.
Ini aku cerita pengalaman sendiri, bilamana ramai (tak ramai
pun, tapi tulis ramai supaya nampak macam popular-woha!) jadi bila ada peminat
perempuan ajak poligami, dan aku tolak sebab aku belum ada dalam agenda hidup
nak kahwin ramai.
.
Maksud aku jika betul nak kahwin lagi, biar untungkan ramai
pihak, bukan bini baru sahaja untung, sedang anak dan bini pertama rugi. Itu
bukan pelaburan yang bijak. Lagipun bila peminat perempuan suka kat kita, bila
masa pulak kita suka kat dia?
.
Jadi Bila tolak, perempuan tu cakap aku takut binilah, aku
tak amalkan islam sempurnalah, macam-macamlah!
.
Padahal, bukan mudah juga suami orang nak suka pada
perempuan lain jika bini pertama sangat membantu kehidupan dunia akhirat.
.
So aku cakap, jika anda nak sangat poligami, nak sangat
kahwin dengan laki orang, pergilah ambik hati bakal madu anda dan pujuk elok
elok sebab korang nak kongsi hidup dan kongsi suami, eh tahu pulak tak nak!
Suruh kahwin senyap senyaplah, malah lagi teruk, ada pulak suruh cerai bini
pertama sebab dia tak nak berkongsi kasih! Dan ini banyak berlaku pada kisah
rumah tangga di Malaysia. Nauzubillah!
.
Ok, balik pada tajuk, Kenapa orang perempuan jatuh cinta
pada suami orang? Walaupun tak hensem? Apa orang bujang tak menarik ke?
.
Ini adalah kerana, suami orang ni pada pandangan mata
perempuan lain, macam Roller Coaster, lagi besar Roller Coaster, lagi menarik!
So dalam Roller Coaster tu ada anak bini yang semua kelihatan seronok naik
Roller Coaster! Menjerit jerit bahagia dalam hidup. Jadi perempuan lain pun nak
tumpang sama naik Roller Coaster!
.
Memang ada pasangan yang izinkan perempuan lain naik Roller
Coaster!, tapi berebut kerusi pulak sebab semua nak duduk tepi suami, yang
bergilir baguslah! Yang bergaduh alamak runtuhlah Roller Coaster tu!
.
So jangan gaduh gaduh, nak naik Roller Coaster tu ambiklah
hati semua penumpang sebab anda berkongsi perjalanan pada Roller Coaster yang
sama.
.
Pengajaran di sini, kepada lelaki bujang, kesilapan korang
bila jatuh cinta, korang janganlah hidup mati pada perempuan tu, terus hidup
korang focus pada perempuan tu lalu kehidupan korang jadi tak menarik. Setakat
jatuh cinta macam tu semua orang boleh buat, yang sebetulnya korangpun kena ada
Roller Coaster yang menarik! Itu yang perempuan nak.
.
Bila hidup kita macam Roller Coaster yang menarik, berebut
perempuan nak!
.
Apa itu Roller Coaster yang menarik? Hidup yang ada tujuan
yang jelas, kerjaya yang semakin berkembang, suka terlibat aktiviti
kemanusiaan, suka membantu masyarakat, kemampuan hadapi cabaran dengan riang
ria macam orang menjerit seronok naik Roller Coaster waktu tiba di laluan
paling mencabar!
.
Perempuan jandapun sama, bila si janda tiba tiba hidupnya
bertukar menjadi Roller Coaster yang menarik! Bisnes Berjaya, kerjaya
berkembang, bakat dicurahkan pada masyarakat, maka berebut pulak si lelaki
datang meminang sebab nak naik Roller Coaster duduk kerusi paling depan!
Perghhh..
.
Jadi, Roller Coaster hidupku ini, kerusi depan semua dah
penuh, namun masih ada gerabak kosong di belakang tapi jika nak naik, pergi
‘mengorat’ bini aku dulu. Dan andai kata bini aku suka pada korang, belum tentu
aku suka sebab cinta tak boleh di paksa.
.
I rest my case.
.
Ps: Korang mungkin kenal aku waktu aku sedang gembira, sebab
nampak macam selalu ceria, lalu korang jatuh cinta, tapi korang tak pernah
tengok waktu aku paling marah, waktu aku paling down, jika korang tahu, dan
nampak sikap aku waktu itu, tentu korang akan jatuh cinta buat kali ke
dua-Woha!
Kekadang isteri juga menjadi punca perempuan lain suka pada suaminya....Apa tidaknya di media sosial di upload kebahagian mereka sekeluarga...pergi bercuti, celebrate anniversary, tunjuk betapa romantisnya suami dia betapa caringnya suami dia...betapa santunnya suami dia melayan anak2...maka secara tak langsung dia mempromosikan suami nya tanpa niat...lalu perempuan tu terjatuh cinta melihatkan keindahan yg dipaparkan...padehal dia xtau sisi buruk sisuami...yg mengingau tdo tgh malam, air liur basi atas bantal, tuala bergulung atas tilam, kain pelekat ditengah hall...hanya isteri yg tau buruk baik suaminya....Oleh itu berpada2 la dalam menceritakan hal peribadi kiter di sosial media...bukan semua org suka dgn kebahagian kiter...mungkin ada yg mencemburui nya
ReplyDelete