Feb 7, 2019

Mahu Jadi Penulis?


(Hamka kereta mayat telah menulis 13 judul Buku)

Kisah satu:

Bayangkan diri anda berada di tebing sebuah sungai, dan nampak dataran di seberang sungai lebih cantik dan indah daripada daratan yang anda sedang berdiri. Anda termenung melihat keindahan di seberang sana tapi tak sanggup nak ke sana sebab tak pandai berenang, atau pandai berenang tapi takut basah, atau tak tahu air dalam setakat mana, takut ada buaya dan macam macam lagi alasan.

Jadi sedarlah bahawa Sungai itu adalah PUNCA MASALAH anda gagal berjaya, dan Tebing sana adalah masa depan anda, hanya mampu perhatikan dari jauh. Di seberang sanalah ada buku anda yang sudah siap di tulis, tersusun indah di almari kedai buku.

Analogi Sungai ini bukan saya tangkap muat, tapi ada dalam Hadis Nabi, kisah pemuda mandi lima anak sungai dan tiada kotoran lagi, badannya bersih sebersih bersihnya lalu Nabi bagitahu itulah perumpamaan orang berjaya solat lima kali setiap hari.

Bila saya kaji tebing anda, sungai dan tebing sana, saya dapati memang ada lima Sungai yang buatkan korang gagal nak capai kejayaan masa depan.

Dalam kes sekarang, gagal nak jadi penulis Buku.

Jadi Lima Sungai itu ada depan mata tapi anda tak tahu cara nak ke seberang, lalu saya kaji lagi ada hadis lain pula akan bagaimana cara nak seberangi ke lima-lima sungai ini. Rupanya ada Lima Kisah menarik dari Hadis dan Al Quran untuk kita bedah kitab sebagai motivasi dalam penulisan.

Menarik bukan?

Banyak nak cerita, tapi panjang sangat, siapa yang berminat boleh sertai bengkel penulisan yang akan saya adakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 9hb Feb 2019.

Woha!
Bersama peserta Bengkel di UMP Pekan

Kisah 2

Sewaktu melawat orang sakit di Hospital, ada sorang sahabat tu mengaku:

“Saya sudah faham hakikat hidup sekarang ini, Tuhan dah bukakan untuk saya”

“Apa yang awak faham?”

“Faham bahawa hidup ini penuh dengan nikmat, saya disinipun sedang dipenuhi nikmat walaupun lumpuh”

“Alhamdulillah”

“Tapi…”

“Tapi kenapa?”

“Saya takut dengan kefahaman yang sebenar ini, bermakna umur saya dah tak lama, saya akan mati segera”

Okey, panjang lagi perbualan, Cuma nak bagitahu, siapa yang tak takut mati? Ramai yang takut mati, takut sakit, takut miskin dan sebagainya, namun kita kena terima hakikat, mati itu pasti dan tanpa ragu ragu, hari ini boleh jadi hari terakhir kita.

Jadi sahabat itu tanya saya apa persiapan saya untuk mati secara tiba tiba?

Okey, yang penting dalam sehari jangan pernah tinggal solat, jangan lengahkan solat, berjemaah semampu mungkin, lepas tu cuba luangkan masa untuk baca sedikit ayat Al quran dan sentiasa berzikir di waktu lapang dengan cara mensyukuri segala nikmat bertalu talu.

Lepas tu teruskan hidup seperti biasa, dijalanan jika ada peluang buat baik, bersedekah atau berdakwah, jangan bertangguh, dan setiap hari maafkan orang, dan jangan bergaduh dengan siapa-siapa dan sila buat baik kepada sesiapa sahaja, so dah boleh mati hari ini.

“Itu sahaja?”

Sebagai tambahan, boleh tinggalkan ilmu yang bermanfaat untuk dibaca oleh orang lain dan menjadi sumber pahala walaupun dalam kubur.

“Contoh yang kau buat?”

Saya menulis buku isu isu agama, dan terkini saya tulis buku terakhir jika saya mati iaitu kisah ayah kepada anak yang perlu di baca mengikut umur kerana ayah sudah masuk kubur dan hanya mampu bercerita melalui surat.

“apa tajuk buku tu?”

Ngeteh di kubur ayah. Nah saya hadiah sebijik.

“terima kasih”

Lalu kamipun berpisah, moga dia bersedia untuk mati hari ini, saya juga bersedia untuk mati hari ini, dan kepada anda semua, sebelum mati, elok tulis kisah hidup sendiri dan kongsi kepada anak anak atau orang tersayang.

Sungguh tiada sesiapa yang boleh tulis buku kisah hidup sendiri sebaik diri sendiri. Hidup ini adalah tempat mencipta kenangan dan membina pahala.

Kenangan kita adalah sangat mahal sebab iainya tidak boleh diundur, tapi boleh dikekalkan momen idah tersebut dalam buku, terutama hal keluarga. Hal perkahwinan, cerita adik beradik, kisah hadapi masalah dan cara penyelesaian yang tak terduga, semua itu mestilah diingat sampai bila-bila.

Tanpa dokumen dalam bentuk buku bercetak, semua itu terhapus dek masa, memori hilang, hangus terbakar hancur kerana banjir, dan lenyap bersama mayat yang reput maka wajarlah semua itu dibukukan.

Saya sendiri telah menulis 12 buku kisah hidup. (dah boleh mati?, huhuhu)

Ada terbitan Karangkfaf, Tarbiah sentap, Dubook, Write and Barve, Terfaktab, dan lain lain,

Ada best seller dan masih diulang cetak, menghias almari buku di kedai buku juga menghias almari dirumah rumah mereka yang mahu menimba ilmu dari kisah hidup orang lain.

Jadi masa sangat singkat, menulislah kisah hidup sendiri, jadikan ianya sebuah kenangan bermakna atau berbuah buah pahala.

Maka untuk itu, saya yang pernah menulis buku tebal, tapi pemalu, telah sanggup menebalkan muka untuk membuat bengkel menulis kisah hidup sendiri secara kreatif pada Sabtu 9hb Feb ini bertempat di perpustakaan awam Kuantan, harga Rm60 sahaja

Whatsapp: 0199117163.

Ps: Siapa ada buku saya dan belum bertanda tangan, boleh walk in pada hari kejadian, yang belum ada boleh datang beli, saya ada jual pada hari kejadian, bawa duit lebih sikit, boleh walk in terus masuk bengkel dan dapatlah kita bertentang mata-Woha!

Ps2: Di hujung bengkel ada penerangan tentang penerbitan buku, cara nak pikat penerbit, kos cetak sendiri, hal ehwal royalty dan lain lain, dan disampaikan oleh penerbit buku sendiri. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment