(Kelas Tazkirah sambil memanah oleh Blogger keretamayat)
Ok, semalam cikgu dah ajar korang permainan catur dan rahsia
kekuatan Permaisuri, hari ni cikgu nak ajar memanah pula.
Jika ada orang cakap, cikgu adalah seorang pemanah yang tepat?,
korang percaya tak?
Mungkin ada yang percaya atau tak percaya.. terpulang.
Apa cikgu nak cakap, siapa yang percaya, jika ikut kaedah
belajar ilmu tauhid, bila korang percaya pada Allah, maka IMAN korang baru
tahap Percaya.
Bagi yang was was cikgu boleh memanah ke tidak? Dalam ilmu
tauhid, IMAN korang baru tahap TAHU.
TAHU dan PERCAYA adalah dua perkara yang berbeza. Orang
kafir ada yang Tahu Tuhan ada, tapi yang Percaya adalah orang Islam sahaja.
Ok, untuk pindahkan dari TAHU kepada PERCAYA, korang kena
tengok cikgu memanah dulu! Tengok sekali mungkin nasib, tengok dua kali pun
tepat, tiga kalipun tepat, maka barulah korang PERCAYA.
Jadi dalam Islam, Iman kita sekurang kurangnya pada tahap PERCAYA
iaitu setelah kita saksikan sendiri Kehebatan dan Kebesaran Allah yang berlegar
disekeliling kita, sungguh dalam alam ciptaanNYa ini, terdapat tanda tanda bagi
orang yang berakal.
Tengok burung keluar pagi perut kosong pulang petang perut
penuh! Kita percaya Allah yang bagi rezeki, labah labah tidur di sarang 24 jam,
sampai masa lalat datang terbang dan terlekat disarangnya, kita percaya: Allah
bagi rezeki.
Kucing takut air, tapi suka makan ikan, kucing tak pernah
keluat tangkap ikan, tapi hari hari makan ikan sampai muntah keluar tulang
ikan: kita percaya Allah yang bagi rezeki!
Ular tak ada tangan dan kaki, tapi boleh kejar makhluk yang
ada tangan dan kaki, dan kenyang makan- kita percaya Allah yang bagi rezeki!
OK, dah habis bab TAHU dan PERCAYA, sekarang cikgu nak
cerota bab YAKIN.
Ok, katakan korang tengok cikgu panah lima kali dan semuanya
tepat sasaran, katakanlah…
Baik! cikgu nak tanya: korang sekarang PERCAYA atau YAKIN
dengan panahan cikgu?
Mungkin korang akan memilih dari PERCAYA kepada YAKIN, cikgu
memang handal, lebih hebat dari Green Arrow atau Hawkeye.
Untuk itu, untuk buktikan keyakinankan korang, apa kata? sekarang
cikgu nak letak sebiji epal atas kepala korang, dan biar cikgu panah epal tu?
Apa? Tak nak? Takut tersasar! Hah! Sekarang terbukti korang
belum YAKIN! korang baru PERCAYA.
YAKIN dan PERCAYA adalah dua perkara berbeza.
Jadi balik dalam Islam, ramai yang Percaya pada Allah bagi
rezeki, tapi tak ramai yang YAKIN Allah bagi rezeki, buktinya, korang masih
solat lengah-lengah, atau tinggal solat, atau tinggalkan solat berjemaah sebab
takut rezeki hilang…
Jadi renung renungkan, IMAN Korang kepada Allah, adakah
tahap TAHU? PERCAYA? Atau YAKIN?
Jika Yakin, jom kita tinggalkan sekejap urusan kita, dan
sama sama pergi masjid tunaikan solat berjemaah. Ada janji Allah, siapa yang
menjaga solatnya, akan dimudahkan Rezekinya, andai korang YAKIN!
Sekian kelas “memanah hati” oleh Cikgu Hamka keretamayat.
Woha!
Wow... analogi yg menarik.. mudah nk bg budak2 paham.. sy nk pinjam idea, bley..?
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDelete