Mar 7, 2019

Vaksin bukan Sunnah dan penyebab Autism?


(Saya ada anak OKU dan saya okey)

Lama sebelum saya ada anak autism, saya sudah menulis pentingnya vaksin. Malahan saya ada tulis dalam buku, dan saya selalu diserang dalam komen dan email oleh anti vaksin dengan kata kata kejian dan nista.

Dan terkini, oleh kerana saya sudah ada anak autism, maka ada anti vaksin bagitahu pada saya:

“Padan muka dapat anak autism, itulah akibat cucuk vaksin! Lain kali amalkan makanan Sunnah pada anak”

Alhamdulillah atas ujian anak autism, terima kasih atas kutukan Puan, semoga saya dapat pahala atas kesabaran dikutuk, dan semoga Allah ampunkan dosa Puan.

Tapi Allah nak tunjuk jugak kepada saya perihal fakta, kisahnya begini, jika lima orang pergi makan di kedai, hanya sorang sakit perut, adakah kita nak salahkan makanan kedai, dan kutuk kedai tu suruh tutup?

Atau 16 orang pergi makan di kedai, hanya sorang sakit perut, adakah kedai tu puncanya?

Atau 79 orang pergi makan di sebuah kedai, dan hanya seorang sakit perut, adakah nak kita kata: Padan muka! Itulah akibat makan di kedai ada racun!

Orang bodoh sahaja yang salahkan kedai, selepas 5 tambah 16 tambah 79 bersamaan satu ratus orang yang mana atas alasan seorang sakit perut, dikutuk kedai tu, apa ke jadah?

Bawaklah kes ni ke mahkamah, berikan bukti, seratus orang makan dikedai, hanya sorang sakit perut lalu tuduh kedai tu jual semua makanan ada racun?

Jadi itulah yang berlaku dalam keluarga saya, lima anak saya, semua cucuk vaksin, hanya anak bongsu yang disahkan autism, 16 orang tu pula adik beradik saya, semua cucuk vaksin, sorang pun tak ada autism, 79 tu pulak, jumlah anak saudara saya, dari 16 adik beradik, saya ada 79 anak saudara, semua cucuk vaksin, dan hanya anak saya seorang yang disahkan autism.

Bukti depan mata, autism bukan berpunca dari vaksin tapi ini adalah ujian dari Allah.

Kajian oleh Andrew Wakefield konon vaksin penyebab autism dah dibuktikan palsu. Lesen doktor dia telah di tarik balik.

Jadi ada tak kajian lain?

Ada..

Kajian dari jepun tahun 2005 ,oleh Prof Hideo Honda, seramai 170 kanak kanak tak cucuk vaksin pun tapi di sahkan autism.

Kajian dari Universiti Toronto oleh Dr Ghassan Abu Kuwaik pada tahun 2012, ada ibu bapa anak sulungnya autism lalu stop vaksin untuk adik beradiknya, tapi masih ada anak lain di sahkan autism walaupun tidak vaksin.

Kajian tahun 2018 study reported oleh JAMA Pediatrics, menjumpai autism berlaku pada kanak kanak tidak vaksin.

Malahan autism berlaku sebelum vaksin diperkenalkan. Orang zaman dulu anggap kanak kanak autism ini sebagai gila dan dipasung bawah rumah!

Kawan saya di facebook, ada empat keluarga yang mengaku anaknya autism
dan mengaku tidak vaksin kesemua anaknya.






Jadi bukti dah depan mata, tapi mengapa masih tergamak berkata padan muka pada ibu bapa yang ada anak autism? Dan fitnah kami menolak Sunnah?

Tahu tak hidup ini adalah ujian?, dan semua orang akan mendapat ujian masing masing?

Nabi Ayub di uji dengan kudis seluruh badan, adakah anda nak kata Nabi Ayub anti bodi lemah sebab tak ikut Sunnah?

Nabi Muhammad SAW di uji kesemua anak lelakinya mati sewaktu kecil, adakah anda tergamak nak kata Nabi tak pandai jaga anak dengan makanan Sunnah?

