Mar 27, 2019

Tabung Haji Tanpa Subsidi?


(The day of human salvation is today)

Abang mayat, nak tanya, pendapat Menteri agama bagitahu subsidi Tabung Haji akan dikurangkan dengan guna konsep Waqasid istito'ah, iaitu jika tak mampu, jangan pergi haji, boleh tolong ulas?

*****
Salam satu Malaysia.

Pada pendapat abang mayat, Tabung Haji sebelum ini guna konsep “Wayurbi-Al sadaqah” iaitu tidak akan berkurang harta orang yang sedekah, tidak akan kurang harta orang yang membantu,

Maka kita rujuk sejarah, zaman kerajaan lama, Tabung Haji tanggung berjuta juta subsidi, dan Tabung Haji semakin untung, dan negara semakin berkembang ekonomi sehingga rakyat tak pergi haji dapat Brim, voucer buku, eleun nelayan, petani serta pelbagai lagi nikmat.

Janji Allah benar, akan bertambah harta bagi orang yang membantu, maka tak salah jika Tabung Haji kekalkan Subsidi dengan konsep “Wayurbi-Al sadaqah” kerana janji Allah itu benar.

Janji Allah bukan manifesto okey, So antara istito'ah dan Wayurbi-Al sadaqah, jangan tersalah pilih nanti mendapat al tonfok tonfok al tahik unta.

Woha!

5 comments:

  1. Masalahnya tabung haji tinggal tabung saja.....isinya kosong....yg ada deposit bakal jemaah....rukun islam ke5 menunaikan haji ke Mekah ada syaratnya mengikut hukum fekah iaitu mampu dari segi tenaga dan wang....selagi 2 benda ini tak cukup hukumnya tak wajib pergi. Subsidi boleh diberi jika TH sendiri mampu dari segi kewangan dan dpt untung berniaga....kalau tiada kemampuan TH tak boleh dipaksa memberi subsidi apatah lagi gunakan cara2 yg menyalahi undang2 untuk matlamat tersebut. Sesungguhnya matlamat tak menghalalkan cara...

    ReplyDelete
  2. Kalo kita xda kemampuan g haji hukumnya x wajib pegi..Itu anak2 kecil pun tau..

    Yg anak2 kecil x tau dan perlukan panduan orang dewasa ialah dalam bab usul fiqh iaitu hukum memilih diantara dua mudarat.. hukum Jika umat islam berdepan dengan 2 mudarat yg akan melibatkan maslahat umat,hukum feqahnya(usul fiqh) kita kena pilih yg ringan walaupun kedua2nya membawa mudarat..

    abis tu Yg kita muslim ramai2 dulu g bakar 1 kapal kuasa majorty muslim terus ganti ngan dengan kapal baru yg muslim bukan dominan didalamnya tu kita ikut hukum mana tu? Ikut hukum opah kita ke? Hahaha..


    kalo orang dewasa x tau wat kira2(usul fiqh) dengan mengikut nafsu pilih mudarat yg berat sampai umat tanggung akibat dapat taik,Itu sangat memalukan.. Kalo budak2 kecik salah kira2 ikut nafsu xpe la juga..

    itu yg payah tu "bila diri ini sebenarnya anak2 kecil Tapi acah2 dewasa" supaya nampak "cool" ..hehehe

    ReplyDelete
  3. 1. Sadaqah kena guna duit sendiri.
    Tabung Haji tu tabung amanah, duit pendeposit, kalau nak sadaqah kena dptkan persetujuan semua pendeposit.

    2. Haji wajib ke atas yg mampu. Yg tak mampu, belum wajib. Situasi skrg, nak pergi haji kena ada qouta dulu.
    Yg berhaji dgn subsidi menggunakan duit keuntungan pendeposit lain, sedang dia sendiri belum berkemampuan sbnrnya dia belum wajib. Mungkin ada org lain yg berkemampuan dgn duit sendiri, yg sudah wajib bgnya, sedang pemergiannya terhalang kerana tiada qouta kerana qouta haji dipenuhi oleh mrk mrk yg pergi dgn subsidi, bgmn pula hukumnya ?

    ReplyDelete
  4. Layarkan la feqah kita itu ke laut tasawuf...mudah2an supaya kita mudah dapat bersabar.. x mudah merengek mcm budak2 yg x dapat gula2..

    Kalo semua muslim itu bunyinya mcm anak2 kecil..habis la.. Mana tidaknya.. abis ape pula hukumnya bagi orang2 muslim yg memusnahkan kapal majority kuasa muslim hari tu dan mengangkat kapal baru yg muslim bukan dominan disitu sehingga muslim2 lain terpaksa menerima keadaan bertaik akibat dari nafsu mereka?(muslim yg membenci sesama muslim itu)..muslim2 yg x bersalah pula terpaksa menerima keadaaan bertaik tu sedangkan dia x patut pun terima..sebab bukan dia yg buat perkara bodoh yg nampak mcm pandai tu(hahaha) .. Dia x buat pun benda bodoh tu kenapa dia nak kena tanggung akibat?.. Ha itu bunyi anak2 kecil tu.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Sorry to say, jika diketahui, saya takkan berimamkan org yg bersekongkol dgn org kafir utk jatuhkan sesama Islam. Salah satu ciri utama munafik disebut dlm Al Quran. Perbuatan kufur yg membatalkan semua amal baik yg dilakukan sebelumnya. Walau berhaji setiap tahun, walau umrah setiap bulan, walau tahajjud setiap malam.

    Allahumma arina Haqqa Haqqan warzuqna tiba'ah, wa arina batila batilan warzuqnajtinabah.
    Ya Allah ! perlihatkanlah kpd kami yg benar itu benar dan jadikan kami org yg mengikutinya dan perlihatkanlah kpd kami yg batil itu batil dan jadikanlah kami org yg menjauhinya.

    ReplyDelete