman, pesan Nabi Muhammad SAW kepada Abu Zar:
"Hai Abu Zar, sesungguhnya kau dari keluargaku, dan aku
akan berwasiat kepadamu, maka ingat-ingatlah, kerana wasiat ini menghimpun
segala kebaikan dan pelaksanaannya.
Hai Abu Zar, sembahlah Allah seolah-olah engkau melihat
kepada-Nya. Maka bila nyata engkau tidak melihat Allah, maka yakinlah bahawa
Allah melihat engkau.
Hai Abu Zar, dua macam nikmat, kebanyakan manusia rugi,
kerana tidak mempergunakan dengan sebaik-baiknya, iaitu sihat dan waktu lapang.
Hai Abu Zar, gunakan lima sebelum tibanya yang lima,
gunakanlah masa mudamu sebelum tuamu, dan masa sihatmu sebelum sakitmu, dan
kekayaanmu sebelum miskinmu, dan kesempatanmu sebelum sibukmu, dan hidupmu
sebelum matimu.
Hai Abu Zar, awaslah jangan menangguh-nangguh sangat
perbuatanmu, kerana engkau tergantung pada hari ini, dan bukan pada hari yang
sesudahnya, maka apabila esok hari itu juga hakmu, maka lakukan sebagaimana
hari ini, dan bila esok itu bukan hakmu, maka engkau tidak menyesal kerana
tidak memperlambat apa yang harus kau perbuat hari ini.
Hai Abu Zar, sayanglah pada umurmu, lebih daripada
kesayanganmu terhadap wang emas dan perakmu.
Hai Abu Zar, Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi
Allah pada hari kiamat, ialah seorang alim yang tidak berguna dengan ilmunya
dan siapa yang menuntut ilmu sekadar untuk menarik perhatian orang-orang
kepadanya, maka ia tidak akan mendapat bau syurga.
Hai Abu Zar, jika kau ditanya sesuatu yang tidak kau
ketahui, maka jawablah, saya tidak mengetahui supaya selamat dari
tanggungjawabnya, dan jangan memberi fatwa terhadap apa yang tidak kau ketahui,
supaya selamat dari siksa Allah pada hari kiamat.
Hai Abu Zar, maut akan datang secara tiba-tiba, dan siapa
menanam kebaikan pasti akan menuai kebaikan. Dan siapa yang menanam kejahatan
pasti akan menuai kemenyesalan, dan bagi tiap-tiap penanam hasil apa yang
ditanamnya,
Hai Abu Zar, Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosanya itu
bagaikan bukit besar yan dikhuatiri akan jatuh padanya, sedang orang kafir
memandang dosanya itu bagaikan lalat yang hingap di atas hidungnya.
Hai Abu Zar, Allah telah menjadikan kesenanganku dalam
sembahyang dan aku puas dengan sembahyang itu sebagaimana puas orang lapar
dengan makanan dan orang haus dengan air, sedang orang lapar jika makan kenyang
dan orang haus jika minum puas, dan aku tidak merasa kenyang dari sembahyang (
Yakni tidak jemu-jemu sembahyang).
Hai Abu Zar, sesungguhnya selama kau bersembahyang, maka
bererti kau sedang mengetuk pintu rahmat Tuhan dan siapa yang selalu mengetuk
pintu raja pasti akan dibukakan baginya.
Hai Abu Zar, tiada seorang mukmin yang berdiri sembahyang
melainkan bertaburan di atasnya rahmat antara kepalanya sampai arasy dan
malaikat berkata: Hai anak Adam, andaikan kau mengetahui kedudukanmu ketika
sembahyang dan siapa yang kau ajak bicara, nescaya kau tidak akan berhenti.
Hai Abu Zar, dunia sebagai penjara bagi orang mukmin dan
syurga bagi orang kafir.
Hai Abu Zar,Allah telah berfirman dan bermaksud: "Aku
tidak akan menghimpun dua kali takut dan dua kali aman, pada hambaKu, jika ia
merasa aman daripadaku di dunia maka akan Aku takutkan ia di hari kiamat, dan
bila ia merasa takut kepadaKu di dunia Aku amankan ia di hari kiamat."
Okey, banyak lagi pesanan dari Rasulullah kepada Abu Zar
R.a, cukup ini yang sempat saya sampaikan, balik kepada topik asal, adakah Abu
Zar seorang mild autism?
Dari sejarah yang kita baca, Nampak macam ada ciri seperti
itu bermakna kepada ibu bapa yang ada anak Autisme, jangan putus asa, sebab ada
Autisme yang sudah menjadi Hafiz, ahli perniagaan, doktor, guru dan insyaAllah
jika kena dengan perjalanan hidupnya, mampu menjadi seorang Dae yang berjuang
untuk agama Allah.
Wallahu’alam.
Ps: Walaubagaimanapun, ini hanyalah pendapat penulis semata
mata. Jika ada fakta yang lebih tepat dari pandangan penulis, maka pendapat
penulis tertolak serta merta. Semua yang baik dari Allah dan semua yang tidak
baik adalah dari kelemahan saya sendiri.
Mulanya, ingatkan autisme macam satu kecacatan.
ReplyDeleteTak sangka, rupanya autisme ni satu anugerah.
Subhanallah.
Plaster Siling