Tidak! Kan? Nauzubillah.

Ketahuilah bahawa Nabi diuji dan kita semua di uji, saya bersukur ujian dapat anak autism sebab anak saya ni masih kenal saya dan masih mampu bermain bersama saya, ada orang ujian anaknya terkena Difteria akibat tak vaksin dan telahpun mati.

Tapi saya tak akan kata padan muka pada ibu bapa yang anaknya mati terkena Difteria, saya simpati dari jauh, mungkin mereka mendapat info yang salah dari orang seperti Puan, saya doakan yang baik baik, dan berharap agar ibu bapa lain tak sedegil Puan yang masih berbangga anak sihat sedangkan esok takdir kita semua di Tangan Allah.

Saya maafkan Puan, semoga Allah ampunkan dosa Puan dan kita semua.

Saya berhenti tulis sampai sini, sebab anak autism ajak saya main berlari lari di tepian pantai.

Main- Kame Hame Ha!

Woha!



Ps: Sekali lagi, Saya ada nak OKU dan saya okey, Alhamdulilah.

6 comments:

  1. Allahu, zaman kita dengan zaman nabi lain... kita makan lain dengan nabi makan, sy tak anggap parent yg ambil vaksin tak ikut sunnah... tak ada nas jg dlm hadis... kena faham betul2 juga, situasi kita dengan metodnya sekarang berbeza dgn zaman nabi...

    ReplyDelete
  2. ala geng2 anti vaxx tu time kecik2 kena cucuk kat sekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 3....hidup lagi sampai sekarang? takde pulak autism. mereka sendirilah bukti yang vaksin tu baguih. cuba tengok budak2 polio kat negara lain, nak berdiri pun x boleh sebab tulang lembut. Kesian pun ada

    ReplyDelete
  3. @sheila Adziz
    menggunakan lesen memandu, lagi2 bagi signal semasa memandu pun tak ada dalam sunnah tapi kenapa kita buat? sebab ia harus. harus hukumnya untuk mengelakkan kemudaratan...haha

    ReplyDelete
  4. Semoga tabah hadapi ujian. Diuji dgn ujian anak dah satu hal. Ditambah lg dgn ujian kata2 nista dari mereka yg perasan bagus lebih berat lg. Btw suka dgn sikap memaafkn org yg mencaci tu. Sikap ahli syurga tu. Hee..

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas semua komen dan nasihat, saya syukur dengan nikmat mendapat anak anak, ada lelaki, ada perempuan dan ada OKU, Alhamdulillah,

    Semua anak ayah!

    Woha!

    ReplyDelete
  6. Kita memang teruk.. Tapi dalam keterukan tu kot adalah Allah kurniakan masa2 terluang siki2 ni kenala belajar fardhu ain(tauhid,feqah,tesauf) insyaAllah .. Sikit2/pelan2 belajar lama2 jadi bukit..

    Dalam bab feqah-Hukum amek vaksin haram x?@menyalahi syarak x@menyalahi nabi saw x?Kalo x..Dah selesai la persoalan ni..
    -mengambil tindakan bodoh/gopoh /terburu2/x cukup meperhalusi(menolak kurnia Allah/sains@vaksin) keatas keluarga tu sunnah ke tidak?
    -sesuatu perbuatan yg hukumnya telah jelas x menyalahi syarak@nabi saw itu tapi kita terbalikkannya dengan mengatakkanya telah menyalahi nabi saw.. sunnah ke tidak?

    -dalam bab tauhid- Selepas menolak vaksin lalu ada tercuit rasa bangga dengan mengaitkannya pada bab tauhid.. mengajar orang ramai bab tauhid dengan kaedah nafi isbat yg bukan datang dari ulamak ahlusunnah.. sains(vaksin) dipisahkan/diasingkan terus dari Allah.. Lepas "berjaya" pisahkan/asingkan(tolak)sains/vaksin dari Allah.. baru Allah itu berkuasa?.. Jgn susahkan orang ramai kat perkara yg kita sendiri x belajar..yg jadi mangsa nanti ialah orang2 sekeliling kita..

    ReplyDelete