(Korang pernah dengar kisah ustaz Hidung belang vs Ikan
Belang?)
Kisah ni popular masa aku kecik dulu dalam ceramah-ceramah agama dalam
memberi contoh bahaya ulamak akhir zaman.
Kata ustaz masa ceramah yang aku dengar masa aku masih kecik
(sila kagum dari jauh sebab kecik kecik dah dengar ceramah-Woha!), akhir zaman
nanti ada ulamak dunia yang bagi fatwa ikut nafsu, bahaya kita ikut mereka.
Contoh jika kita berjaya tangkap ikan yang pelik, yang ada belang macam
Harimau, lalu Tanya ustaz:
“Apa hukum makan ikan yang ada belang belang macam Hariamau,
mukapun macam harimau, taring pun macam Hariamau, wahai ustaz?.”
Lantas jawab ustaz akhir zaman yang cinta dunia tu:
“Haram makan, sebab Nabi tak pernah makan ikan belang macam
tu”
Kitapun jawab:
“Tapi ustaz, tadi saya dah jual 10 kilo, dan saya ingat nak
hadiah keuntungan jual ikan belang ni separuh kat ustaz?!”
Terus ustaz tu ubah fatwa, “saya semak jap, sebenarnya tak
haram, saya dah kaji detail, harus hukumnya, dan jika detail lagi, ikan ni
bertaraf Tahalul siyasi serta Maqasid
Syariah”
Woha!
Nampak? Faham tak? Akhir zaman nanti ramai ustaz yang macam
ni! Faham tak? Tanya ustaz tu pada aku yang masih kecik. Aku diam waktu tu
sebab tak faham tapi bila dah dewasa aku angguk laju laju sebab boleh jumpa
ustaz sebegini dalam parti politik.
Imbas kembali, korang tentu pernah dengar ceramah ustaz lain
yang cakap, Haram bergabung dengan parti kafir, haram lantik calon perempuan
sebagai wakil rakyat, haram kerja kerajaan sebab cukai bercampur dengan judi,
haram solat di masjid kerajaan, haram makan sembelihan orang sokong kerajaan,
kahwin tak sah jika tak sokong kami, macam macam lagilah, zaman PM k 4 banyak
ceramah sebegini.
Masuk PM ke 6, ustaz
yang sama cakap haram bergabung dengan parti kafir pulak cakap, harus bergabung
guna konspet Tahalul siyasi, boleh lantik wakil rakyat perempuan, dan macam
macam lagi, nampak?
Sekarang masuk PM ke 7, AES haram zaman PM ke 6 tapi
sekarang dah jadi Maqasid Syariah.
Nampak? Faham tak? Kita sekarang di akhir zaman maka boleh tengok
depan mata perkara begini? jika tak faham jugak, sila angguk setuju sebab semua
dah bulu dah panjang bersepah, patut lagi faham.
Jadi AES ni betul ke ikut Maqasid Syariah?
Maqasid bermaksud tujuan, manakala Syariah adalah
undang-undang Islam.
Maqasid Syariah merujuk kepada undang-undang Islam,
dilaksanakan untuk menjaga 5 perkara asas iaitu menjaga agama, nyawa, akal,
keturunan dan harta melalui kaedah Hudud, Qisas, dan Takzir
Dalam islam, hukuman mati kepada golongan murtad adalah bertujuan
menjaga agama. Memang maqasid syariah.
Hukuman qisas yakni bunuh balas nuh dikuatkuasakan untuk
menjaga nyawa manusia supaya orang tidak sesuka hati membunuh.
Hukuman jenayah arak pula untuk menjaga akal. Hukuman
jenayah zina untuk menjaga keturunan dan hukuman terhadap perompak dan pencuri
pula adalah bertujuan untuk menjaga harta.
Semua Hukuman tersebut lebih kepada mencegah kemungkaran
yang lebih besar berlaku. Hudud dan qisas bertujuan untuk memberi amaran keras
kepada penjenayah supaya berfikir seratus empat belas kali sebelum melakukan
sesuatu jenayah. Automatic dapat mencegah penjenayah daripada berleluasa.
Adapun AES adalah di bawah hukuman takzir yang bertujuan
untuk menjaga nyawa, TAPI….
Jika nak buat, kena letak papan tanda besar-besar di kawasan
berisiko berlaku kemalangan. “AWAS! KAWASAN OPERASI AES!” yang mana akan
mencegah orang bawak laju, dan akan saman hanya orang yang benar benar degil, Bukan
curi curi ambik gambar sebab hari tu curi curi mengintai orang buat maksiat
korang tak benarkan sebab tak islamik, habis tu mencuri curi orang bawak laju
tanpa diberi amaran, islamik ke?
Difahamkan papan tanda AES sudah ada sejak zaman PM ke 6, tapi ramai yang tak tahu dan tak perasan sebab
kecik sangat. Justeru, di zaman Pm ke 7 perlu ada penambahbaikan supaya ia
benar-benar menepati maqasid syariah.
Lagi satu, operasi mengendap secara sembunyi-sembunyi juga
boleh dimansuhkan kerana ia tidak menepati maqasid syariah.
Akhir kata apa apa nak buat bila sebut maqasid syariah dah
tentu kena Tengok niat.
Apa tujuan buat AES?
Sungguh AES akan menepati maqasid syariah sekiranya ia
bertujuan bagi mengurangkan kemalangan dengan cara yang betul, bukan bertujuan
untuk menambah saman atau takut membazir simpan dalam store.
Apa ke jadah! Habis tu Tol tak mansuh sebab takde store ke?
Woha!
Sakit hati baca statement menteri "maqasid syariah" ni. Demi menjaga kuasa, pangkat dan harta. Takut pulak statement baru dia pasal tak berpelajaran jadi pemimpin tu.. jangan disentuh peribadi Nabi Muhammad S.A.W.
ReplyDeleteNabi tak ada degree tapi nabi tak menipu ada degree, kan?
ReplyDeleteErrmmm...Walhal sbnrnya kita yg "telah dewasa" ni takwil "degree" kat zaman yg belum ada "degree" itu ialah sbg "telah belajar sampai habis/sampai putus"..
ReplyDeleteKalau "anak2 kecil yg belum dewasa" memang la pentaksub2 politik senang2 tipu,pasal "anak2 kecil" biasanya belum belajar takwil..hehe
Jadi bila pentaksub2 politik berbohong utk bela pemimpin2 mereka yg sekolah/belajar x abis/x putus dengan hujah yg berbunyi- "Orang2 terdahulu xda sijil pun.. Xda diploma pun.. Xda degree pun.. Boleh je jadi pemimpin kepada rakyat.."
-maka "anak2 kecil" yg belum belajar takwil pun jawab..."betul juga ye.." hihi..