(Ok, bila masuk tahun baru, maka kita akan renung kejayaan
tahun lepas sebagai semangat untuk teruskan kejayaan tahun ini. Tapi apa itu kejayaan?)
Jom tengok sekeliling, ada tak kita kenal kawan lelaki yang
badannya semakin sado? Atau kawan perempuan yang berbadan semakin rampin?
Tahukah kita bagaimana mereka mendapat kejayaan itu?
Tengok lagi sekeliling? Ada pasangan laki bini yang hidup
bahagia aman damai, seronok naik roller coaster masing-masing, dan tahukan apa
yang mereka lakukan dalam hidup laki bini mereka? Tengok lagi tempat lain, Ada
jugak pasangan laki bini yang selalu bergaduh dan nak bercerai, tengok apa yang
mereka buat dalam hidup mereka?
Ada idea?
Tengok pulak kawan yang bisnes semakin maju, wow, tengok
pulak yang bisnes semakin merundum..oh…
So kita di sini, adakah sekadar pemerhati untung rugi orang
lain, atau apa kata, kita buat jalan hidup kita sendiri yang seronok beronok
ronok!
Untuk itu, mari menjadikandiri kita termasuk dalam golongan orang yang
Berjaya!
Apa itu kejayaan?
Bagi aku, kejayaan adalah bila kita target sesuatu dan ianya
tercapai.
Lagi bagus, target itu adalah sesuatu perkara yang tak
pernah kita buat, (keluar dari zon selesa) dan berjaya di buat, waktu buat tu
pulak rasa seronok, dan bila kejayaan dicapai rasa seronok beronok ronok.
Itulah maksud kejayaan di dunia. (kejayaan bab akhirat akan menyusul di bawah-sila
baca sampai habis)
Untuk mudahkan perjalanan mencipta azam menuju kejayaan:
Mari pecahkan kejayaan kepada A paling hebat, B: hebat, C: Biasa, D: Teruk. E:
sangat teruk.
Aku ulang:
A paling hebat,
B: hebat,
C: Biasa,
D: Teruk.
E: sangat teruk.
Dan terpulang bagaimana korang untuk tentukan apa itu A dan
B, tapi ingat! untuk mulakan azam korang kena anggap korang di markah C, iaitu
biasa. Dan sasaran korang adalah A atau B.
Nak mudahkan lagi, Perjalanan Mencipta Azam Menuju Kejayaan
ini, sila pecah kecilkan sasaran kejayaan kita kepada 5 bahagian iaitu:
-Kesihatan (mahu sihat setara mana?)
-kecintaan (hubungan dengan pasangan, anak, ibu bapa, mahu tahap
mana?)
-Kewangan (berapa banyak simpanan? Harta? Kuasa sedekah?)
-keakuan (apa belum pernah buat dalam hidup? Mengembara?
Melancong? Belajar imu baru?)
-keAgamaan (Adakah mati esok membawa ke Syurga? Apa
sumbangan saya pada agama?)
So kena set dalam kepala, kesihatan korang belum A, baru C.
Kecintaan pun sama, dan lain lain pun sama, semua C.
Dan sudah tentu, untuk capai A dan B kena kerja keras, work
Hard, Tiada Work Smart! Work Hard is work smart!
Namun masalahnya manusia ini, ada sifat malas, lemah, mudah
putus asa lalu dari tahun ke tahun, hanya markah C dan mungkin dapat D, sampai
E pun ada! makin teruk pencapaian nampaknya.
Lalu terlihatlah korang yang ada masalah Kesihatan yang semakin
teruk sebab bertambah gemok sebab dapat penyakit baru siap ada segugus bungkusan
ubat kena bawak kemana mana.
Isteri pulak makin bosan dengan kita, anak anak menjauh
diri, kawan kawan semua menghilang. Kicintaan fail, sebab diri sendiri pun
korang benci.
Wang dalam bank tak ada, dalam poketpun wang pinjaman. Makanan
atas meja tak sedap, dalam peti ais dah berulat.
Banyak masalah jika nak cerita, lalu sebagai manusia yang takut
gagal, malas Berjaya, tak suak dengar cerita azam tak dapat dicapai lalu korang
pilih untuk hidup dikalangan orang yang markah lebih rendah agar korang lebih
selesa dengan ‘kejayaan C’ kerana kawan kawan korang D dan E. Memang tak maju
maju.
