Ambik anak perempuan balik asrama, dalam kereta anak diam
sahaja, penat agaknya, lalu saya bertanya:
“Kenapa diam ni? Takde apa-apa soalan kepada ayah?”
Anak senyum sahaja, tiada jawapan. Saya bertanya sebab jika
di asrama selalu dia call cakap rindu dan tanya khabar, tapi bila dah depan
mata, dia hanya diam sahaja, baik!, mungkin si anak betul betul penat, namun
dalam pemanduan ni, saya teruskan bercerita kepada anak-anak.
*******
“Korang tahu tak, bila kita suka orang tu, kita selalu ada
soalan nak tanya dia, sihat ke? Makan apa tadi? Mimpi apa malam tadi dan
sebagainya, walaupun kadang kita dah tahu jawapan, tapi tetap bertanya sebab
dalam hati ada kemesraan, ayah bagi contoh..
Waktu Nabi Musa jumpa Allah, maka Allah Tanya pada Nabi
Musa:
“Apa kat tangan kamu?”
Walaupun Allah Maha Mengetahui, tapi sajer nak ajak borak.
Jawab Nabi Musa: :Kat tangan saya ada tongkat dan tongkat ni
saya guna untuk gagahkan diri, saya guna untuk jaga kambing, untuk kait daun,
sebagai senjata dan sebagainya…
Wah.., Sempat pulak Nabi Musa cerita kelebihan Tongkat depan
Allah, siap dengan fungsinya sekali, maka Allah macam tak suka, sebab Nabi Musa
puji kelebihan makhluk yang tak boleh bagi manfaat dan mudaratpun, lalu Allah
suruh campak Tongkat tu!
Terus tongkat tu jadi ular besar! Dan Allah suruh Nabi Musa
tangkap ular itu, tapi Nabi Musa takut tapi sebab Allah suruh, maka Nabi Musa
buat juga dengan mencuba tangkap dari hujung ekor, Allah tegur, suruh tangkap
dari kepala dan Allah kata jangan takut, dan bila Nabi musa tangkap kepala,
ular itu kembali menjadi Tongkat, dan Allah Tanya soalan yang sama:
“Apa kat tangan kamu?”
Nabi Musa dah tak jawab kerana Nabi Musa faham tentang
Tauhid iaitu tongkat adalah makhluk, tidak boleh bagi manfaat dan mudarat, yang
bagi manfaat dan mudarat adalah Allah semata mata.
Maka kerena itulah apabila Firaun suruh ahli sihir serang
Nabi Musa dengan beribu ribu Ular, yang mana jika sebelum ini logik orang ada
tongkat di tangan dan ada beribu ribu ular depan mata maka terus digunakan
tongkat sebagai senjata, tapi tak, Nabi Musa tunggu perintah Allah, dan Allah
suruh campak tongkat itu!
Jika kita: eh? Ular nak serang saya dan saya hanya ada
tongkat di tangan nak kena buang pulak?
Tapi bila kita ikut perintah Allah pasti ada kejayaan, lalu
Nabi Musa campak dan tongkat itu menjadi ular besar dan menelan semua ular ahli
sihir dan terus semua ahli sihir menyerah diri dan masuk islam melihat mukjizat
dan kebesaran Allah depan mata.
Waktu lain, kerana marah dengan Nabi Musa maka Firaun suruh
semua bala tentera pergi bunuh kaum Nabi Musa, Nabi Musapun ajak kaumnya lari
tapi jalan mati, depannya laut, kiri kanan gunung, dan belakang tentera Firaun.
Waktu itu, Perintah Allah suruh pukul air laut.
Jika kita: Eh? Kenapa nak pukul air laut? Kenapa tak pukul
kepala Firaun?
Tapi bila kita ikut perintah Allah pasti ada kejayaan, lalu
Nabi Musa ketuk laut dan laut yang sama menyelamatkan kaum Nabi Musa, dan Laut
yang sama membunuh Firaun dan seluruh tenteranya.
Tapi bukan semua pengikut Firaun mati, ada yang terselamat..”
********
Saya berhenti bercerita kepada anak serentak dengan kereta yang berhenti sebab kami dah sampai
Trafiic light, saya Tarik hand Brek dan dapati anak sudah tidur, okey, anak
penat kot, saya on kan radio dan anak bersuara:
“Eh? Kenapa berhenti ayah, saya nak tahu siapa pengikut
Firaun yang terselamat itu?”
Wow, si anak sedang khusyuk mendengar rupanya, Saya terus senyum,
sambung bercerita pada anak kisah Nabi Musa, tak lama kemudian, lampu isyarat
bertukar hijau, dan saya turunkan hand brek lalu kamipun mengilang dari
pandangan anda semua.
Sebelum itu, di sebelah lampu Isyarat itu ada papan tanda untuk ke Masjid kena belok kiri, jadi jika nak dengar lagi dan lagi kisah Agama, moh kita ke
masjid.
Woha!
Siapa yang selamat tu Hamka.?
ReplyDeletekena masuk simpang ke masjid tepi tarffic ligh tu, ha ha (insyaAllah ada masa saya sambung)
ReplyDeleteKena sambung ni huhu
ReplyDeleteJemput blogwalking ke blog saya :)
Sila sambung ye tuan
ReplyDelete