(Petua terhebat mendaki gunung juga Petua terhabat ‘mendaki’
kehidupan bahagia ada dalam artikel ini.)
Baiklah, ekoran kejayaan mendaki gunung Kinabalu bulan
lepas, ramai jugak yang tanya tip mendaki.
So tipnya adalah: Mental kena kuat.
Orang yang mental kuat, walau gemok pun boleh sampai puncak
gunung.
Orang yang mental koyak, walaupun badannya sasa dan ada six-pack
dekat perut, tapi nak naik tangga masjid pun tak mampu. Kan?
So macam mana nak kuatkan mental?
Tipnya, adalah: Guna mesin masa!
Bagaimana?
Selalu bila aku penat, bila aku sedih, bila aku sakit, aku
akan guna kaedah mesin masa, iaitu pejam mata dan bawa diri aku ke masa depan.
Contoh dalam perjalanan daki gunung Kinabalu, waktu rasa
diri penat sangat, aku duduk berehat, urut betis, dan terbaring sambal pejam
mata dan tutup telinga lalu terbang ke masa depan.
Aku terus sampai ke hospital kuala Terengganu di tahun 2030
mungkin? Aku ternampak diri aku yang sudah tua, sudah terbaring di katil
hospital, makan tak boleh guna mulut, kena guna tiub, badan di cucuk ubat
setiap satu jam, mata terkebil kebil menerima takdir, lepas tu anak anak datang
cerita masalah hidup, anak mengadu tak cukup wang nak tanggung kos bedah, bini
menangis atas kerusi roda, sedih sungguh.
Lepas tu aku rasa nak berak, tapi tak boleh bergerak, datang
Jururawat lelaki bukak seluar aku dan basuh punggung aku dengan kasar sebab aku
dah terberak, sedih hati sebab tak mampu basuh berak lalu aku pejam mata dan berdoa
agar aku dapat kembali ke zaman silam, kembali ke kaki gunung kinabalu, zaman
aku sihat dulu dulu.
Dan doaku makbul!
Aku bukak mata, aku ada di pertengahan gunung kinabalu, aku
pandang kiri kanan menikmati pandangan yang indah, aku hisap coklat manis
dengan nikmat, aku teguk air gunung dengan bahagia, aku melompat lompat tak
sabar nak teruskan mendaki, lalu aku teruskan mendaki sambil tersenyum bahagia,
menikmati kekuatan kaki melangkah, menikmati deruan angin, menikmati kurma
kering, menikmati nikmat sihat, dan menikmati setiap detik! Alhamdulillah, terus
aku berzikir kesyukuran tak henti henti, lalu akhirnya aku sampai ke puncak
Gunung Kinabalu dengan jiwa yang penuh dengan kedamaian dah kebahagian serta
kesyukuran.
Alhamdulillah. Nikmat mana algi aku dustakan?
So, nasihat aku, bila korang semua ada masalah, sedang
sedih, sedang berduka cita, cepat cepat gunakan mesin masa, pergi ke masa
depan, rasai pengalaman menderita di hospital, ambik masa lima minit duduk
sana, rasai penderitaan di sana, dan bila dah tak cukup sabar, kembalilah ke
masa silam iaitu hari ini.
Sungguh hari ini sangat indah, langit sedang membiru, pohon
sangat menghijau. Burung berkicauan, rama rama terbang, dan nikmat udara ini,
rasanya sangat sedap!
Untuk kesan yang lebih tinggi, korang pergi ke masa depan
yang lebih jauh, bukan ke zaman 2050 atau 3000, tapi bayangkan diri masuk
neraka berpelukkan dengan Firaun berguling-guling atas bara api, lalu korang menangis
air mata darah merayu malaikat Malik kembalikan korang ke dunia, tapi Malaikat
tak layan, malah dipukul muka korang sampai pecah berkecai dan bercantum
kembali, lalu korang menangis air mata nanah merayu kepada Allah untuk dihantar
semula ke dunia, takpelah telur harga naik pun, PTPTN kena bayar pun takpe,
takpe jugak minyak tak turun hargapun, tol tak mansuh pun tak per, asal dapat
ke dunia dan dapat merasai nikmat beribadat.
Oh Tuhan, aku telah merasai azabnya neraka yang dahulu aku
minta disegerakan (kerana tidak beriman), maka kembalikanlah aku kedunia
walaupun sekadar satu perahan susu agar dapat aku menyebut namaMu didunia yang
mana menurut NabiMu, sesiapa sahaja pernah ucap Tiada Tuhan melainkan Allah,
pasti akan dikeluarkan dari Neraka walau dosa sebanyak buih di lautan, Oh Allah
yang Maha Pengampun! Kembalilah kami ke dunia!
Sekali korang buka mata! Nah! doa korang termakbul, sesungguhnya
koranglah manusia paling bertuah! Tiada lagi penat, tiada lagi keluhan. Tiada
lagu dukacita, Korang masih ada didunia sedang baca coretan ini, dan masih
sempat Bertaubat! Alhadulillah!
Pergi berdoa syukur sekarang, dan jika teringat, sebutlah
namaku dalam doamu, chewah…
Ok, enough internet for today- Please enjoy the rest of your
life with Alhamdulillah!
Woha!
Pondok Hijau di telunjuk Penulis tu 7km jaraknya dari kaki Gunung |
Hirup Udara di atas ketinggian Awan |
Tunggu Matahari Terbit dari kepulauan Awan |
Syukur Di Puncak Kinabalu |