Lepas tu korang membawang burukkan golongan A dan B,
semuanya di buat sebab korang nak selesa dengan C, D dan E, teruk kan?
Padahal hidup ini terlalu singkat untuk kekal dalam C, semua
orang boleh capai A jika berusaha, atau B sekurang kurangnya…
So nak Berjaya, kita kena bergerak dari C ke B, dan dari B
ke A. Bila dah sampai di A, kena besarkan minda, bahawa korang masih C dan buat
sasaran A dan B yang baru, Nampak tak? Nampak tak cara orang Berjaya berfikir
di luar kotak?
Semua ini adalah permainan keluar dari zon selesa (C ) dan
menikmati zon baru (A dan B) yang nampak tak selesa pada mulanya tapi hakikatnya
jauh lebih selesa dari C.
So bagaimana nak dapat A dan B?
Sebagai contoh, bab Kesihatan. Apa target korang? Kalau aku
sebelum ini, berat badan 92 kg, aku target dapat 82 kg sebagai (B) dan untuk
(A) aku target kesihatan yang baik sehingga mampu mendaki gunung kinabalu.
So selain jaga makan dan bersenam untuk dapat (B) aku
berlatih naik gunung Ledang, Gunung Datuk, Gunung Irau, Gunung Suku, Gunung
Berantai sehinggalah akhirnya aku dapat Berjaya naik Gunung Kinabalu pada akhir
tahun lepas. Alhamdulillah! Markah A!
Benda simple sahaja, Untuk mudahkan azam menjadi kenyataan,
kita set sasaran kejayaan, tulis, dan bagitahu rakan-rakan.
Maka aku tulis, DAKI GUNUNG KINABALU di sebelah kanan
kertas, dan di kirinya, aku tulis Things to do untuk capai perkara itu,
seperti:
-Study bab Hiking,
-beli alatan hiking,
-berlatih naik gunung Datok,
-Daki Gunung Berantai,
-Daki Gunung Ledang,
-hubungi kawan di sekitar gunung ajak teman daki gunung
-kumpul duit beli tiket kapal terbang-tarikh?
-Hubungi Malim Gunung? Kos?
So begitu lebih kurang, dan Alhamdulillah, waktu daki gunung
Irau di Cameron Highland aku ada borak dengan kawan baru yang ada plan nak daki
gunung Kinabalu, lalu aku letak nama untuk join, dan akhirnya dengan izin
Allah, aku berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu pada umur 41 tahun,
Alhamdulillah.
Ok, bab kedua, KECINTAAN. Sasarannya nak buat orang yang
kita sayang gembira. Nak buat orang yang kita sayang waktu terima berita
kematiaan kita, rasa berbaloi menikmati hidup bersama kita. So siapa yang kita
sayang? Mulakan dengan ibu bapa, bini, anak, adik beradik, saudara mara dan
kawan-kawan.
Untuk ibu bapa, terus cari tarikh untuk ziarah mereka,
kerapkan ziarah mereka. Kalau boleh sekurang kurangnya sebulan sekali kena
ziarah mereka, terus catat di kelendar dan cuba luangkan masa bersama mereka
selama yang kita mampu. Ziarah mereka markah (B). Ajak mereka jalan jalan
tempat best.(markah A)
Aku plan nak ajak ayah pergi Umrah tapi ayah tak nak, so tak
tercapai (A) tapi kekerapan ziarah tercapai, (B) namun aku ada jugak bawak ayah
jalan jalan sekitar Malaysia.
Untuk anak Bini, sama jugak macam ibu bapa, cuba cari event
yang gembirakan mereka, Bila Birhday mereka, bagi masa bersama mereka dan bawak
makan tempat best, tengok wayang, main bowling, (itu markah B) pergi
jalan-jalan tempat best, markah A, so aku bawak mereka mandi di taman tema,
pergi jalan lama lama sikit, melancong luar negeri (untuk markah A) tak kisah, terpulang
pada bajet masing masing, yang penting kita luangkan masa bersama mereka dengan
kasih dan sayang.
Jika boleh cuba letak target MENYELAM KE DASAR LAUT BERSAMA
ANAK BINI contohnya. Lalu kita senaraikan “things to do” untuk ke sana, dan
saksikan betapa seronoknya anak bini menyelam melihat keindahan lautan ciptaan
Allah.
