Mar 20, 2018

KL Special Force?


(Ini bukan review filem, tapi bacalah dengan hati yang tenang)

Siapa yang buang Kulit Pisang aku tembak!


Cuti sekolah, dapatlah kumpul satu keluarga baca hadis lepas isyak, kalau tak selalu tak cukup korum sebab ada yang tinggal di Asrama. Tapi majlis taklim akan tetap kena buat. Sunnah apa sampaikan hadis Nabi pada anak bini. kan?

Jadi, alkisahnya, Habis baca Hadis semalam, kitaorang buat muzakarah sifat sahabat, bila tiba bab MEMBAWA KETAATAN DALAM SOLAT KE LUAR SOLAT, aku suruh anak anak bagi contoh.
Kata anak remaja:

“Satu hari ada seorang ustaz jual pisang, tiba tiba depan kedai ada Hafiz terpijak kulit pisang dan jatuh bedebuk, lalu tegur hafiz kenapa ustaz buang kulit pisang merata-rata?

Kata ustaz ada buktikah dia yang buang kulit pisang sebab dia hanya jual pisang?, yang buang mungkin pembeli?, lalu si Hafiz tegur supaya ustaz sediakan tong sampah yang besar.

Malas nak berdebat, jawab di ustaz: Jika kamu bawa KETAATAN DALAM SOLAT KE LUAR SOLAT maka kamu tentu tak pijak kulit pisang, sebab waktu solat tunduk tengok bumi, jadi waktu berjalanpun kena selalu tunduk tengok bumi, hafiz itupun insaf ditempat kejadian.”

Wah, bagus punya contoh, lepas tu aku suruh sorang lagi anak remaja bagi contoh MEMBAWA KETAATAN DALAM SOLAT KE LUAR SOLAT, jawabnya:

“Ayah, tadi kita semua tengok cerita KL Special Force kan? Ingat tak babak Ashraf nak bunuh isteri Lan, tapi tak jadi sebab isteri Lan sedang bersolat, tapi diluar solat isteri Lan tak tutup aurat dan bercakap kasar dengan Laki hingga suaminya yang baik pun boleh lempang, kalaulah isterinya bawa ketaatan dalam solat ke luar solat, tentu suaminya tak akan tampar”

Perghhhh, terbaik punya contoh. Woha!

Moral: Tuan tuan dan Puan puan buatlah majlis bacaan hadis Bersama anak bini, sungguh dunia akan masuk ikut TV, ikut telefon, ikut pintu, ikut tingkap, tapi agama akan masuk melalui majlis agama seperti bacaan hadis dan muzakarah sifat sifat sahabat Nabi.

Now you know, semoga kita semua dapat istiqamah sampai Jannah!

Amin.

Akhir kata: teringat pesan Lan dalam KL Special Force:

“Dunia ini tak akan rosak kerana orang jahat, tapi dunia akan rosak bila orang baik tak mencegah orang jahat”

3 comments:

  1. Memang paling ingat dan sedikit terkesan dengan dialog Lan yang terakhir tu.

    ReplyDelete
  2. setuju dari jauh!

    ReplyDelete
  3. Bagus jika umi dapat buat cam ni, ebit lew selalu pesan thing this

    ReplyDelete