Sama jugak untuk kawan-kawan dan saudara mara atau adik
beradik, jika mereka ajak ke majlis kahwin anak mereka ke, terus catat di
kelendar dan hadir majlis tu, (markah B) kalau boleh bantu mereka di majlis
kahwin dengan ambik tugas yang mencabar, seperti MENJADI JURU PANTUN! (markah
A) Ha ha, first time aku buat dan Okey jer, dua kali dah aku berpantun dalam
majlis perkahwinan anak saudara. Lepas ni siapa nak upah juru pantun, boleh
bagi tarikh, ha ha!
Jangan lupa belajar banyak ilmu yang boleh dikongsi dengan
orang tersayang, aku pandai menyanyi, pandai main gitar, pandai melukis, pandai
bab agama, dan macam macam lagi nikmat kepandaian yang selalu aku share dengan
orang tersayang. Jadikan diri kita asset, bukan Liablility!
So, next, KEWANGAN, berapa income kita nak tahun depan?
Pecahkan pada bulanan, dan mingguan, dan harian, lepas tu buat reverse
Engineer, maka bermulalah things to do kita untuk capai sasaran tu, kes aku,
menulis bukulah, (markah B jika siap tulis buku baru) atau buat bengkel menulis
(markah A jika ramai peserta)-untuk rekod tahun lepas dapat 60 kerusi penuh
dalam satu seisi ceramah. Alhamdulillah. so bab bisnes ni dah ramai orang
cerita, maka tak payahlah aku cerita lebih lebih.
OK, Bab kesihatan dah cerita, bab kecintaan dah cerita, bab
kewanganpun dah cerita, bab apa lagi?
Ya, bab keakuan, Me time. Dalam hidup ini kita kena ada
sasaran peribadi.
Macam naik gunung kinabalu tu, itu sasaran peribadi keakuan
aku, dan sekaligus termasuk dalam sasaran kesihatan, selain itu aku ada jugak
backpackers ke luar Negara tanpa bawak anak bini, just me time. Pilih tarikh,
anak bini faham. Alhamdulillah tahun lepas dapat naik bot si sungai Mekong Kemboja
then redah jalan darat ke Viatnam. So pilih Negara yang korang nak pergi, dan
tulis Things to do untuk capai matlamat itu.
InsyaAllah. Sasaran Peribadi ni tak semestinya kena ke luar
Negara, tapi ianya lebih kepada “hadiah kepada diri sendiri” korang nak bergi
bertapake? Apa ke? Lantaklah, asal jangan sampai menyusahkan orang. Bagus jika
dapat belajar ilmu baru, atau buat sesuatu yang tak pernah dibuat. Boleh?
Tapi Jangan pilih sasaran kejayaan ikut nafsu, sebab kelak
binasa diri, ada kawan aku, azam dia tak nak kahwin selamanya, sebab tak nak
jadi hamba system perkahwinan katanya, tak nak jadi hamba wanita, tak nak
susahkan anak sebab kita semua jahil. Dia terang terang cakap ni waktu umur dia
25 tahun. Dan dia berjaya tak kahwin sampai sekarang 45 tahun.
Tapi kejayaan dia tu tak terpamer di wajahnya, bila orang
cerita pasal anak bini, dia akan menyepikan diri. Sunguh dia tak tahu nikmat
balik rumah ada orang sambut dan ada orang peluk. Nikmat masuk kedai makan
bersama anak bini, nikmat pergi bermain taman tema bersama anak bini, nikmat
buat taklim bersama anak bini, tapi itulah, jika dia kahwin sekarang malu pulak
sebab dulu dia menentang system, tapi tak salah telan ludah jika itu pilihan
yang benar walaupun pahit, atau istilah lebih murni sekarang, U turn! Woha!
Ok, last bab agama, ini sepatutnya aku cerita awal awal
lagi, tapi takut korang bosan pulak, tapi inilah sasaran paling penting, So apa
target korang?
Sebelum itu kita kena faham, Kejayaan sebenar adalah bila
kita diumum masuk syurga sewaktu berada di mahkamah Allah, Itulah kejayaan
hakiki! Jika mati masuk neraka, menangislah air mata darah tak guna dah!
Untuk mencapai kejayaan diumum masuk syurga, pastikan di
dunia, kita berjaya taat perintah Allah ikut cara Rasulullah s.a.w.
So Targetnya adalah: Jika saya mati sekarang, berdasarkan Al
quran dan Hadis, InsyaAllah saya layak masuk syurga!
Boleh juga buat things to do, contoh: tulis KHATAM AL QURAN
DUA KALI, dan tulis list seperti baca beberapa muka surat lepas solat, dan
sebelum tidur. Atau tulis KAJIAN KITAB MUTAKHAB HADIS, target KELUAR BERDAKWAH,
target melibatkan diri dalam program keagaman, Hadir Ijtimak, menerima jemputan
berceramah dan sebagainya.
Jika ada rumah, target rumah di hadiri Jemaah Masturat.
Berapa kali setahun?
Sungguh dalam bab agama ni kita jarang ada azam yang besar
besar, hidup setakat jaga solat dan pergi denar ceramah sahaja. Lalu selesa dan
perasan masuk Syurga, apa ke hal?
Nabi dna Sahabat dahulu hidup dalam mujahadah bersama azam
yang tinggi, NABI dikir bagaimana masjid boleh dipenuhkan? Bagaimana seleruh
dunia boleh dapat ajaran Islam, tapi kita hari ini:
Ada tak azam nak jadi pendakwah, nak berdakwah rumah ke
rumah, pintu ke pintu?
Ada tak azam nak ziarah saudara islam seluruh dunia?
Ada tak azam nak berceramah pulak sebab ilmu ni kena
sampaikan walau satu ayat?
Ada tak azam nak kembangkan Islam ke seluruh dunia?
Ada tak azam naik ikut Sunnah Nabi seratus peratus? 50
peratus? 10 peratus?
Ada tak?
Orang kapir tengok masjid kosong tak rasa apa-apa, normal
sebab mereka kapir..tapi orang islam tengok masjid kosong tak rasa apa-apa? Nak
tunggu rumah terbakar ke baru nak ke masjid? Ada tak azam nak istiqamah solat
lima waktu? Ada tak?
So mari kita islah diri, kenapa kita gagal dalam bab dunia
dan agama, pertama sebab azam kita tak kuat, keinginan kita lemah, dan kedua
kita tak sanggup buat pengorbanan.
Untuk aku Berjaya daki gunung Kinabali, aku sanggup penatkan
lutut dan kaki, aku faham dan aku redah, so untuk majukan agama, kita kena korban
harta, masa dan perasaan.
Sanggup tak?
Aku pernah Tanya kawan yang selalu hiking walaupun hujan,
katanya saya seorang pendaki, ini kerja saya.
Jadi dalam bab agama, ada tak dalam minda kita berkata: Aku
seorang pendakwah, maka aku kena berdakwah walaupun hujan dan panas, walaupun
sukar dan senang.
Jadi semuanya balik kepada cara kita melihat diri kita, Self
image lah yang bakal menentukan kejayaan kita.
Dalam bab Kesihatan, korang kena ada Self image seorang
atlit, ya saya atlit dan ini kerja saya.
Dalam bab Kecintaan, korang kena ada Self image seorang Suami
romnatik misalnya, ya saya lah suami paling romantik dan kerja saya mencintai
isteri saya tanpa syarat.
Dalam bab Kewangan, korang kena ada Self image seorang Ushawabn
yang berjaya, ya saya lah pakar kewangan itu (sambil dua jari ditunjuk pada
dahi)
Dalam bab Keakuan, korang kena ada Self image seorang paling
ideal!, ya saya lah hamka keretamayat-yang dah lama kelakar tapi baru hari ini
korang gelak sebab korang lembab. Kah kah
Dalam bab Keagamaan, korang kena ada Self image seorang DAe
yang ada fikir risau Nabi, ya saya lah umat terbaik dari Nabi Terbaik dan
Dakwah ini adalah kerja Nabi yang diwariskan kepada saya!
Faham ke tak ni?
Jika tak faham, korang hiduplah dengan markah C korang,
pergilah berkawan dengan geng D dan E, tapi tolong jangan sekali kali pernah
nak membawang dengan mereka yang nak markah A atau B ini, Cuma satu sahaja pesan
aku:
Cukuplah jika korang mahu kagum dari jauh!
Woha!
No comments:
Post a Comment